01 Julai 2020

HOW TO TRIGGER A FEMINIST

Saya benci feminist.
Makcik nasi lemak kat opis aku selalu sembang dgn member aku yang bujang. Member aku ni, mmg pelanggan tetap malcik tu. Tiap hari tak pernah gagal dia beli nasi lemak makcik tu.
Pasal nasi lemak makcik tu sedap.
"Akak tengok kau ni tiap hari beli nasi lemak kat akak. Sehari,sebungkus..sehari sebungkus. Kau kahwinlah cepat, lepas tu dah tak payah beli nasi lemak kat akak lagi. Boleh jimat." kata makcik nasi lemak tu.
Pernyataan dia aku anggap macam...counter productive. Kalau member aku kahwin dan tak beli lagi nasi lemak dari dia,hilanglah seorang pelnggan tetap dia. Makcik ni nak sabotaj bisness sendiri kah?
Little did i know..makcik tu jauh lebih bijak dari kawan aku (..dan aku).
Pasal lepas kawan aku kahwin, dia start beli nasi lemak sehari dua bungkus dari makcik tu.
*saya buat joke ni dan ramai feminis marah saya. Katanya saya macam try to imply bahawa kerja pompuan hanya kat dapur aje.
Kepada feminist yang tengah dengar ni,awak silap. Saya tak pernah imply sebegitu.
Buktinya..saya mengangkat tugas isteri saya. Saya tak suruh dia hanya terperak kat dapur sahaja. Banyak benda lain dia boleh buat. Saya tak mahu dia terkongkong dalam dapur aje.
Malahan sejak kahwin,saya tak pernah dah beli nasi lemak makcik tu. Serius.
Saya suruh bini saya yang pergi beli.

APA YANG MEMBUAT SESEORANG BERUBAH FIKIRAN?
(Satu kritikan sosial)
PREMIS 1 : MASA
"Can anybody send me somebody to love?"
Queen-1976
"Too much love will kill you"
Queen-1992
Queen,band terbesar British (selepas The Beatles..obviously) menulis can anybody send me somebody to love dan 16 tahun kemudian menulis too much love will kill you.
16 tahun..ENAM FUCKING BELAS TAHUN!!
Thats how long it takes untuk mereka berubah fikiran terhadap sesuatu matters. Sejujurnya,masa kecil aku tidaklah mengikuti perkembangam band ini. Maklumlah,aku lahir pun tahun 1990.
Mungkin juga penulisan lagu ini berkait rapat dengan kematian Freddie Mercury (1991) akibat AIDS. (So,be careful what u wish for)
Masa mengubah pendirian mereka terhadap sesuatu. Mungkin kematangan juga menjadi faktor yang membantu perubahan pendapat ini.
Setuju? Noted..
PREMIS 2 : PERSEKITARAN
"Victory attained by violence tantamount to defeat,for it is momentary"
-Gandhi-
"It is better to be violent,if there is violence in our heart,than to put up a cloak of nonviolence to cover impotence"
-Gandhi-
Gandhi juga pernah mengeluarkan quotes yang bersifat kontradik. Dalam kes Gandhi,perubahan ini mungkin disebabkan suasana persekitaran. Seperti kita tahu bagaimana perjuangan Gandhi menuntut kebebasan India.
Ada sesetengah artikel memaklumkan bahawa quotes ini yang dibawa dalam filem The A-Team telah digunakan sehingga blown out of proportion. Aku tak mahu sentuh bab itu.
Dalam filem itu,BA Baracus berubah pendirian dari seorang yang violent kepada supporter non violence selepas dipenjarakan. Aku tak tahu apa berlaku dalam penjara tu sehingga dia berubah fikiran secara drastik.
Tapi dapatlah aku simpulkan bahawa persekitaran menyumbang kepada perkara ini.
Setuju dengan premis kedua? Bagus..
PREMIS 3 : TEKNOLOGI
"We may have possible market for 5 more computer for this year"
1960an
"Our target for this year is to have 1 computer for every home by the end of this year"
2000an
Dalam filem The Pirate of Silicon Valley pula quotes ini digunakan. Aku terlalu malas untuk cari siapa yang keluarkan dua statement ini. Tapi keduanya adalah benar (pada masa ia dikeluarkan) Look how far we have come since then.
Dari 5 unit setahun,berkembang kepada satu komputer setiap rumah. Faktor yang menyumbang kepada perubahan ini adalah Teknologi.
Betapa pesatnya perkembangan teknologi ini sehingga kalau diberitakan kepada orang tahun 1960 bahawa komputer bakal jadi household item,mereka berkemungkinan mentertawakan kita.
Sebenarnya boleh aje aku tamatkan kat sini sebagai Strike 3 dan kata You are OUT. Saje aku tambah satu lagi elemen kecil untuk seal the deal mungkin.
PREMIS 4 : EMOTIONAL FACTOR
"Saya suka berkawan dengan dia pasal walaupun dia lebih muda dari saya,dia nampak lebih matang berbanding umurnya"
-Rita Rudaini-sblm kahwin
"Dia macam budak budak. Tak matang btol"
-Rita Rudaini-masa gaduh
Premis ini aku saje juga masukkan. Faktor emosi. Perempuan (kebiasaannya..) adalah makhluk yang ada tendency untuk mengaitkan semua apa yang dia kata dengan emosi.
Thats why mereka tidak mudah lupa. Mereka mampu kaitkan emosi first date mereka dengan kamu, kepada benda lain. Wangian yang kamu pakai masa date itu misalnya. Dia masih ingat..walau date itu berlaku 15 tahun lepas. Malahan dia bakal ingat peristiwa itu untuk 20 tahun mendatang.
Sedangkan kamu sendiri? Kat mana kamu letak kunci setengah jam lepas pun kamu masih terkial kial nak ingat dan cari. Kemudian mulalah kamu tanya "Yanggg,nampak kunci kereta abang tak?"
Dan lelaki (juga kebiasaannya) malas amek pusing pasal emosi.
Lelaki lebih memandang hitam dan putih. True or False. Satu antara dua.
Kalau ikut sifir perempuan,perkara seperti effort,circumstances dan macam macam lagi faktor akan diambil kira. Ini menyumbang kepada sifat Empathy seorang perempuan.
Ah..premis ini sebenarnya tak kurang pentingnya. Malah kadang kala ia menjadi driving force untuk seseorang berubah fikiran.
Cukuplah empat faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu berubah fikiran. 
MASA, PERSEKITARAN, TEKNOLOGI dan EMOSI. Cukup konkrit hujah untuk buat hipotesis ini. Perubahan fikiran ini bukanlah sesuatu yang terjadi secara tiba tiba..ianya memerlukan berbagai elemen luar yang menyumbang kepada perubahan ini.
Betul dan setuju? Alhamdulillah..
Jadi,atas faktor apa agaknya yang menyebabkan sorang member gua ni buat sebegini?
"Aku rasa aku dah makin gemuklah. Aku nak kena diet"
-Some guy-10.35am-12 March 2018-
"Eh kau nak pergi 7-Eleven kan? Kirim roti canai kosong empat keping kat mamak sebelah 7-E tu"
-Same guy-10.47am-same day-
Aku cuma mampu kata..HAAAAAA??????

MAYBE..

