23 Februari 2008

NEXT STOP......CARLING CUP.

26 SEPT 2007 :SPURS-MIDDLESBROUGH....2-0.

31 OCT 2007 :SPURS-BLACKPOOL....2-0.

18 DEC 2007 :MAN CITY-SPURS....0-2.

9 JAN 2008 :ARSENAL-SPURS....1-1.

22 JAN 2008 :SPURS-ARSENAL....5-1.

NEXT STOP....CHELSEA...
HAHAHAHAAAA...

CHELSEA?

18 Februari 2008

ENCIK AHMAD berbicara tentang cinta..

Suatu petang yang agak damai,agak segar,lagi menyegarkan yang lain..memang enak suasana petang ini untuk mereka yang nak bersedap sedapan..hahahaaaa...

tidak melepaskan peluang untuk berdating petang sejuk itu adalah encik ahmad..dan of courselah kekasih dia,takkan aku plak kan?
name is amelia..
AWEK DIA..bukan akulah..nama aku lain...


mereka berjalan2 di taman bunga..jauh dari sibuk bandar kononnya..padahal dari taman bunga itu,dapat mereka dengar suara deruman enjin kereta..malah bau karbon monoksida segar pon mereka dapat percuma..

"ahh...asalkan awek gua kata gua romantik sudahlah..gua peduli apa..
hutan bandar pon still lagi hutan kan?"

fikir encik ahmad..

mendayung sampan..makan2 berdua bersama di atas hamparan hijau bumi Tuhan..sambil dihurung semut2 menggigit kaki..

nak tunjuk hero..terpaksa tahanlah..balik nanti kang mula ar kaki merah2..



amelia berbaring manja di peha encik ahmad..perbualan mereka adalah perbualan tipikal bagi orang bercinta..

"u love i tak?"
"i love u tau"
hahahaaaa.....dan macam2 lagilah yang kalo aku taip korang tak sanggup nak baca..






tiba tiba...


amelia membuat satu tindakan drastik..satu persoalan serius..

"Ahmad,kalaulah i jadi isteri u,boleh tak i minta satu permintaan dari u?"kata Amelia separuh mengharap.matanya bercahaya seperti watak2 dalam anime jepun..

"apa dia,sayang?jangankan satu..dua pon sanggup i turutkan"penuh yakin plak Ahmad menjawab.

"i harap..kalo kita dah kawin nanti,i nak u janji dengan i,u takkan cari yang lain..tu je satu permintaan i.bleh kan sayang"penuh harapan dihati Amelia mengharap jawapan positif..

.........

.........

Ahmad terdiam..sanggup ke aku?dahlah aku ni jenis tak cukup satu..nak je menggatal..

"ok.i sanggup tunaikan permintaan u..tapi dengan satu syarat..u pun jangan buat i cari yang lain.bleh kan u tunaikan?"

13 Februari 2008

ZIAD bukan ZAID

ZIAD,bukan ZAID..
anak bos aku..
yang bongsu..
yang demam..
dua minggu sudah..
saya tak sihat..
...katanya.

ZIAD bukan ZAID..
sudah baik demam..
sudah tak sakit lagi..
sudah takde alasan ponteng lagi..
tidak mengaruk lagi..
Ziad dah sihat..
...katanya.

ZIAD..
dah mula pandai..
kacau staff mak dia..
pasal dia dah sihat..
dah kembali aktif..
dia dah sihat..
...katanya.

ZIAD..
dah mula mintak bibik masak macam macam..
seleranya dah kembali..
nak isi semula..
mana yang ter"miss"..
baru lebih sihat..
...katanya.

ZIAD :bibik,ziad laparlah..nak makan..
BIBIK :lapar apa lagik sih..kan tadi udah diberi makan..mau makan apa lagi ya nih?
ZIAD :alaaa...bibik ni.laparlah.nak makan.
BIBIK :emangnya Ziad mau makan apa?biar bibik siapkan ya.
ZIAD :hmmmm......

monolog dalaman ZIAD,macam2 menu keluar kat benak dia..biasalah..bebudak..lapar plaklagi..
apa ya nak makan arini?

hmm.....nasi lemak?dah slalu..
roti canai?pagi tadi je baru..
roti jala?cam leceh plak..

kalo anda ada cadangan,sila maklumkan pada adik ZIAD..

ZIAD :HAAAA....bik,ZIAD nak makan sambal kumis telur..
BIBIK :APA DIA?
ZIAD :BIBIK NI...DENGAR BETUL2LAH..ZIAD NAK MAKAN SAMBAL KUMIS TELUR..



HAHAHAHAHAAAAA

07 Februari 2008

PAK CIK? ABANG?

aku :PAK CIK, ni nak wat camner ni?

tiada sahutan..mungkin dia pekak tiba2..mungkin suara aku tak cukup kuat..
mungkin aku patut cuba sekali lagi..

aku :PAK CIK....NI NAK WAT CAMNER NI...

dia menoleh..
confirm pekak bukan salah satu masalah yg menyebabkan dia wat tak tau..
mana aku tau?
dia toleh..
dia senyum..

tapi dia tak respon..



aku :PAK CIKKKKK...
pak cik :AKU BUKAN PEKAK..JANGAN PANGGIL AKU PAKCIK..PANGGIL ABANG ARR..AKU MUDA LAGILAH..
aku :muda lagi?baiklah....



monolog dalaman aku :tak sedor diri btol pakcik ni..dah tua pon rasa cam muda lagi..

monolog dalaman pakcik :tak sedor diri btol ar dia ni..dia igt dia muda lg ke nak panggil aku pakcik?geli telinga aku dengar..



sape yang perasan dia tua?

anda?

02 Februari 2008

Kesian anak Bos aku..

Kesian anak BOS aku..
dia demam..
dah seminggu..
tiap ari dia meraung..
tiap hari dia memekik..
tiap hari dia meraung..


Kesian anak BOS aku..
dia tak pegi sekolah..
pun dah seminggu..
banyak benda dah tertinggal..
banyak benda kawan dia dah tau..
lembu bunyi macam ni..
gajah bunyi macam tu..

err...tak.aku tipu..

sungguh..
kesian anak BOS aku..
dia demam..
dah seminggu..
kejap meraung cam rimau..
kejap mendengus macam naga..
semua benda dia nak amuk..






tapi lagi kesian kat aku..
dah seminggu..
dengar budak menangis..
dengar rimau meraung..
dengar naga mendengus..

phewwww...bilalah anak BOS aku nak baik..
agar telinga aku lebih tenang..


Ps:GET WELL SOON..letih ko wat bising kat opis BOS aku..