20 September 2007

AKU JADI CHE'GU..

dua hari lepas aku tengok bola..
ya..aku memang suka tengok bola.biasanya aku pergi tengok bola berdua dengan sorang roommate aku..

tapi kali ni aku pegi dengan orang lain..
takpe,malam ni roommate aku tengok bola yang lain rasanya..

aku dah jelak dengan sorang pekerja kat kedai mamak ni..
bila aku order,dapat lambat..
bila aku order,dapat lambat..
bila dapat lambat,aku dah nak balik,
bila dah nak balik,aku tak jadi makan,
bila aku tak jadi makan,aku lapar..

mamat ni org baru,bila dia dtg amek order,aku sengaja malas nak order kat dia..
baik aku pg kat mamat yg keja goreng tu..cakap terus depan2..
supaya tak berlaku..misscommunication..

kawanku : macha..bagi roti tampal satu..kasi tampal goyang ya.

macha : hmmmm...

cam paham je macha ni..sekali dia tulis,terkial2..aku pon curi2 tgk apa dia tulis..

tau apa aku nampak?

aku belajar mengeja semula hari ni..

ROTI TAMPAL GOWE..
GOWE?

macha tu cuma reti eja gowe je...yang plak,dia tak sempat belajar rasanya..
kalo p ramlee,mesti dah bg alasan masa dia nak belajar eja "yang",chegu dia mati.
tak pon,masa tu sekolah diorang kena serang jepun..

hahahaaaa....

akhirnya,aku ajar macha tu eja..(patut dulu aku order benda ni lambat sgt..maybe macha pg tgk kamus kot)

aku : macha,lu kasi eja ini macam..G.O.Y.A.N.G..GOYANG..bleh?

esok maybe aku datang dan ajar dia eja ROTI BOM KURANG MANIS..

HAHAHAHAAAAA....

18 September 2007

Unlimited call?

tempat : bilik aku..
masa : pukul 5 pagi..
plot : aku sedang tido..
sound effect : tiada,maaf..aku tidak berdengkur..setahu aku.

tetiba tidur aku diganggu..cuckoo..cuckoo..cuckoo..bunyi telepon mudah alihku.maaf,hanya telefon nokia model lama..blom dapat guna ringtone lagu rihanna ataupun raihan..

kalo ada duit,mungkin ringtone ini diubah lagu lain..sekali lagi maaf,kalo ada pun,tetap bukan lagu rihanna..
raihan?....mungkin juga..

berbalik kepada plot awal tadi..
seorang rakan lama menelepon..angkara menjawab seruan hotlink yg menawarkan "pakej call orang tengah malam buta sampai tengahari buta" dengan bayaran rm2..

rakan :wei,ram..ape khabar..

aku : apa khabar?ko call aku pukul 5 pagi hanya nak bertanya khabar ke?

rakan : alamak brader,dah pukul 5 pagi ke?sori..tak pasan ar,beb..tapi,apa khabar?

aku : khabar ya?hmmmm....aku baru bangun tido.

rakan : apa khabar yang aku tanya,beb.

aku : tulah khabarnya,beb.aku baru bangun tido..hahahaaa

perbualan kami panjang malam tu.semata mata pasal kawanku tu blom ada awek..bukan,bukan dia cuba nak ngorat aku..pasal aku tau dia bukan gay..
perbualan berkisar tentang

hidup aku..hidup dia..
kegiatan dia..kegiatan aku..
kerja dia..kerja aku..
bola...jap.kami tak borak pasal bola dia..jauh sekali pasal bola aku..

tapi memang ada kami borak pasal bola pon malam tu..butir lanjutnya,aku tak ingat..
pasal lalok sangat dah kot..

punya lama sembang,sampai satu tahap..aku dan dia dah btol2 tak tau nak borak apa..sampai kami dok saling tanya,apa lagi kita nak borak,beb..
hahahaaaa......


paginya..aku tgk,line tu masih tersambung.
laaaa.....maybe malam tu kami lawan berdengkur rasanya..

hahahahaaaaaa.....tapi aku tak berdengkur kot.pasal aku tak penah dengar pon.

unlimited call,memang berguna..buat aku dapat dengar dengkur kawan aku yang sorang tu..
sampai pagi..hahahaaaa

16 September 2007

Nak kalau seribu daya..

malam semalam ada match bola..aku ajak kawan menonton di kedai mamak..yang slalu kami pegi kalo nak..tengok bola..ramai ramai..

aku :wei,pegi tengok bola tak malam ni?match england la malam ni..

rakan :malas ar..aku ngantuk ar plak..rasa badan tak ber"maya" je..

aku :MAYA?

aku teringat macam macam..aku terbayang macam macam.
hahahaa..

last2 aku pegi dengan kawan yang sorang lagi..tengok bola..kat kedai mamak..tanpa MAYA.

rakan yang pegi dgn aku :aik,bukan ke mamat tu tadi kata taknak pg ke?

