28 Disember 2010

APA?????OWHHH...

berborak dalam bilik karok memang haram tak mesra alam..apa jua orang kata,lu tak perlu dengar sangat,paling lu senyum dan angguk..

kalo lu pandai senyum dan angguk pada timingnya,lu boleh dikira understanding.

ketika mamat 1 sedang sibuk menyanyi..



MAMAT 2 : perghhh..suara dia sempoi macam ROCKSTAR.

MAMAT 3 : (menoleh..senyum..angguk tanda setuju..)


mamat 1 sedang asyik menyanyi sekadar melihat dengan ekor mata..dia tahu mamat 2 dan mamat3 sedang bercakap mengenainya..tapi dia sedang sibuk nak jaga pitching,jadi diabaikan seketika..

setelah habis menyanyi..


MAMAT 1 : weiii,tadi mamat2 cakap apa pasal gua?

MAMAT 3 : (menoleh..senyum..angguk tanda setuju..)

MAMAT 1 : dia cakap apa?

MAMAT 3 : (menoleh..senyum..angguk tanda setuju..)

MAMAT 1 : wooooiiiiii...dia cakap apa??

MAMAT 3 : (muka serba salah..senyum dah mula tawar..angguk dah makin pelan..bukan salah dia tak dapat dengar..)

MAMAT 4 : owhhh...mamat 2 cakap suara lu macam PORNSTAR..

MAMAT 1 : owhhhh...thanks..

22 Disember 2010

I NOT STUPID..

"Jack..bangun.dah pagi ni..bangun cepat.nanti kau terlambat kesekolah" kejut ibu Jack sambil menggoncangkan badan anaknya itu. Dia cukup masak dengan perangai anak jantannya seekor ini. Memang sudah menjadi kebiasaan kepada anaknya itu untuk keluar jauh malam bersama rakan rakannya yang lain. Entah apa yang dilakukan oleh anaknya itu juga ibu Jack kurang pasti.

Jack mengesat2 matanya yang masih mengantuk. Pagi masih terlalu awal baginya. Amatlah tidak wajar bagi dirinya untuk kesekolah seawal ini. Lagipula malam tadi dia tido lewat pagi setelah dia dan kawan kawannya melepak sampai ke masa matahari baru nak menunjuk diri.

"Alah,ibu..ini masih terlalu awal ibu..lagipun malam tadi Jack stay up lama tengok bola dengan kawan kawan. Team ayam lawan team meriam,bu. Esok sajalah Jack mula bersekolah. Boleh kan, ibu?" keluh Jack mencari alasan untuk ponteng hari itu.

"Aaaahhh..jangan kau nak mengada..kang apa mak nak jawab kat bapak kau nanti? Dah, bangun..cepat bersiap..Kang dengar dek bapak kau,naya kau.."kata ibunya. Mendengar kata kata dari ibunya, Jack bingkas bangun. Jack memang takut dengan ayahnya. Bingkas Jack bangun mempersiapkan dirinya.

Hari ini adalah hari pertama Jack bersekolah disekolah baru. Ibu bapa Jack telah mendapatkan Jack tempat disekolah terbaik untuk burung. Semua burung yang hebat dan terkenal dikhabarkan pernah bersekolah disekolah itu. Demi masa depan Jack,bapa Jack telah seboleh bolehnya merayu kepada Big Bird,pengetua sekolah burung. Pada mulanya Big Bird menolak permohonan bapa Jack dengan alasan sekolah itu tidak sesuai untuk Jack.

Setelah bapa Jack mengugut akan memanggil media Murai yang terkenal dengan kecoh dan sikapnya yang suka membawa berita dan memberitahu kepada semua burung tentang sikap Big Bird yang bersikap pilih bulu, akhirnya Big Bird bersetuju membenarkan Jack bersekolah disekolah itu.

"Anda tidak akan menyesal menerima Jack. Dia akan menjadi eset paling berharga sekolah ini" ujar bapa Jack kepada Big Bird memberikan harapan. Big Bird sekadar senyum tawar kerana dia ragu dengan keputusannya menerima Jack.

Pagi itu,Jack terbang kesekolah barunya. Dia bakal bertemu dengan rakan yang baru. Rakan barunya kali ini nampak cukup ceria dan berwarna warni. Semua nampak girang dan ceria walau masih diawal pagi. Hanya Jack sahaja yang lemah tidak bermaya. "Confirm diorang semua bukan kaki bola..paling pon diorang ni layan cheerleading kot. kaler pon warna warni. tak grunge langsung"getus hati Jack melihat telatah kawan barunya itu.

---------------------------------------------

Tamat sesi persekolahan hari itu,Jack terbang riang pulang kerumahnya. Wajahnya jauh berbeza dari wajahnya pagi tadi. Dia berasa gembira bersekolah di sekolah barunya itu. Segala sangkaannya berbuah.

"Ibu..ibu..Jack dah balik. Jack suka sekolah sini,bu" katanya riang sejurus sampai kerumah. Ibunya menyambut dengan tersenyum lebar. Nyata tindakan suaminya menyekolahkan disekolah itu adalah tindakan yang bijak. Walau pada mulanya dia sendiri berkeras menentang tindakan suaminya itu.

"Kawan Jack semua sukakan Jack..Jack jadi terkenal kerana mereka kata Jack unik. Jack tak macam kawan yang mereka semua kenal" cerita Jack kepada ibunya.

"Unik yang bagaimana, anakku?"tanya ibu Jack. Dia bangga kerana anaknya diterima masyarakat burung disitu.

"Semua kawan Jack berkata Jack hebat kerana selalu terbang malam. Tak macam mereka. Mereka waktu malam tak dibenarkan keluar sarang pon. Terlalu bahaya katanya. Tak macam Jack, Jack berani." jawab Jack dengan senyum melebar sampai ketelinga.

"Mereka juga kagum kerana Jack boleh terbang walau semua bulu Jack dah dicukur. Bila Jack katakan kepada mereka,yang Jack sudah lama buta, lagi mereka kagum. Mereka pelik dengan kebolehan Jack terbang dengan mata tertutup."ujar Jack lagi.

"Mereka berkata, Jack adalah anak burung paling istimewa pernah mereka kenal..Jack dah jadi seperti selebriti,ibu"senyum ibu Jack mendengar kata anaknya.



"tapi anakku,kau bukanlah anak burung.kau adalah seekor anak kelawar.."kata ibu Jack sambil tersenyum.