"Maybe..maybe u patut hantar I ke rumah mak bapak I" suara halus Hanim memecah hening suasana ketika mereka sedang bersarapan. Kata kata dari Hanim membuatkan bubur pengat keladi yang lalu di tenggorokan Halim terasa lebih kelat dari suapan sebelumnya.
Makanan kampung seperti ini sebenarnya bukanlah kegemaran Halim untuk memulakan hari. Not my cup of tea kata orang putih. Dia sudah terbiasa bersarapan cara barat. Hash brown, scramble egg, french toast, baked bean dan juga disulami dengan fresh orange. Tetapi buat masa ini, dia terpaksa akur dan telan apa jua yang disediakan oleh isterinya, Hanim.
"What do you mean?" dahi Halim berkerut. Dia sedang cuba memahami dan membaca isi hati perempuan yang ada dihadapannya kini. Tetapi gagal. Seperti semua lelaki lain di dunia, Halim masih belum dapat mentafsirkan apa yang ada dalam fikiran perempuan. Sekiranya ada alat yang boleh membantu lelaki untuk membaca dan mentafsir apa yang keluar dari mulut seorang perempuan, nescaya pencipta alat tersebut bakal menjadi jutawan. 
Atau mungkin juga boleh dicalonkan untuk memenangi Hadiah Nobel.
"Look, I dah tinggal sini hampir 6 bulan sebagai isteri u. Enam bulan. Dan still I tak dapat ingat apa apa. Maybe kita boleh cuba cara lain. Maybe kita try duduk kat tempat lain, maybe rumah parents i, untuk bantu I ingat everything" luah Hanim.
"Baru enam bulan, don't be so hard on yourself. Kan Doktor Hanep kata kita tak boleh betul betul sure bila u akan dapat semula ingatan u. It may happened, and it may not. And it takes time. Dan dia juga yang cadangkan I bawa u balik. Balik kat tempat yang mana u tinggal. Thats mean here, rumah u. Supaya dapat stimulate apa yang u selalu buat before kemalangan tu. We have to try." bantah Halim.
Semenjak Hanim terlibat dalam kemalangan , dia mengalami amnesia. Hampir 5 hari dia terlantar koma sebelum tersedar. Dan selepas dia tersedar, kesan dari hentakan di bahagian belakang kepalanya menyebabkan dia hilang hampir 8 tahun memori dalam hidupnya. Sepanjang dia dalam tempoh pemulihan, suaminya Halim yang menjaga dia di hospital. Hampir 4 bulan dia terlantar dijaga oleh Halim.
"Memang. I faham apa doktor cakap. Memang dia suruh u bawak I balik ke rumah u.."
"Nope.. bukan rumah I. Rumah kita. I beli rumah ni untuk kita, bukan untuk I seorang. Rumah ni, rumah kita"potong Halim.
"Ok, rumah kita. Tapi itu kata u. You yang kata rumah ni rumah kita. Sedangkan I? I tak ingat apa apa langsung pasal rumah ni being rumah kita. Pasal u being my husband. I tak ingat apa apa, you faham kan?" Hanim bersuara. Dia terasa seolah olah rumah ini adalah sangkar emas untuk dirinya. Semua yang dia buat, diawasi dan sentiasa diperhatikan. Dia rasa tak selesa. Dia tak rasa bebas. Dia tahu dan faham yang Halim risaukan dirinya. But enough is enough. Dia rasa bagai terkongkong apabila semua tindaknya diawasi.
"Thats why I mahu u terus stay sini. It will come back to you. Slowly. Takpe, I sanggup tunggu u ingat. Time is all I've got. U tak perlu risau. I akan jaga isteri I. I akan jaga u."Halim sambung.
Hanim tarik muka. Bukan dia tak percayakan Halim. Tapi sebenarnya dia sedikit kecewa dengan kebolehannya. Dia gagal untuk ingat siapa suaminya. Isteri jenis apa dia ni sekiranya suami sendiri pun dia gagal nak ingat? Jangankan suaminya, hidupnya sendiri pun dia kadang kala sangsi. Dia terasa seolah terperangkap dalam badan seorang yang dia langsung tak kenal. Dia jadi stranger dalam hidupnya sendiri. 
Semuanya seolah dia hanyalah penumpang pada badannya sekarang. Dia tak ada apa apa pilihan terhadap hidupnya. Dia diberitahu apa makanan kegemarannya. Dia diberitahu apa rutin hariannya. Dia diberitahu apa yang dia suka dan apa yang dia tidak suka. Betul ke aku suka warna biru? Betul ke aku suka makan terung? Takkanlah aku betul sukakan aktiviti lasak? Dan seriuslah aku ni peminat Star Wars? Semua maklumat tentang dirinya, disampaikan melalui Halim.
Dan semua yang dimaklumkan pada dirinya terasa..asing. Seolah dia tidak kenal siapa dirinya yang sekarang. Dia benar benar tak pasti siapa dirinya yang sekarang. Terlalu besar perubahan yang telah dia lakukan terhadap dirinya sendiri agaknya.
Seolah lapan tahun tempoh memori yang dilaluinya hilang tu adalah benar benar titik perubahan yang besar sepanjang hidupnya. Dia melalui total makeover on life dalam lapan tahun tersebut, dan dia langsung tak ingat semua perubahan yang telah dia lakukan. Dan dia yang sekarang, perlu meneruskan hidup sebagai Hanim baru yang dia tak kenal. Segalanya macam..autopilot. Dan dia tak tahu apa yang dia tahu, kecuali diberitahu. Oleh Halim.
"Ok, apa yang u nak tahu? I ada sini kan? I ada perfect memori tentang apa jua yang u nak tahu. U boleh tanya I, dan I boleh bagitahu u. just name it. I bantu u, ok?"Halim cuba menenangkan Hanim.
"I tahu u banyak bantu I dah. And I am grateful for that. U bantu I sejak dari I kat hospital lagi. Dan hampir setiap hari u bantu I untuk try ingat everything. But its just me. I cant remember. Thats what bugging me. I tak kenal diri I. I tak tahu siapa I. I tahu siapa I, but betul ke I ni sama macam yang u describe? Things doesnt connect. I dont even remember we being married pun. Pathetic kan?" Hanim hampir menitiskan airmatanya.
"Like I said, thats why I ada sini for u. I can be your memori. I tunjuk all our gambar kahwin, our honeymoon, our vacation. And everything. I ceritakan everything dan I tak hide anything from u. I faham it may took a while untuk u mampu ingat semua tu. Tapi I redha, and I wont stop fighting for u. but I cant do this alone. I need u with me and we can do this together. Please hanim, be rational" kata Halim lagi.
Halim tak mahu kehilangan Hanim. Berbagai usaha telah dia cuba lakukan sebenarnya untuk memulihkan isterinya itu. Dukun? Doktor psikiatri? Pawang kampung? You name it. Semuanya dia dah cuba. Dia tak mahu kehilangan insan yang dia sayangi itu.
Apa juga yang boleh dilakukan, telah dia lakukan. Dan apa juga yang perlu dilakukan, dia akan lakukan. Itu janji Halim. Dia tak boleh kehilangan Hanim. Separuh harta dan hidupnya menjadi terumbang ambing semasa dia menjaga Hanim. Syarikatnya hampir bangkrup. Kehidupannya serba tak kena. Rutin hidupnya jadi tak menentu. Malah tak sedikit rakan rakannya hilang kerana dia lebih pentingkan Hanim masa tu. Beberapa tender yang hampir pasti dalam tangan syarikatnya juga terlepas ke tangan pesaing kerana dia tak dapat commit pada kerjanya.
"u nak I be rational? Ok, lets do that. Kenapa dalam setiap gambar kahwin kita, takde my family? Mana gambar mak ayah I? takkan kita kahwin without my family consent? I takkan buat begitu. Dan u kata kita dah tinggal kat rumah ni 8 tahun. Tapi, kita menikah baru 6 tahun. Mana rasionalnya? Everything macam..tak kena. Macam ada missing. Macam ada yang u hide from me. Macam u tak tell me the whole truth." bidas Hanim.
"Thats why I said u kena bagi ruang untuk diri u. Maybe this is too much for you to handle. You yang u ingat dan u yang dengan I adalah macam orang yang tak sama. U've changed so much but u cant even remember it. Look,kita tinggal bersama dah 8 tahun. Yes its true. Dan kita berkahwin baru 6 tahun. Thats also true. We have been living together sebelum berkahwin for about two years. Thats why family u tak boleh accept masa kita kahwin. But kita teruskan juga. Your family buang u, or you buang your family. I tak sure yang itu since u sendiri pun tak cerita kat I that part. U just kata nak move on. Being with your family yang u kata konservatif sangat dan traditional sangat, kuno sangat. Thats why kita buat majlis kat hotel and tak jemput your family. Its your decision. U cant put this on me. There are some things that took time,sayang" Halim cuba menenangkan Hanim.
Memang gaya hidup Hanim berubah sejak dia kenal Halim. Seorang eksekutif muda yang kaya dengan cara hidup barat dan mewah. Hanim yang mulanya adalah anak dara pingitan kampung terleka dengan semua kemewahan selepas berpindah ke bandar besar. Dan Halim menyediakan segala yang dia mahukan dan perlukan. Itu titik perubahan terbesar untuk Hanim. Perkahwinan mereka memang memutuskan pertalian antara Hanim dan keluarganya. Itulah sebabnya Halim berat hati untuk melepaskan Hanim pulang ke rumah ibu bapanya. Lagi pula, Halim sendiri tidak kenal ibu dan bapa mentuanya.