sambil menjuihkan bibir menunjuk mamat yang aku ajak tadi..mamat tu datang tgk bola..dengan awek dia..hmmmmm..

tak bermaya ya?

aku teringat kata orang tua tua..
kalo nak,seribu daya..
kalo tak nak seribu dalih

aku?
kalo hendak seribu daya..
kalo tak hendak,seribu daya jugak..

mungkin..
mungkin..
HAHAHAAAAAA

12 September 2007

Penutup Sambutan Kemerdekaan

Semalam,sibuk sambut penutup sambutan merdeka..bagi orang negeri dan negara aku..

aku?aku tak sambut..penutupnya.
mushkil..pelik..kenapa perlu ada penutupnya?


aku :kenapa nak sambut penutup dia ya?

rakanku yang sorang tu :mestilah..semua benda kena ada penamat dia,beb..

aku :ya ke?jadi,kita nak kena jajah semula ke?

rakanku yg sorang lagi :ya..dirantai..ditangkap..tapi tu pun kalo ko setan..pasal ramadan dah nak sampai.

rakanku yang awal tadi :takkan nak sambut merdeka sampai satahun memanjang kot.sape nak bayar,bunga api..perbarisan..stage..pentas..artis..

aku :ooooo...camtu rupanya tarif merdeka bagi mereka..hmmm..aku rasa,tak patut ar dirayakan yang namanya merdeka tu..artis..pentas..bunga api..berbaris?hmmmm...topeng je kot.


kawanku kata aku tak patriotik..pasal tak sambut merdeka.macam mereka sambut merdeka.
kawanku kata,aku tak patriotik..

mungkin..
mungkin..

09 September 2007

Sebatang,tapi panjang sangat

semalam,aku pegi arkiday..aktiviti wajib untuk pelajar senibina,bersosial..bersosial..dan bersosial.

dan aku juga tak terkecuali untuk bersosial bersama mereka..hahahaa.masa petang tu,aku dah mula perasan bekalan rokok aku hampir habis..singgah jap kat kedai mamak.

aku :macha,kasi dunhill 4 batang..

mamak :dunhill ada..surya ada..berapa batang mau?

aku :surya ada ka mamak?surya lagi murah kan?bagi suryalah 4 batang..ok.

kebiasaannya bila ko membeli rokok dengan kuantiti sedikit,yang menjadi masalah adalah kotaknya..kebetulan hari tu kotak surya abis..terpaksa aku guna kotak dunhill untuk menempatkan rokk surya yang 4 batang tu..

orang yang merokok pasti sedar bahawa surya terlalu panjang batangnya untuk dimasukkan dalam kotak dunhill.

untuk mengelakkan rokok tu jadi bengkok,terpaksa aku jalan dengan menegakkan kaki 180 darjah sentiasa.sekali pandang,macam rooney yang baru tercedera masa main bola lawan dalam epl..bezanya cuma aku kurang hensem kot berbanding dia.hahahaaa

rakan yang aku kenal :ram,awat kaki hang tu?sakit ke?

aku :tak,rokok panjang sangat..aku takut kang patah..

seorang lagi datang :eh..ram.kenapa kaki ko?

aku :rokok dalam suar.

dan tiap kali aku terserempak dengan orang yang aku kenal,soalan sama akan diulang hampir 14 kali.kali ke 15,aku dah naik fed up jawab.

orang ke 15 :kaki awak kenapa,ram?

aku :Batang tu panjang sangat..takut patah..

orang ke 15 :WHAT?panjang sangat?takut patah?bleh patah ke dia?

aku :yup..memang panjang sgt.biasa lain..ari ni lain punya,special sket..

orang ke 15 :woooo....lucahnya awak ni.awak ni nakal ar..

aku :apanya yang lucah?rokok ni haaa(sambil tunjuk sebatang rokok surya dalam kotak dunhill..hampir bengkok.)

orang ke 15 :ooooooooooooooooooooooo......................ingatkan..ingatkan..

aku :ceh..lucah sungguh.

07 September 2007

aku tidak ber"MAYA"

seorang rakan menegur aku semalam..

rakanku yang satu itu: awat ram?hang nampak macam tak bermaya je,beb?
aku :aku penat,beb..last lelap ada dalam 30 jam lepas..

sungguh,semalam aku tak tido..ada yang perlu aku settlekan..tak percaya,sila tanya aku.

rakanku itu :penat pun lu kena ceria ,beb.
aku :nampak tak ber"maya" ya?aku rasa kalo aku ada MAYA,mesti aku akan lebih bermaya kot..heheheee
rakanku :maya?tak paham gua..
aku :yelah,kalo aku ada MAYA KARIN,mesti aku lebih bermaya..betul tak?hmmmm..aku perlu dapatkan MAYA supaya aku lebih bermaya rasanya.heheheee...
rakanku :dalam maya pun ko blom tentu dapat lagi MAYA yang tu,beb

di satu sudut lain di rumah MAYA KARIN..

