19 Mac 2008

KENAPA HIJAU????

awek cun via ym...




awek cun: awak,saya dah tengok blog awak..

aku: dah tengok ya?dah bagi ke buah?buah tangan..pasal kalo melawat tak bawak buah tangan kan tak best..

awek cun: takde bawaklah.hahahaa...kenapa blog awak kaler hijau?????

aku: pasal saya suka kaler hijau.

awek cun: dan lagi?

aku: suka kaler purple dalam keadaan tertentu..kekadang ada keadaan tertentu suka kaler pink..hmmm...kalo merah pun ok jgk.hahahaaa...

awek cun: bukan saya tanya kaler kegemaran awaklah..saya tanya sebab lain blog awak ijau.

aku: oooo..sori.hmm.pasal blog ni masih ijau..saya pun masih ijau..kira cam ikut zaman..dah tua sket kang saya guna kaler coklat ya..

awek cun: susahlah nak paham awak ni..







kenapa ijau?
because the grass are always green on the other side..


thats why blog aku kaler ijau.

15 Mac 2008

DATANG dan PERGI..SAMPAI dan PULANG

SEMALAM MALAM..


malam tadi dengan suara garaunya ayah aku mengingatkan aku yang baru balik keja sampai rumah pukul 10 malam..
esok jangan kau nak menggatal ke mana mana.esok atok kau nak datang dgn nenek..tok paman pon ada skali..
duduk je rumah.teman diorang..diorang datang pasal ada jemputan esok..

phewwww......ada alasan untuk aku tak payah keja esok..gila apa sabtu nak keja..
terlepas dari hadap meja keja yang tak berapa nak best tu untuk esok..

lagipun memang dah lama aku tak jumpa atok..esok nak sambut dia awal2 sket..
pagi esok dia akan sampai..




PAGI TADI...

ayah kejutkan aku..dia dah siap mandi..dah pakai kemas kemas..


Bangun..bangun..

awalnya nak pegi amek atuk?bukan selalunya tengah hari baru dia sampai ke?



AKU :Aik,awalnya bersiap...diorang dah sampai ke?
AYAH :Sampai?diorang tak jadi SAMPAI..
AKU :OOOOOO...jadi ni dah bersiap awl pagi ni nak kemana?
AYAH :Diorang takkan SAMPAI..Tok paman kau dah PULANG..



innaillahiwainnaillahi rojiun..
dari dia kita datang..kepada dia kita pulang..

tak kesampaian hajat aku nak sambut mereka kat rumah aku hari ni..
aku sambut mereka juga..tapi kat tempat lain..

semoga rohnya dicucuri rahmat..
amin..

KENAPA?

Kenapa saya lama tak hapdet blog saya?



bz?
mungkin..

tekanan kerja?
possible..

takde internet?
tipu..
bukan dok zaman batu pon..


SOALAN..
Kenapa aku malas hapdet blog aku?

JAWAPAN..
Aku malas hapdet pasal tak ramai pembaca..




SOALAN..
Kenapa tak ramai pembaca?

JAWAPAN..
Kerana dia malas nak hapdet blog dia..




TAHUKAH ANDA?
KADANGKALA,KIRI DAN JUGA KANAN TAK JAUH BERBEZA..
mungkin..
mungkin.....

08 Mac 2008

SIAPA BODOH?

Baharum dapat full mark dalam ujian..dia bangga..
hidungnya kembang kempis menghirup oksigen..seolah tak cukup yang disedut sebentar tadi.

walau oksigen tak cukup,perlahan tangannya masuk meraba ke poket seluarnya..dikeluarkan sekotak rokok..

dicucuh..sebatang maksud aku..bukan sekotak..

terasa lega sket..hidungnya tak kembang kempis lagi..
tapi bangganya masih ada..
cuma tak nampak pada hidung lagi..




BAHARUM :AKU MEMANG BIJAK LAKSANA..AKU MEMANG CENDEKIA..KAGUM BETUL AKU DENGAN DIRI SENDIRI.

AKU :APA APA JELAH..AKU IYEKAN AJE..

BAHARUM :KO MEMANGLAH..APA KAU TAU?AMEK LESEN PON TEST SAMPAI 3 KALI..KAU NAK TAU APA RAHSIA NAK JADI BIJAK CAM AKU?

AKU ;NAK JADI BIJAK PANDAI?ADA PETUA KE YG KO AMALKAN?MEH AR BAGI KAT AKU..AKU PON NAK MERASA JADIK PANDAI..