"tak mungkin I buat macam tu pada mak ayah I. tak mungkin I buang my family" bidas Hanim.
"tak mungkin tu, kata you. Pasal you tak ingat. But I was there. Cuba you try ingat diri you yang lama. Apa yang u pakai. Dan cuba u tengok wardrobe you yang sekarang. You rasa masuk akal ke? Dalam ingatan u, u adalah seorang minah kampung yang pakai baju kurung kedah untuk pergi ke opis you. U are still that gullible girl yang asal dari kampung. But tengok wardrobe u. tengok gambar u sepanjang u dengan I. u ada nampak kain batik? U ada nampak baju kurung? U became an office lady,yang. U became executive office girls. U dah move on from that girl that u know. U are no longer her. U have to accept that" Halim sedikit meninggi suara.
Dia perlu benar benar menyakinkan someone yang tak kenal dengan dirinya sendiri. Pada Hanim, ini semuanya tak mungkin. Tapi pada Halim, semua ini berlaku. Ini semuanya realiti yang perlu Hanim akui sekiranya dia mahu perlu terus menjadi isteri Halim. Dia perlu lupakan Hanim yang dalam memorinya. Dia perlu menjadi Hanim yang sekarang.
"How come I tak ingat u" kata Hanim.
"dah kan u accident.." balas Halim
"dont blame that on the accident. U cant do that" sambung Hanim.
"apa maksud u?"
"u kata I sanggup tinggalkan family I, untuk kahwin dengan u. and I kenal diri I. I sangat sayang family I. kalau I sampai sanggup tinggalkan my family for u, tak mungkin u just someone yang I know. I should be able to remember u. there must be something yamg so special about u, sampai I sanggup buang my family. Tak mungkin I buang my family over someone yang tak worth it. There must be something about u. How come I cant remember any of it? KENAPA I TAK BOLEH INGAT LANGSUNG PASAL U KALAU BETUL I LEFT MY FAMILY FOR U? WHY? "tegas Hanim lagi.
Dahi Halim berkerut. Its not gonna be easy keluh hatinya. Kalau ikutkan hatinya, mahu sahaja dia bertempik sekeras kerasnya pada isterinya itu. Kegagalan Hanim untuk mengingat suaminya tidaklah patut dipersalahkan pada diri Halim. Sekurang kurangnya Halim tak fikir begitu. Sepatutnya dia lebih marah kerana isterinya gagal mengingat dirinya. Bukan dia dipersalahkan kerana isterinya gagal mengingat dia.
"U gagal nak ingat I dan then U salahkan I? Don't u think thats kinda harsh? Even for u with that accident to do that pada I, I think thats cruel. I yang patut sedih bila isteri I, tak ingat pada I. dan u,sanggup salahkan I for that?" suara Halim menurun. Nyata dia cukup kecewa.
Cuma dia sendiri gagal mentafsir sebab dan punca kecewanya ini. Mungkin kecewa dengan Hanim. Mungkin kecewa dengan dirinya sendiri kerana gagal menempelkan dirinya dalam ingatan isterinya sendiri. Tapi yang pasti, kecewa dengan kemalangan yang benar benar mengambil isterinya itu. Seolah isterinya benar benar "hilang".
"Look, I am sorry for that tadi. I know its kinda low blow. But its the truth. I cant remember all that. Kalau benar I betul betul sayangkan u..atau pernah sayangkan u, takkanlah I tak ingat langsung pasal u? that doesnt make any sense kan? U faham kan?" pujuk Hanim.
Dia sedar yang halim telah benar benar berusaha untuk dirinya. Dia tahu segala yang telah Halim lakukan untuknya. Tapi dia benar benar tak ingat tentang suaminya itu.
"Now look, I tak mahu paksa u. Tapi I juga tak mahu kehilangan u. so I akur if u nak jumpa your family. Maybe juga accident ni adalah blessing in disguise. At least, maybe kita dapat perbaiki hubungan kita dengan family u. ada hikmahnya juga, mungkin. But I sendiri akan bawa you nanti. But im gonna need your help with that. Pasal I tak tahu kat mana family u. u tak pernah bawak I jumpa diorang. I need your help on that kalau u betul nak jumpa diorang. U can do that? U ingat kat mana family u?" kali ini Halim mengalah.
"seriously? U akan bawak I jumpa my family?" senyum terukir di bibir Hanim.
"Yup. Kalau itu mampu untuk buat you bahagia. Like I said, I tak mahu kehilangan u. I tak mampu lalui that again. I tak sanggup kehilangan seorang lagi yang I sayang. I cant do that" Halim mengalah.
Hanim tersenyum. Dia bakal bertemu dengan keluarganya. Sebentar kemudian senyumnya pudar bila butir kata kata Halim berjaya dia proses.
"Wait, whaat do u mean again? What do u mean SEORANG LAGI? Siapa lagi yang u hilang? Apa yang u sembunyikan lagi dari I? terus terang dengan I SEKARANG.."fikirannya berkecamuk.
Halim tercengang. Dia baru tersedar. Mulutnya bertindak terlalu pantas dari fikirannya. Kata katanya meluncur terlalu laju tanpa sempat otaknya memintas. Segalanya sudah terlambat.
"Cakap Halim, Apa yang u sembunyikan? What do u mean SEORANG LAGI? Siapa yang u hilang? U better tell me NOW" kata Hanim kembali meninggi suara.
Halim melepas keluhan besar. Dia tak mampu berselindung lagi. Tangannya menggigil. Dadanya berombak. Perlahan tangannya mencapai dompetnya dan diserahkan kepada Hanim.
"Buka" katanya dengan mata berkaca kepada Hanim sambil dompet itu dihulurkan kepada isterinya itu.
Hanim semakin sangsi. Namun tangannya mencapai dompet yang diserahkan Halim itu. Dan bila dompet itu terbuka, terpampang wajah seseorang di dalamnya.
Gambar potret seorang anak lelaki comel yang sedang tersenyum riang dalam dompet Halim. Hanim masih tak faham.
"Haikal.."kata Halim sambil matanya memandang ke arah gambar tersebut.
"Haikal bin Halim. Anak I. Anak kita. Dia ada dalam kereta tu dengan u masa kemalangan tu. I rahsiakan dari u pasal I takut u tak boleh terima. I takut u tak ready. U sayangkan dia more than u sayangkan anything. Thats what I' ve been rahsiakan dari u. To protect you from yourself. From guilt. Thats why I kata this amnesia maybe blessing in disguise. I tak tahu apa u akan buat kalau u tahu, u killed your own son. I takut its too much for u too handle" balas Halim dengan suara sebak.
Hanim menjerit panjang dan airmatanya tumpah. Hatinya remuk.Kadang kala ada baiknya tak tahu daripada tahu.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Halim mencapai telefonnya. Nombor telefon Doktor Hanif didail. Nada dering Godfather kedengaran dari sisi sana. Sepanjang dia kenal Doktor Psikiatri ini, ringtonenya tak pernah berubah. Dan dia syak takkan mungkin berubah.
"Hello.." panggilan disahut oleh Doktor Hanep.
"Hello Hanep. Halim sini"
"Haaa Halim..apa cerita? Lama kau senyap lepas dapat bini baru. Hahahahaa..apa cerita? Nak minta ubat kuat ke apa?"
"Ubat kuat jadahnya. Kau pun bukan doktor lelaki pun. Kau doktor sakit jiwa. Hahahhha..Kau ingat aku lemah ke apa? Kalau lemah aku ni takkanlah sampai 3 orang dah pompuan aku minta dari kau. Oh ya, aku nak bagitau ni. Hanim..dia dah ingat semua. Aku dah hantar dia kat rumah mak bapak dia. Aku lepas tangan dah. Aku chow terus"
"What? Camne dia boleh tahu?"
"Aku yang bagitahu. Aku pun dah bosan dengan minah tu.Minah kampung sangatlah. Eh, aku nak kau carikan sorang yang baru. Cari yang muda. Yang cun. Yang haram tak ingat apa apa pulak kali ni. Kalau perlu, kau bagi yang otaknya dah kosong..clean slate. I don't want any leftover dalam otak dia. Aku nak yang betul betul kosong. So aku boleh isi apa juga aku nak isi"
"eh kau ni. Kau ingat aku buat custom shop ke yang kau nak order macam macam? Yang aku buat ni pun kalau kantoi, lesen aku terbang tau. Jangan kata lesen, silap silap aku sendiri pun ke dalam tau"
"ah kau ni. Tahulah aku. Lagipun aku bukan minta kau tolong percuma. Tang kau punya upah,jangan risau. Adalah persen kau nanti. Lagipun kau juga yang mengadu kata pesakit kau semua takde orang uruskan. Terlantar. Terbuang. Kau pass kat aku, tahulah aku nak jaga diorang nanti. Bab cerita background diorang, nanti pandai pandailah aku gebang. Hahahaha..
"suka hati kaulah, Halim. Asal tak sangkut dengan aku, sudah. Yang baru ni kau nak bila?"
"secepat mungkin. Bila kau dah dapat, kau bagitahu aku. Pandailah aku nak uruskan cerita dia apa semua nanti. Tapi biarlah cepat sikit. Kau pun tahulah, aku ni bukan boleh duduk sorang sorang lama lama sangat. Sunyi. Kah kah kah"
"Tahulah aku nanti. Thanks ya Halim. Nanti kalau dah dapat, aku contact kau"
"Ok, Hanep. Opss..maksud aku Doktor Hanep. Thanks bebanyak. Hahahahha"
Talian diputuskan.

