18 November 2010

WHATS YOUR SIDE OF THE STORY?

Dua orang mamat bergaduh..gua selaku mamat berkecuali tersepit di tengah2..kiri pon tidak,kanan pon tidak..

oleh kerana gua kenal dan berkawan dengan keduanya,jadi gua guna langkah bijak dengan tidak memilih berpihak dengan mana mana belah pihak..

tapi,apabila gua ada dengan DIN,gua terpaksa setuju dengan DIN dan hanya condemn sket2 mana yang patut..

bila gua dok lepak dengan MAN, sekali lagi gua terpaksa mengiakan segala kata MAN..



gua syak gua dilatih jadi hipokrit..

last last gua naik jelak..bukan dengan DIN..dan bukan dengan MAN..tapi dengan HIPOKRIT.



MAN : ko tau apa DIN cakap pasal aku?

GUA : tau..

MAN : ko nak tau cerita dari belah pihak aku?

GUA : tak mahu..

MAN : tak adil woo dengar cerita dari sebelah pihak..kena dengar dua belah pihak..macam duit syiling..ada 2 sides of story..

GUA : tauu...memang duit syiling tu ada 2 side of story..tapi korang lain..

MAN : apesal plak?ok,amek contoh..first side of story,DIN tumbuk aku..second side of story..aku kena tumbuk dengan DIN.kan ke dua tu?

GUA : salah..keduanya adalah satu side je..pada gua cuma ada satu side je..

MAN : apadia?

GUA : gua percaya semuanya adalah ONE SIDE STORY..its called THE TRUTH..kalo ada side lain,yang tu bukan the truth dah..

15 November 2010

KADANG KALA SALAH ITU BAGUS..

Gua percaya,bukan semua kesalahn itu satu perkara yang buruk..pada gua ar.
pada orang lain,apa gua pedulik..

lu tak percaya?baik..
gua buktikan..


bayangkan lu tanya seorang budak yang baru nak amek SPM soalan ni.


125x + 2(x+5)+15y = 4521

mintak dia selesaikan berapa nilai x, dan juga y..
dalam masa 15 minit..atau 8 minit pon cukuplah..

mungkin dia dapat..dan mungkin jawapan pertama budak tu salah..


disini akan gua buktikan bahawa kesalahan itu adalah sesuatu yang baik..

katakanlah...
jawapan budak itu 8..(mungkin betul dan mungkin salah,gua bukan pakar matematik..)
dan jawapan itu salah..

sebenarnya budak itu telah selangkah lebih dekat kepada jawapan yang betul..


kerana dari selepas mendapat soalan itu,nilai x pada budak itu adalah terdiri dari entah berapa juta nombor..
selepas jawapannya x = 8 adalah salah,kebarangkalian untuk x itu telah berubah..

X bukan lagi terdiri daripada entah berapa juta nombor..
tetapi X sekarang adalah entah berapa juta nombor..KECUALI LAPAN yang telah dinyatakan tadi SALAH..


yaaa..apabila lu menjawab salah,ketahuilah..ia bukanlah satu perkara yang BURUK..
Ianya menandakan lu telah setapak lebih dekat kepada kebenaran..

its a good thing..






so,bos..tak perlulah nak marah2 gua bila gua buat salah..gua cuma setapak lebih dekat dengan kebenaran..kan ke bagus tu..

chisssssttt....