BAHARUM :SENANG JEK..KO PANGGIL JE SEMUA ORANG KELILING KAU BODOH..KALO DAH ORANG KELILING KAU BODOH,MESTILAH KO RASA DIRI KAU PANDAI..BETUL TAK?

AKU :KAU MEMANG....

BAHARUM :PANDAI..KAN?ITU YANG KAU NAK CAKAP KAN?HAHAHAAA...TERIMA KASIH..

AKU :BUKAN,KAU MEMANG BODOH..




aku hanya mengikut nasihatmu baharum..janganlah marah..

03 Mac 2008

KAKI TIGA?ATAU TIGA KAKI?....BINTANG TIGA MUNGKIN

seorang sahabat ku yang agak berwang baru lepas membeli sebuah kamera digital..
Canon EOS 30d..

SLR Digital..
harga?tak payah cerita..memang mahal.
(bagi orang yang kurang berwang macam aku..)
sekali ko punya ptptn masuk..
memang abis kesitu je..

nak servis?
tunggu ptptn masuk..sekali lagi.
(sekali lagi untuk orang macam aku..bukan tidak berwang..tetapi kurang berwang..)
hahahaaa...
kalo tak,sampai berkulat kot kamera tu..



aku :mat,lu beli kamera dia ada bg tripod?

mat :mestilah ada..takkan dia tak bagi..mahal wooo.takkan tak dapat tripod.

aku :berapa kaki punya tripod dia bagi beb?free ya?

mat :alaaa...tripod.apa ada hal..kalo dia tak bagi,aku belilah lain.hahhaaa..

aku :maklumlah,duit banyak.hahahaaa..berapa kaki tripod lu beb?

mat :3 kaki..

aku :3 kaki?kejadahnya ko dapat tripod 3 kaki?nak amek gambar apa beb?paras pinggang je tu..errr...ko nak amek gambar apa ni beb...heheheee.nakal jugak lu ni ya?wa ingat lu alim beb.

mat :ada ke tripod yang lebih dari tiga kaki?berapa kaki?mak aih..aku ingat semua tripod cuma ada tiga kaki je..

aku :Gila apa tripod 3 kaki..tak sampai 1 meter pon..sakit pinggang je amek gambar cangkung beb.

mat :kenapa nak cangkung?

aku :tripod 3 kaki,camne lu nak amek gambar diri?

mat :dah nama tripod..memanglah tiga kaki..

aku :CELAKA..memang aku terkena arini.

23 Februari 2008

NEXT STOP......CARLING CUP.

26 SEPT 2007 :SPURS-MIDDLESBROUGH....2-0.

31 OCT 2007 :SPURS-BLACKPOOL....2-0.

18 DEC 2007 :MAN CITY-SPURS....0-2.

9 JAN 2008 :ARSENAL-SPURS....1-1.

22 JAN 2008 :SPURS-ARSENAL....5-1.

NEXT STOP....CHELSEA...
HAHAHAHAAAA...

CHELSEA?

18 Februari 2008

ENCIK AHMAD berbicara tentang cinta..

Suatu petang yang agak damai,agak segar,lagi menyegarkan yang lain..memang enak suasana petang ini untuk mereka yang nak bersedap sedapan..hahahaaaa...

tidak melepaskan peluang untuk berdating petang sejuk itu adalah encik ahmad..dan of courselah kekasih dia,takkan aku plak kan?
name is amelia..
AWEK DIA..bukan akulah..nama aku lain...


mereka berjalan2 di taman bunga..jauh dari sibuk bandar kononnya..padahal dari taman bunga itu,dapat mereka dengar suara deruman enjin kereta..malah bau karbon monoksida segar pon mereka dapat percuma..

"ahh...asalkan awek gua kata gua romantik sudahlah..gua peduli apa..
hutan bandar pon still lagi hutan kan?"

fikir encik ahmad..

mendayung sampan..makan2 berdua bersama di atas hamparan hijau bumi Tuhan..sambil dihurung semut2 menggigit kaki..

nak tunjuk hero..terpaksa tahanlah..balik nanti kang mula ar kaki merah2..



amelia berbaring manja di peha encik ahmad..perbualan mereka adalah perbualan tipikal bagi orang bercinta..

"u love i tak?"
"i love u tau"
hahahaaaa.....dan macam2 lagilah yang kalo aku taip korang tak sanggup nak baca..






tiba tiba...


amelia membuat satu tindakan drastik..satu persoalan serius..

"Ahmad,kalaulah i jadi isteri u,boleh tak i minta satu permintaan dari u?"kata Amelia separuh mengharap.matanya bercahaya seperti watak2 dalam anime jepun..