TAK BANYAK YANG DIKETAHUI MENGENAI MAMAT ITU

TAK BANYAK MAKLUMAT YANG DIKETAHUI MENGENAI SI POLAN INI
So,boleh kita mula sekarang ke,Dato?aku memula bicara sambil pandang dato muda tu dari atas ke bawah. Dan kemudian ke atas semula.
Pakaiannya..hmmm. Pakaiannya sehelai t-shirt hitam band metal dari Norway (aku agak sahaja..pasal aku kurang pasti) sepasang jeans corduroy dan sepasang kasut Vans checkers klasik entah tahun bila. Aku sendiri tak pasti samada kasut itu telah lusuh kerana sering dipakai atau memang digayakan lusuh sebegitu untuk nampak klasik. Fashion sense dato ni, lain benar dengan kebanyakan dato yang aku pernah temuramah. Nampak macam kutu berahak pun ada kalau sekali imbas.
Ini kali pertama aku melakukan sesi interview bersama dato muda ni. Itupun atas arahan dari ketua editor aku. Katanya dato ini tengah in. Namanya sekarang semakin meletup letup dalam dunia perniagaan selepas penganugerahan pingat yang membawa gelaran dato baru baru ini. Dia adalah ahli perniagaan pingat paling muda dalam sejarah negara (buat masa ini).
Anytime you are ready. Tapi orderlah dulu, Zam. Makan kat sini spesial sikit, dia punya lamb chop memang lain macam sedap dia tau. Memang to die for kata omputih. Eh, dan lagi satu, tak payahlah formal sangat berdato dato bagai ni. Panggil aje Encik Azlan. Atau lagi elok panggil abang Lan aje, kita ni pun nampak dari gaya umur pun macam tak jauh beza ni. Boleh Zam?jawab Dato Azlan.
Semula, aku jadi sangsi dengan arahan ketua editor aku untuk temuramah mamat ni (ok..aku kata mamat pasal dia sendiri tak selesa dengan gelaran dato..tapi ini off record lah ya). Majalah kami ni majalah business insider, kot. Aku ingatkan dia akan pakai sekurang kurangnya kot atau blazer siap necktie dan kemeja. Dan dia akan pilih fine dining sebagai lokasi interview. Bukan restoran tomyam dan western food kat shoplot sebegini. Entah entah, dia takut tak ada budget nak bayar makan kot.
Tak apalah dato. Saya ni datang atas urusan tugas, maybe lebih baik saya selesaikan urusan tugas dulu, then baru kita makan. Saya pun ada sikit rasa overdress ni sebenarnya.
Tak biasa makan tempat begini ke?
eh bukan macam tu,Dato. Cuma kebiasaannya bila kita approach subjek untuk interview, pihak kami memang ada sediakan allowance untuk entertain subject dan memang ada dana untuk tempatnya. Pihak kami yang akan bayar . Tak perlu pihak subjek keluar duit pun sebenarnya. Biasanya subjek akan pilih fine dining, maklumlah,nak jaga imej. Sebab tu saya pakai macam..macam saya pakai sekarang ni.
Aku sedikit skeptikal sebenarnya dengan pemilihan tempat interview ni. Malah semasa dia bersetuju dengan interview pun tak dinyatakan lokasi. Aku cuma diminta hadir ke rumahnya, pukul 10 malam. Lokasinya dia akan pilih nanti, katanya. Tapi pada awalnya aku tak rasa pelik sangat. Pasal bila berurusan dengan orang kaya begini, ada sahaja kadang kadang benda pelik yang dimintanya. (Yang minta buat interview di kelab malam dan suruh sediakan sorang dua china doll pun ada)
Hish..takdelah semua. Saya ok aje tempat macam ni. In fact,saya lebih selesa tempat begini. Lagipun, awak nak interview saya kan? Bukan interview CEO Cemara Holdings. Kalau nak interview saya, inilah saya. Azlan Tarmizi. Tapi kalau awak nak interview CEO, lain pula tempat dan caranya. Yang itu duit kompeni, lain. Yang ni duit saya, lain. Hahahaha..
Sedikit aku tersentak. Maybe dato ni memang naif. Atau mungkin juga dia ikut khalifah Umar yang tak mahu gunakan duit rakyat (atau untuk konteks ini..kompeni) untuk kepentingan peribadi. Susah juga sebenarnya nak jumpa orang jenis jujur (atau naif) sebegini dalam dunia perniagaan.
Sebentar kemudian seorang pelayan datang bertegur kami dan bertanya tentang order.
haaaalewat abang lan hari ni. Siap bawak kawan plak lagi. Makin maju laa kedai saya ni nampak gaya,ada customer baru. Order macam biasa ke bang Lan? tegur pelayan tu. Aku syak pelayan tu haram tak kenal mamat ni seorang dato. Boleh just panggil gitu aje. Memang gaya low profile dato ni agaknya.
Lambat sikit je. Takdelah, ni aku bawak kawan ni haa..katanya nak interview sikit. Haah order biasa aje. Zam, makan apa? dato tu tanya aku sambil tersenyum.
Huishh..orang sok kabor ke ni bang Lan? Perghh..front page lagi laaa abang Lan esok. Hahahahaa..eh abang reporter, tulislah pasal kedai makan saya ni juga bang. Kami pun nak juga glamer macam abang Lan kita ni. Asyik masuk sok kabor aje. sampuk pelayan tadi pantas.
Jadi rupanya brader pelayan ni aware yang duduk depan dia ni seorang figur yang terkenal dan selalu masuk surat khabar? Things keep getting interesting untuk sesi kali ni nampak gayanya.
Eh saya bukan tulis surat khabar. Saya tulis majalah. Majalah orang business. Sebab tu nak interview Dato ni haa. Nak dijadikan sumber inspirasi untuk pengamal orang business. Majalah ushawan bang. Takpe,saya makan sudah tadi aku menolak sopan.
rugi tak try, Zam. Kalau sekali terkena kedai ni,silap silap ketagih. Takpe, order saya macam biasa tapi buat dua set. Satu lagi untuk kawan baru kita ni ya
Orait bang Lan. Dua, macam biasa. Satu untuk abang reporter. Ngamkata si brader pelayan sambil berlalu pergi. Aku terima aje tanpa banyak soal memandangkan tak mahu dianggap biadab atau memilih sangat.
Kita mula, Dato? ujarku mahu memulakan semula sesi yang tergendala tadi.
Panggil abang Lan sahaja cukuplah. Saya kat luar opis ni.tolaknya sopan.
Hish, tak boleh macam tu Dato. Dato susah payah nak dapat title tu, saya pun kenalah hormat penat lelah Dato untuk sampai ke tahap ni. Bukan mudah nak dapat gelaran tu.
Err..saya ok je sebanrnya. Kekok plak rasa nak formal sangat ni. Lagipun gelaran tu hanya untuk kegunaan rasmi aje. Bila dah luar opis macam ni,saya just jadi Azlan Tarmizi.