MAYA :haaaachiiiuuu......aku rasa tak bermaya plak ari ni..
rakan maya :kesian ko..

ps:aku perlukan maya,walau hanya dalam maya.heheheee

04 September 2007

MOURINHO DATANG..MOURINHO DATANG

Tadi pagi,aku ada kelas..kelas pelajaran struktur..belajar apa?macam math.ya..cuma bezanya,lebih kepada kira kekuatan bahan dalam membuat bangunan..

sukar?payah?susah?
MESTILAAHH..heheheee..

aku aku pulak,tengok nombor pon sekali seminggu..(masa kelas ni je lah)heheheee..menambah sukarnya.

pulak tu tadi ada test..mati kutu juga utk nak menjawab.

lecturer yang satu itu kata :saya mahu awak semua duduk jauh2..jangan rapat2.
nama pun test..mana bleh tiru katanya lagi menguatkan dalilnya untuk kami duduk berjauhan..

first half..aku kosong,kertas soalan 2..
lecturer tu dok sengih memerhatikan kami terkial2 menjawab soalan yang diberi..
tetiba nampak mukanya macam pengurus chelsea, mourinho tersenyum sinis memandang skuad utamanya menentang skuad belasahan dari kampung dusun..heheheee.aku memang bencikan chelsea..hidup spurs ..hidup spurs.

second half..skuad belasahan kampung dusun masih lagi terkial kial mencari formula untuk menentang star2 dari chelsea..memang nampaknya bukan nasib kami agaknya..beraksi di tempat sendiri,tanpa sokongan penyokong yang gemuruh..kami bakal tewas.

akhirnya masa perlawanan tamat..mourinho palsu itu tersenyum sinis memandang dahi kami berkerut2 menjawab..dia mengarahkan masa tambahan diberikan..

cisss...sama je sudahnya.bukannya bagi masa 10 minit lagi pun kami dapat jawab..heheheee..

setelah tamat masa kecederaan,masa tambahan dan masa kelas tamat,mourinho yang satu itu,mengarahkan kami tak perlu menghantar kertas itu semua..ujarnya,dia sengaja mewar2kan bahawa test diadakan minggu ini..kerana terlalu ramai yang ponteng..cisss.

sekali lagi skuad kampung dusun dipermainkan..hampir dua jam kami tercengang memandang soalan..nyatalah memang aku pun minggu lepas tak datang.kerana soalan yang diberi tu,memang blom diajarkan pon..ceh..double kami dipermainkan.

ko memang licik mourinho..ko memang licik.

03 September 2007

SELUBUNG

Dalam suasana orang rakyat negara aku sibuk menyambut ulang tahun merdeka yang ke 50,satu stesen tv dok siarkan cite selubung..

star cite ni plak,m.nasir dengan deanna yussof..aku memang minat dengan m,nasir.plak anak murid pertama m.nasir pon ada berlaon..si hattan.

cite ni masa orang malaysia sibuk dok promote mercy malaysia dengan rescaid.nak tunjuk betapa hebat orang kita kot..ke atau nak tunjuk betapa patut kita bersyukur jadi rakyat negara yang aman..tu aku pun tak pasti.

yang aku nak kongsi kat sini,cara watak kamal(m.nasir) nak ngorat awek dia mastura(deanna yusof) masa mastura merajuk psl dapat tau si kamal ni suami orang..dia sewa satu lori yang 1 tan tu,letak kusi atas lori,pastu datang umah tu mtk si mas kuar..siap guna hailer plak lg..

aku akan ingat formula ni.mana tau kot satu hari awek aku merajuk..bleh aku guna cara ni.
cuma berharap awek aku ni bleh jalan je idea ni..awek skrg kalo merajuk,kena pujuk naik merc atau bm je..walau tak semua.takut jgk beb..kalo takat bmx,bleh jugak aku usahakan.kalo bmw,pediah aku,beb..heheheee

01 September 2007

SELAMAT DATANG

Selamat datang ke blog ini..

biasanya ucapan selamat datang diucap pada tetamu..tetapi aku pun layak mendapat ucapan selamat datang juga rasanya.

kenapa?kerana aku pun baru je masuk ke dunia blog ni..dunia blog tak asing untuk aku,cuma aku je yang asing dalam dunia blog.heheheeee..........

jadi,selamat datang untuk kau yang sedang membaca..dah terlanjur ko sampai ke sini,walau ko blom terlanjur,silakan membaca.walau blom ada apa lagi untuk aku kongsi.

lain kali kau dtang,sila bawa buah..
ya..maksud aku buah.baca semula..buah.
kau tidak silap baca..dan aku tidak silap tulis..

sila tinggalkan buah tangan kau di link bawah ini.
dan tinggalkan pandangan kau juga..
terima kasih