"apa dia,sayang?jangankan satu..dua pon sanggup i turutkan"penuh yakin plak Ahmad menjawab.

"i harap..kalo kita dah kawin nanti,i nak u janji dengan i,u takkan cari yang lain..tu je satu permintaan i.bleh kan sayang"penuh harapan dihati Amelia mengharap jawapan positif..

.........

.........

Ahmad terdiam..sanggup ke aku?dahlah aku ni jenis tak cukup satu..nak je menggatal..

"ok.i sanggup tunaikan permintaan u..tapi dengan satu syarat..u pun jangan buat i cari yang lain.bleh kan u tunaikan?"

13 Februari 2008

ZIAD bukan ZAID

ZIAD,bukan ZAID..
anak bos aku..
yang bongsu..
yang demam..
dua minggu sudah..
saya tak sihat..
...katanya.

ZIAD bukan ZAID..
sudah baik demam..
sudah tak sakit lagi..
sudah takde alasan ponteng lagi..
tidak mengaruk lagi..
Ziad dah sihat..
...katanya.

ZIAD..
dah mula pandai..
kacau staff mak dia..
pasal dia dah sihat..
dah kembali aktif..
dia dah sihat..
...katanya.

ZIAD..
dah mula mintak bibik masak macam macam..
seleranya dah kembali..
nak isi semula..
mana yang ter"miss"..
baru lebih sihat..
...katanya.

ZIAD :bibik,ziad laparlah..nak makan..
BIBIK :lapar apa lagik sih..kan tadi udah diberi makan..mau makan apa lagi ya nih?
ZIAD :alaaa...bibik ni.laparlah.nak makan.
BIBIK :emangnya Ziad mau makan apa?biar bibik siapkan ya.
ZIAD :hmmmm......

monolog dalaman ZIAD,macam2 menu keluar kat benak dia..biasalah..bebudak..lapar plaklagi..
apa ya nak makan arini?

hmm.....nasi lemak?dah slalu..
roti canai?pagi tadi je baru..
roti jala?cam leceh plak..

kalo anda ada cadangan,sila maklumkan pada adik ZIAD..

ZIAD :HAAAA....bik,ZIAD nak makan sambal kumis telur..
BIBIK :APA DIA?
ZIAD :BIBIK NI...DENGAR BETUL2LAH..ZIAD NAK MAKAN SAMBAL KUMIS TELUR..



HAHAHAHAHAAAAA

07 Februari 2008

PAK CIK? ABANG?

aku :PAK CIK, ni nak wat camner ni?

tiada sahutan..mungkin dia pekak tiba2..mungkin suara aku tak cukup kuat..
mungkin aku patut cuba sekali lagi..

aku :PAK CIK....NI NAK WAT CAMNER NI...

dia menoleh..
confirm pekak bukan salah satu masalah yg menyebabkan dia wat tak tau..
mana aku tau?
dia toleh..
dia senyum..

tapi dia tak respon..



aku :PAK CIKKKKK...
pak cik :AKU BUKAN PEKAK..JANGAN PANGGIL AKU PAKCIK..PANGGIL ABANG ARR..AKU MUDA LAGILAH..
aku :muda lagi?baiklah....



monolog dalaman aku :tak sedor diri btol pakcik ni..dah tua pon rasa cam muda lagi..

monolog dalaman pakcik :tak sedor diri btol ar dia ni..dia igt dia muda lg ke nak panggil aku pakcik?geli telinga aku dengar..



sape yang perasan dia tua?

anda?

02 Februari 2008

Kesian anak Bos aku..

Kesian anak BOS aku..
dia demam..
dah seminggu..
tiap ari dia meraung..
tiap hari dia memekik..
tiap hari dia meraung..


Kesian anak BOS aku..
dia tak pegi sekolah..
pun dah seminggu..
banyak benda dah tertinggal..
banyak benda kawan dia dah tau..
lembu bunyi macam ni..
gajah bunyi macam tu..

err...tak.aku tipu..

sungguh..
kesian anak BOS aku..
dia demam..
dah seminggu..
kejap meraung cam rimau..
kejap mendengus macam naga..
semua benda dia nak amuk..






tapi lagi kesian kat aku..
dah seminggu..
dengar budak menangis..
dengar rimau meraung..
dengar naga mendengus..

phewwww...bilalah anak BOS aku nak baik..
agar telinga aku lebih tenang..


Ps:GET WELL SOON..letih ko wat bising kat opis BOS aku..