Jarang sekali sebenarnya berlaku sebegini. Kebiasaanya VIP yang aku jumpa tetap mahu disapa dengan gelaran Dato, Tan Sri, atau apa juga gelaran yang mereka dapat. Dan aku pula akan (..terpaksa) patuh atas tuntutan prefesionalism. Aku perlu ikut protokol. Aku perlu sedikit tegas dalam hal ini, lagipun, aku malas nak edit semula sesi intervew sekiranya terpaksa tukar gaya bahasa dan gelaran nanti. Malas nak buat kerja dua kali.
Kalau Dato OK pun, saya belum tentu OK Dato. Maksud saya,saya ni kena ikut protokol. Kalau tak nanti bos saya plak yang bising. Kalau tak bos saya, pembaca dan netizen.Yang itu lagi payah nak handle tu, Dato. Maklumlah, zaman IT ni orang boleh hentam siapa saja. Kalau bukan yang dua tu, silap silap kang geng protokol istana plak. Itu lagi naya saya nak menjawab. Silap haribulan,jadi penganggur saya.
Owh macam tu ya. Maaf ya susahkan awak. Saya tak tahu besar btol implikasi dia. Saya betul betul minta maaf ya.Maklumlah,saya ni masih baru lagi dalam benda protokol ni. Saya ingatkan jenis boleh langgar aje macam tu. Hahahahah..maklumlah,budak kampung
Terlopong aku sekejap. Muka dia masa bercakap tunampak cukup jujur rasa bersalah. Cukup merendah diri. Aku sendiri pula dah rasa bersalah. Sempat aku rasa kagum dan takjub dengan sikap dato muda ni. Umurnya cuma 3 tahun lebih tua dari aku, tapi dia dah dapat anugerah yang bawak gelaran dato ni. Aku ni sendiri? To make ends meet pun masih lagi struggle. Mee segera pun penuh lagi bawah katil sebagai bekalan hujung bulan.
Hampir tiga jam, sesi interview berlangsung. Aku yang awalnya agak skeptikal dengan ayat dan perilaku mamat itu, sedikit demi sedikit luntur dan runtuh perasaan skeptikal aku. Mamat ni memang seorang yang benar benar jujur merendah diri. Ayat terima kasih, appresiasi dan hormat sentiasa bermain di bibirnya bila bercakap tentang tokoh tokoh lain dalam dunia perniagaan. (walau kadang kadang tokoh yand disebut adalah musuhnya)
Malahan, aku sengaja beberapa kali cuba memetik nama musuh dan juga pesaing syarikatnya sekadar mahu menambah rencah dalam penulisan aku nanti. Tapi, tiada apa yang aku dapat dari dia mengenai musuh dan pesaingnya melainkan perasaan kagum dan takjub dengan segala usaha dan kerja keras pesaingnya. Dia benar benar kagum dan hormat kepada semua pesaing dan musuh perniagaannya. Aku jadi kagum.
Mamat tu kata, dia sedikit sebanyak berkongsi kejayaannya dengan kedai ini. Sebab itu kedai ini istimewa bagi dato tu. Kedai ini menjadi titik tolak untuk dato itu semasa dia mahu bermula dalam dunia perniagaan. Aku minta dia bercerita lebih lanjut.
empat tahun lepas, semasa saya masih baru dan bergelut nak berniaga, saya didatangi seorang peminta sedekah di kedai ni. Tapi peminta sedekah tu, dia macam pelik sikit. Dia pakai kemeja lusuh, semuar lusuh, tapi sekilas pandang saya nampak gigi kirinya yang nombor tiga adalah gigi emas. Pelik juga ada peminta sedekah pakai gigi emas. Masa tu saya tengah makan. Dan peminta sedekah tu tanya sekiranya saya boleh belanja dia makan sama sama. Walhal masa tu, saya sendiri pun makan ada duit cukup cukup. Kalau saya belanja peminta sedekah tu, alamatnya esok saya kena puasa lah. Hahahahapunyalah masa tu saya pun teruk juga. Tak stabil lagi.
abang lan kenal ke peminta sedekah tu? Abang lan belanja orang yang tak kenal begitu aje?
Sedikit sebanyak aku mula terlupa tentang gelaran dato tu. Ada sesuatu mengenai abang Lan. Dia berjaya buat aku terlalu selesa bila bercerita. Sesi yang sepatutnya jadi sesi temuramah, sekarang seolah jadi sesi ramah mesra. Dia benar benar dapat jatuhkan profesionalism aku.
saya tak kenal dia masa tu. Tapi, saya jemput juga dia duduk bersama. Temankan saya. Maklumlah, makan ni kalau berdua,seronok sikit. Saya syak itu benda paling betul dan paling tepat saya pernah buat dalam hidup saya. kata abang Lan dengan mata bercahaya.
Kenapa bang? Dia wali ke atau apa?
hahahaa..aku tak tahu tentang wali ke atau malaikat ke atau apa ke. Tapi peminta sedekah tu bagi aku satu nasihat yang aku tak akan pernah lupa. Satu ayat aje yang dinyatakan oleh peminta sedekah tu. TAK BANYAK YANG DIKETAGUI MENGENAI SI POLAN INI. itu sedekah paling besar peminta sedekah tu pernah bagi aku
Aku minta abang Lan perjelaskan maksud ayat dia.
Pernah tak korang cuba buat something dalam hidup korang? Something yang different. Something yang boleh buat dan akan korang lebih stand out dan menonjol berbanding orang lain? Sentiasa. Kan? Kenapa? Pasal sebagai manusia, kita sentiasa akan buat sesuatu untuk di acknowledge oleh society. Kita sebagai manusia, tak dapat lari dari mahu jadi perhatian. Ianya fitrah kita sebagai manusia untuk bersosial. Untuk meninggalkan suatu jenis impact. Untuk diingat selepas kita tiada. To make our presence felt.
In fact, ada kemungkinan kita buat segala apa yang kita buat hanya dengan satu niat. Mahu orang tahu tentang kita. Tentang siapa kita. Dan ianya tak salah kerana ianya adalah naluri dan keinginan semua manusia.
Mahu meninggalkan legasi. Mahu meninggalkan nama. Mahu meninggalkan impak. Kalau tidak, manakan datang pepatah melayu yang mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Penerimaan oleh orang samai seolah jadi syarat untuk kita menerima diri kita sendiri. Lebih lebih lagi di zaman IT dan teknologi ini.
Dan penerimaan orang di zaman ini lebih spesifik. Kau boleh terkenal dengan pantas, dan kemudian dilupakan juga dengan begitu pantas. (korang masih ingat dan kenal Bobo? Korang tahu mana pergi awek cendol yang pernah viral sekejap pasal manja tu..dan korang ingat lagi makwe Solero macam comel aje macam cantik aje?) Kalau kau mahu dikenali dan mahu maintain dikenali, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah. Kecuali kalau kau sanggup melakukan banyak perkara bodoh (..dan kemudian minta maaf) dan kemudian buat perkara bodoh lain(dan kemudian minta maaf lagi..).
