10 Disember 2009

BILA DICARI,MEMANG TAK JUMPA..

Ntah apa ganggu tido gua malam aritu,camne ntah gua bleh terjaga tengah tengah malam..capai henpon,tengok dah pukul 4 pagi..gua syak tadi gua ada mimpi..

basah ke tak?
ntah..lupa plak gua nak periksa..
mimpi apa pon masa tu gua dah lupa..

dah terjaga,mulalah rasa tekak kering plak..maunya tak..dok dalam sejuk..kering beb.sebelum tido plak tadi gua dah bercakap panjang dengan awek gua..

tu yang tekak kering..



gua pegi ke dapur..capai gelas sedas..pekena air sejuk malam malam camni..baru ngam nak sambung tido..baru pukul 4 pagi..

gua tuang air ngam ngam segelas..cukuplah segelas..tak bleh banyak..
kang tido dengan air penuh bahayaaaa....


lepas pekena segelas air sejuk,gua masuk bilik semula..niat hati nak kacau awek gua kot2 dia blom tido..gua capai henpon gua..

takde..

aik..mana plak peginya ni..
gua raba kiri..takde.
gua raba kanan..takde.
nak harap gua buka lampu cari,memang harapan..malas..

last sekali gua terpaksa akur dengan keadaan mata gua yang memang fail untuk beraksi dalam prestasi sebenar dalam keadaan kegelapan..
gua pasrah..

gua cari suis lampu..kasi petik skali je dah nyala..
sempoi..

tapi gua gagal nak dapatkan henpon gua..pelik..mushkil..
rasanya tadi masa bangun gua ada tengok jam kat henpon..jadah mana pegi..



malas gua nak pikir panjang,gua pegi hall.gua capai telefon umah..gua dail nombor sendiri..
dengan harapan gua bleh follow je mana datang bunyi telefon gua nanti..

sayup sayup gua dapat dengar lagu EYE OF THE TIGER dari area dapur..
jadah apa henpon gua buat kat dapur?gua letak gagang telefon umah..

gua cari semula..tak jumpa.

last last gua amek keputusan esok pagi jelah gua carik henpon gua tu.tengah gelap memang payah nak jumpa..

tekak kering semula..nak tido dah tak syok..gua capai semula gelas tadi,pegi kat peti ais..
tuang air segelas..fuuuu...

pas pekena air sejuk segelas,baru rasa ngam nak tido semula..gua buka semula pintu peti ais..nak letak botol air sejuk tu..





buka pintu peti ais..
tetiba ada lagu EYE OF THE TIGER bila gua bukak pintu peti ais.
gua nampak henpon gua tengah menggigil kesejukan dok kat sebelah cupcake gua paw masa majlis kawin kazen gua.

apa agaknya henpon gua buat dalam peti ais?
mushkil btol gua..