Satu research pernah dibuat, untuk mengetahui apa benda paling ditakuti oleh semua manusia. Tempat pertama, berucap di hadapan khalayak. Tempat kedua, jadi nothing. (Ketakutan terhadap lipas terbang, tiada dalam senarai..aku tak tahu kenapa) Dan jadi nothing bermaksud menjadi..biasa. Menjadi nobody. Menjadi tiada sesiapa.
Kebiasaanya semasa seorang manusia meninggal dunia, rakan atau sahabat atau kenalannya akan mula berkata. Si polan ini orangnya baik. Si polan itu orangnya banyak bersedekah. Si polan itu kerjanya bagus. Bagaimana kalau, tak ada seorang pun tahu mengenai si polan tu? Dan semua hanya mampu berkata tak banyak yang diketahui mengenai si polan tu.
Yang diketahui, cumalah tarikh kelahiran mereka, tarikh kematian mereka. Tapi apa yang terjadi diantara dua tarikh tersebut? Bagaimana kehidupan mereka semasa perantaraan dua tarikh tersebut? Apa yang umat manusia tahu mengenai mamat itu sepanjang tempoh pinjaman dia berada di dunia? Apa jenis impact dan apa yang telah dilakukan sepanjang masa dia berada di dunia?
Pernahkah korang google diri sendiri? Semata mata untuk tahu apa pandangan orang (haters juga adalah orang..) terhadap kalian? Dan please, jangan tipu. Aku sendiri lakukan benda sebegitu. Dan ianya tak salah. Dan tak kurang dari 3 kali seminggu aku akan lakukan benda tu. Semata mata pasal aku nak tahu apa pendapat dunia mengenai aku. (Oklah, sejujurnya aku hanya mahu tahu aku dah famous ke atau belum).
Bagaimana kalau pada suatu hari nanti, semasa kau google diri sendiri, google hanya kata kepada kau TIADA MAKLUMAT YANG DIKETAHUI MENGENAI MAMAT INI
Bagaimana?
Menakutkan bukan? Google tak tahu siapa kau. Google, search engine nombor satu dunia, tak kenal siapa kau.
Google, laman carian yang ada maklumat tentang siapa presiden Amerika yang pertama (dan bukan George Washington, by the way) tak kenal siapa kau. Dan google yang juga tahu dimana sekolah pertama presiden Amerika yang pertama itu (bukan..bukan Abraham Lincoln juga), tak kenal kau.
Google, laman carian yang tahu sebenarnya yang bunuh John F. Kennedy adalah Eric Lehnsherr dan Lee Harvey Oswald hanyalah watak yang dijadikan kambing hitamnya. (Well, orang kanan Eric bernama Raphael Raven Darkholme adalah seorang shapeshifter), tak tahu siapa kau.
Google, laman carian yang tahu sebenarnya ada laluan rahsia secara terus dari Putrajaya terus sampai ke hulu Benua Afrika untuk tujuan keselamatan Perdana Menteri sekiranya berlaku serangan zombi di Malaysia tu, tak tahu siapa kau.
Google, laman carian yang tahu bila dunia akan berakhir dan tahu bagaimana ianya akan berlaku dan siapa bakal memainkan watak utama untuk kehancuran dunia tu, tak tahu siapa kau.
Google, laman carian yang tahu segalanya yang perlu kita tahu mengenai segalanya, tak tahu siapa kau.
Tidakkah itu sesuatu yang menakutkan?
Persoalan yang ditimbulkan oleh peminta sedekah itulah yang benar benar menjentik semangat anak muda ke dalam jasad abang Lan. Selepas pulang dari pertemuannya dengan si peminta sedekah itu, abang lan sentiasa memikirkan kebenaran kata kata si peminta sedekah itu.
TIADA BANYAK MAKLUMAT YANG DIKETAHUI MENGENAI SI POLAN INI.
Dan semenjak hari itu, abang Lan sentiasa menjadikan kata kata itu azimat untuk terus berjaya. Dia tak mahu ketika dia mati nanti, orang bercakap tentangnya seolah dia tak pernah wujud. Dia mahu meninggalkan impak. Dia tak mahu sekiranya orang google tentang nama Azlan Tarmizi, search result yang ditunjukkan adalah Tiada Maklumat Yang Diketahui Mengenai Nama Ini. Sebab itulah bang Lan berusaha keras.
Begitulah cerita abang Lan panjang lebar.
abang ada try cari semula peminta sedekah tu? aku bertanya cuba mencari closure.
ada. Abang cari pasal nak berterima kasih kepada dia. Puas abang tanya semua tempat. Tak jumpa. Kau tulislah pasal peminta sedekah tu, kot kot dia muncul. Abang pun nak berterima kasih kepada dia juga. Separuh dari kejayaan abang, abang berhutang budi dengan dia tau kata abang Lan jujur.
Lain benar sesi temuramah aku kali ni. Sesi temuramahnya, aku boleh katakan biasa. Cerita cliche tentang bagaimana seorang underdog boleh berjaya. Kalau setakat itu sahaja, dalam 2 hari aku boleh siapkan artikel aku. Tapi, cerita mengenai keperibadian abang Lan, dan kisah si peminta sedekah tu aku perlukan sedikit lagi research sebelum aku hantar kepada ketua editor aku. (walau aku sangsi dia mahu terbitkan cerita sedemikian di majalah kami..mungkin juga dia akan suruh hantar ke majalah lain)
Aku perlu lebih lagi research tentang peminta sedekah itu. Keesokan harinya, aku sekali lagi cubamakan di kedai sama. Pelayan yang sama melayan aku dan abang Lan semalam rupanya adalah tuan punya kedai. Dia mengamalkan hands on punya approach di kedai dia.
Sempat aku bertanya dengan pelayan itu mengenai peminta sedekah yang dikatakan abang Lan. Satu sahaja jawapan yang diberikan oleh pelayan itu.
peminta sedekah itu? Owh, saya pernah nampak dia tu. Tapi.. katanya sambil melihat kiri kanan seolah maklumat yang dikatakannya adalah rahsia besar.
tapi apa bang? Saya kalau boleh nak temuramah peminta sedekah itu juga. Bukan utk majalah saya, hanya sebab saya curious kata ku dengan mata bersinar. Satu lead yang mungkin berguna untuk aku.
Tapi..tak banyak maklumat yang diketahui mengenai mamat itu..kata pelayan itu sambil tersenyum lebar.
Bila dia tersenyum, aku nampak gigi kirinya yang ketiga. Ianya bersadur emas.
Sangsi aku hilang.

TRIBUTE KEPADA MARK TWAIN

"You are a disgrace to your people" herdik Barry sambil menolak badan kau. Kau hampir hilang keseimbangan, mujur juga kau sempat berpaut pada dinding dibelakang badan kau. Kau yakin baju kau akan kotor terpalit kotoran dari dinding itu. Lorong tikus yang kotor ini biasanya hanya menjadi habitat orang hobo dan juga tempat melakukan transaksi haram yang melibatkan dadah atau seks sahaja. Jarang sekali ada tamu di laluan sempit ini. Kau pun kurang pasti samada lorong sempit ini kotor kerana jarang digunakan atau ianya jarang digunakan kerana ianya kotor.
Barry pantas merampas kertas markah ujian bulanan kau dari tangan kau. Konco konconya, Huckle dan Finn duduk tidak jauh dari situ sambil memerhati sekiranya ada sesiapa yang mendekati lorong itu. Mereka diberi tugas berkawal sementara Barry "menyelesaikan" kau.
"Look at this!! 28 marks for math?? What the fuck is this? You immigrants cant do shit. You are Chinese with 28 marks for your math test,for God sake!! You are good for nothing" herdik Barry lagi. Matanya merah seolah dia perlu bertanggungjawab terhadap pelajaran kau. Seingat kau, kali terakhir kau semak, nama ayah kau bukanlah Barry Oswald.
Sempat juga kau mengerling ke arah lorong yang dijaga oleh Huckle dan Finn. Ikut perkiraan kau, kalau kau buat pecutan mengejut untuk lari,kau mungkin dapat melepaskan diri dari Barry. Tapi Huckle pula adalah kes lain. Kau mungkin hanya boleh sampai ke depan lorong itu sebelum dibawa masuk semula oleh Huckle yang berbadan besar dan menerima lebih banyak campurtangan dari kedua konco Barry tadi.
"You know what? There are only TWO reason why we, American let u and the other Asian people stays here. You are Chinese. Only two goods reason we let you stay is because of Kung Fu and math. Kung fu, so you can teach us about that stuff. And math..so we dont really have to learn about that stuff. Maths is a department for Chinese. Thats why you are here. And judging by now,you cant even defend yourself,and you got 28 on your math test, we dont really need you here. You failed on both of that stuff,man"
Markah Barry dalam ujian math tadi tidaklah teruk sangat. In fact,ianya tak teruk langsung. Dia dapat 82 markah. Ironinya, angkanya terbalik dari keputusan kau. Kenapa dia begitu marah dengan markah keputusan kau, masih lagi menjadi misteri(buat masa ini)
"This cant do. Starting from tomorrow, we'll gonna train your math skills. You are in my detention. Every day after school, I am gonna train you myself. At exact 2 o'clock until 5, meet me up at my home and i'll teach you math" sambungnya panjang lebar.
Dahi kau berkerut. Jadi dia akan bagi kau kelas tuisyen? Adakah ini taktik peras ugut yang baru untuk mereka rampas duit elaun kau? Kau dah mula rasa sangsi.
"Nope..no payment. But be sure to be there at exactly 2 o'clock everyday. EVERY SINGLE FUCKING DAY !!! You got that? If you are late,you"ll be sorry. So,Get the fuck up,go home and tell your big ass mama you are enlisted on my Math class starting tomorrow. Get your ass up,you fucking yellow" katanya sambil berlalu pergi. Huckle dan Finn ikut bersama Barry. Tapi Huckle sempat menunjuk isyarat "im watching you" sebelum dia berjalan mengekori dua rakannya itu.
Jadi bermula esoknya,kau terpaksa hadir mengikuti kelas intensif matematik di rumah Barry. Pada mulanya mak kau tak setuju sangat ,kerana ianya mengehadkan masa kau untuk berada dirumah. Sebenarnya dia mahu kau ada dirumah untuk menolong dia mengemas dan jaga adik adik kau. Dia bukanlah peduli sangat dengan keputusan ujian kau tu. Tapi bila Barry mengugut dengan perkataan "DEPORTATION" ,mak kau tertunduk  berdiam dan membenarkan Barry melatih kau.
Semenjak kau dilatih Barry, sedikit demi sedikit kemahiran kau dalam Matematik meningkat. Lagipula keluarga Barry memang menyediakan seorang tutor khas untuknya yang memang cekap dalam mengajar. Yuran latihan kau pula hanyalah hadirkan diri. Cuma kadang kala Barry ada juga menugaskan kau untuk keluar membeli makanan untuk kalian bertiga. Kau sebenarnya masih belum dapat membuat keputusan samada kelas intensif ini adalah rahmat atau musibah. Sama macam hidup kau. Samada ianya rahmat atau musibah.
Selepas dua bulan, kau sekali lagi mengikuti ujian Matematik. Berbeza dengan sebelum ini,kau benar benar "menduduki" ujian dan bukan sekadar menghadirkan punggung di kerusi dan menunggu masa tamat. Kali ini kau benar benar berusaha untuk ujian itu. Kau sempat melihat ke arah Barry dan dia membuat isyarat "you are going down" sambil tersenyum. Kau tak membalas senyuman dia dan sekadar menunjuk isyarat "good" sahaja.
Minggu berikutnya keputusan diumumkan. Ramai rakan kau terkejut bila kau dan Barry mendapat markah penuh kali ini. Reaksi Barry kali ini lebih seronok dari semasa dia mendapat 82 markah dulu. Kegembiraanya adalah berpusat kepada kejayaan aku mendapat markah penuh sebenarnya. Kau datang ke arahnya untuk menunjukkan keputusan kau. Tapi kau dihalang oleh Huckle dan Finn yang mengingatkan kau supaya berundur kerana Barry tak mahu orang lain mengetahui bahawa kau dan dia berkawan. Kerana kau bukan budak Caucasian. Kau juga tak sebetulnya faham apa relationship status kau dengan Barry. Bukan kawan, bukan musuh juga..kalau di Facebook mungkin kau akan listkan ianya sebagai its complicated.
Hari itu,semasa kau sampai ke rumah Barry, dia kata tiada kelas untuk hari ini.
"No class today. Today, we celebrate. Now walk with me and there is something I need to tell you" katanya sambil berjalan pantas keluar. Kau mengekorinya seperti seekor anjing yang patuh.
"Now,I am gonna came clean to you. Why did i do what i did. In case you haven't realize why i help you."kata Barry dengan lemah lembut.
Akhirnya, penjelasan yang kau tunggu selama hampir 3 bulan.
"Well,my father was a racist. He hates Chinese people so much. In his eyes, Chinese people came here and steal from us. Steals our job, our opportunity, and live with us like a parasite. But one things that we both agree is, you Chinese are great at math. So we wanna beat the Chinese at their own game, Mathematics"
Sebentar..bukankah dari ujian pertama lagi kau dah tewas teruk dengan keputusan Barry? 28 lawan 82. Bukan sahaja kalah,malah kalah teruk.
"Do you know how it feel to win against someone who suck so bad? I beat you, yes. But was it a victory? Hardly. Its like boxing against a half blind person. It doesn't say WIN at all. Feels like handicap. Thats why I trained you. And now the playing field are levelled, and I'm gonna beat you again this time. This time, its Total Victory"katanya.
Permainan logik dari Barry ini,kau tidaklah faham sangat sebenarnya. Tapi pastinya kau merasa bangga dengan keputusan ujian kau.
"Now go home. Show your mum this result. And the next time we met, we gonna fight again" katanya.
Kau berlari pulang dengan wajah gembira. Tentunya ibu kau akan gembira dengan keputusan ujian kau kali ini. Ini kali pertama markah ujian kau ditulis dengan warna biru instead of merah.
"Ibu,kau takkan percaya apa terjadi hari ini. Aku dapat markah penuh dalam Matematik. Aku bakal menjadi kebanggaan semua orang Cina. Aku bukan lagi kehampaan orang Cina. Aku pandai dalam Matematik seperti semua orang Cina lain,mak"kata kau seraya menjerit dan berlari masuk ke dalam rumah.
"Oooohhh,alangkah bagusnya. Mak berbangga dengan kau. Tapi, siapa kata kau orang Cina? Kita bukan orang Cina,nak.  Kita orang Filipino"mak kau kata dengan muka bangga.

CITA CITA

Kau adalah seorang yang bercita cita besar. Kawan kawan kau tahu itu tentang kau. Kau sendiri pun tahu perkara itu tentang kau, setelah hampir kesemua kawan kawan kau mengatakan kepada kau "Kau adalah seorang yang bercita cita besar"
Kau (pernah) bercita cita untuk jadi Perdana Menteri. Kau belajar bersungguh sungguh,makan bijirin sarapan (pasal dalam iklan katanya ini sarapan sang juara), dan kau dah belajar ikat tali leher sebelum kau daftar masuk tadika.
Setelah agak dewasa,kau mulai sedar bahawa bijak bukanlah kriteria pemilihan yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri. Kau cuma perlu bijak manipulasikan orang dan perlu pandai putar belit.
Yang dua itu,memang kau tak pandai.
Dengan berat hati,kau pun terpaksa melupakan cita cita itu. Sekarang kau terpaksa berpuas hati dengan gelaran Guru Besar. Tapi sebenarnya kau tak pernah putus memikirkan tentang cita cita kau nak jadi perdana menteri.
Sebab itu kau mentadbir sekolah kau,sama macam modul mentadbir negara. Ada pengawas,sebagai polis. Cikgu disiplin,sebagai badan kehakiman. Koperasi sekolah,sebagai kementerian kewangan. Guru guru sebagai ahli parlimen. Dan empat guru bidang sebagai 4 Horsemen of apocalypse.
Nampak cukup teratur. Cukup tersusun. Sekolah kau nampak gah (diatas kertas kerja). Segalanya berasaskan kepada negara demokrasi. Semua pelajar dan guru di sekolah kau faham tentang obsesnya kau menjadikan sekolah kau persis sebuah negara.
Sehinggalah seorang pelajar mengangkat tangan dan bertanya kepada kau semasa perhimpunan. "Cikgu,bilakah kita nak adakan pilihanraya untuk memilih guru besar baru? Kami dah bosan dengan guru besar yang sedia ada ni"
Kau terlopong. Selepas itu kau tak hu jadi perdana menteri di sekolah kau lagi. Kau mahu jadi Agung.
Kau berkomplot dengan budak paling nakal dalam sekolah, dan menugaskan dia untuk berbuat huru hara dan mengacau segala pentadbiran dan sistem di sekolah kau. Kau mahu dia cipta chaos.
Lepas itu kau isytiharkan darurat. Dan kau kini sebagai agung,boleh terus memerintah.

KESIMPULAN

Guru tingkatan yang juga mengajar Bahasa Melayu kelas itu adalah seorang guru berbangsa India. Bahasa pertuturannya di rumah, bahasa Tamil.
Tapi dia adalah antara guru bahasa Melayu terbaik di sekolah itu. Pernah beberapa kali menerima anugerah guru cemerlang bahasa, guru aktif dan juga beberapa anugerah bahasa Melayu di peringkat daerah.
Kerunsingannya adalah 3 orang murid di kelasnya yang berbangsa Melayu. Walau 3 murid ini berbangsa Melayu,tapi mereka bertiga ini mengalami kesukaran untuk menguasai bahasa Melayu. Di kelas ini juga ada 8 pelajar Cina,dan 4 pelajar India. Kesemuanya dapat menguasai bahasa Melayu dengan baik.
Semasa dipanggil untuk terima buku laporan,cikgu ini telah memanggil ketiga pelajar ini serentak.
"Kamu bertiga adalah pelajar berbangsa Melayu. Dan saya berbangsa India. Saya boleh bantu ramai pelajar lain,ada bangsa cina,ada bangsa india. Bahasa pertuturan mereka di rumah adalah Tamil,Kantonis,Mandarin..dan bukan bahasa Melayu. Mengapa sukar sangat kamu bertiga nak kuasai bahasa kamu sendiri?"
"Cikgu terlalu cepat ambil kesimpulan. Terlalu banyak assuming" kata salah seorang pelajar itu.
"Maksud kamu?"
"Cikgu pandang kami,dan ambil kesimpulan,pasal kami melayu,kami guna bahasa melayu di rumah sebagai bahasa pertuturan. Mudah sangat cikgu ambil kesimpulan. Cikgu ambik mudah semua ni"
Si cikgu terkedu dan tersedar. Dia sedar dia silap.
"Saya minta maaf. Saya tak patut mudah ambil kesimpulan sebegitu. Ya,kata kata kamu bertiga ada benarnya. Tapi, keputusan bahasa Inggeris kamu bertiga pun,bukanlah ada dalam paras memuaskan. Masih juga merah. Mengapa?" sambung cikgu itu.
"Iya,cikgu..kami mengaku. Bahasa Melayu kami memang lemah..dan bahasa Inggeris kami jauh lebih ketinggalan. Tapi, kalaulah sekolah ini ada mengajar bahasa Jawa....."

CAUSE AND EFFECT

"Cause and effect,tuan. Cause and effect" katanya ringkas. Jawapan itu saja diulang-ulang setiap kali aku dan staf-staf aku bertanya kenapa dia pukul si pengadu sehingga patah kaki.
Aku renung jauh dalam matanya untuk mencari secebis rasa kesal. Rasa remorse. Rasa taubat dalam dirinya atas perlakuannya. Nil. Kosong.
Tiada satu pun rasa itu dapat aku kesan dari dia. Mungkin benar yang kemanusiaan sudah benar benar pupus.
Si pengadu pula masih mengaduh tersandar menunggu di kerusi panjang di satu penjuru lain bilik itu. Sebenarnya bukan kerusi panjang mana pun,cuma dua kerusi yang kami susun secara berhadapan.
Biasanya "kerusi panjang" ini diguna bila ada pegawai pegawai kerja malam yang nak mengular dan curi masa tidur. Aku tak pernah marahkan pegawai yang berbuat begitu. Kerana aku sendiri pernah buat. Aku bukannya hipokrit.
"Terangkan.."kataku pendek,tetapi tegas.
"Hidup ni berpaksi kepada hukum aturan inilah,tuan inspektor. Cause and effect. Sebab dan akibat. Bukan baru pun benda ni. Dari zaman Melaka..hell,even dari zaman firaun lagi dah guna aturan sebab dan akibat ni,tuan. Apa lagi yang nak diterangkan?" tanyanya seolah menyindir.
"Saya faham apa itu cause and effect. Yang saya nak tahu,kenapa awak patahkan kaki dia?" ujarku semula.
"Macam saya kabor tadilah,tuan. Cause and effect. Contohnya,macam sekarang ni. Saya sepatutnya sekarang ni tengok adik saya punya majlis konvo. Tapi,oleh sebab mamat bangang ni.."
"Karim..nama budak yang awak kata mamat bangang ni,Karim. And i would prefer kalau awak boleh refer dia as 'pengadu'..bukan mamat bangang.Lagipun ini untuk tujuan nak mudah tulis report nanti" potongku sebelum dia sempat meneruskan.
"Baik,tuan. Saya minta maaf. Pasal si Karim nilah,saya tak dapat hadir majlis konvo adik saya. Saya kena hadir buat report ni,adalah sebab. Dan saya tak dapat hadir majlis konvo adik saya pula,adalah akibat."
"Adik awak pun ada pukul si pengadu?" sorang staf aku,Akmal pula mencelah. Aku renung si Akmal pula. Akmal ni memang jenis lurus. Atas sebab dia luruslah aku suka dia kerja untuk aku. Senang nak dipergunakan. Cuma kadang kala aku perlu sabar juga dengan lurus dia.
"Abaikan dia,teruskan"kataku.
"Saya kena buat report,sebab. Tak dapat hadir konvo adik,akibat. Tapi tuan,sebenarnya sebab dan akibat akan terus berhubung. Ianya adalah pengulangan yang besar. Sebab akan sentiasa jadi akibat kepada sesuatu yang lain. Sebab akan jadi akibat,dan akibat pula akan menjadi sebab kepada sesuatu yang lain. Ianya adalah pengulangan. Hidup tu sendiri adalah satu pengulangan"
"Itu aku paham. Aku tak perlu syarahan tentang aturan hidup dan pengulangan apa segala. Aku cuma nak tau tentang kenapa kau pukul mamat bangang tu..eh,maksud aku Karim..atau pengadu" aku hampir hilang sabar.
"Okeh tuan,dia langgar belakang kereta saya. Itu sebab. Dan oleh kerana itu,saya pukul dia..itu pula adalah akibat. Dan sebab tu yang jauh lebih penting dari akibat,tuan. Ni,kereta saya dah calar. Siapa nak bayar ganti rugi? Makwe dah tanak naik kereta calar saya. Siapa nak jawab? Market saya jatuh. Siapa nak jawab? Tuan jangan asyik nak tengok pada "akibat" dan tak mahu tengok "sebab" tuan. Penting ini semua ni,tau. Tuan kena tengok semua ni as a whole..secara menyeluruh" katanya panjang lebar.
"Jadi,awak kerjakan mamat bangang..maaf,maksud saya Karim pasal  dia terlanggar kereta awak? Kan itu kemalangan. Insuran akan tanggung" kataku.
"Ahh..tanggung ke apa ke,kereta saya dah calar..itu sebab. Saya pukul dia,itu akibat. Apa yang susah sangat tuan nak paham?"
"Owhhh..mudah aje sebenarnya kes awak ni. Baru saya paham" kataku lagi.
"Nasib baiklah tuan paham. Mudah kerja saya"
"Akmal,sediakan saman tiga ratus untuk mamat ni for reckless driving. Dan charge dia juga atas mengganggu ketenteraman awam. Dan satu lagi,charge dia atas mencederakan orang awam. Dan pastikan kos perubatan mamat bangang..eh,maksud saya Karim,dijelaskan oleh dia ni" kataku sambil menunjuk kepada si pelaku.
"Ehhh..apa ni,tuan? Apa pulak saya kena? Tadi kata tuan paham? Ini dah macam tak paham ni,tuan"dia terkejut.
"Cause and effect,bro" kataku ringkas.
"Maksud tuan apa? Apa maksud tuan?"
"Well,aku cuma ikut analogi kau. Cause and effect. Dan effect tu akan jadi cause for something greater,kan? Dan ianya adalah pengulangan. Kan?"senyumku.
"Saya tak paham,tuan"
"Apa susah sangat kau nak paham?"tanyaku semula.
"Kenapa saya kena macam macam,mamat tu tak kena apa apa? Saya tak paham"
"Apa pulak tak paham? Cause and effect,kan? Kau patahkan kaki anak aku,dan kau datang balai buat report dan nak salahkan anak aku? Come on,bro. Cause and effect"
"Sial,anak kau? Aku tak puas hati. Panggil bos kau,aku nak cakap dengan DSP. Panggil bos kau."katanya marah.
"Boleh..kalau kau nak aku panggil DSP. Tapi,kau perlu sebab yang jauh lebih kukuh. Takkan kau ingat mudah mudah kau nak bagitau DSP kami,kau patahkan kaki cucu dia dan nak salahkan cucu dia? Kan?" kataku lagi.
Well,hidup ini juga adalah pengulangan.