01 Julai 2020

CAUSE AND EFFECT

"Cause and effect,tuan. Cause and effect" katanya ringkas. Jawapan itu saja diulang-ulang setiap kali aku dan staf-staf aku bertanya kenapa dia pukul si pengadu sehingga patah kaki.
Aku renung jauh dalam matanya untuk mencari secebis rasa kesal. Rasa remorse. Rasa taubat dalam dirinya atas perlakuannya. Nil. Kosong.
Tiada satu pun rasa itu dapat aku kesan dari dia. Mungkin benar yang kemanusiaan sudah benar benar pupus.
Si pengadu pula masih mengaduh tersandar menunggu di kerusi panjang di satu penjuru lain bilik itu. Sebenarnya bukan kerusi panjang mana pun,cuma dua kerusi yang kami susun secara berhadapan.
Biasanya "kerusi panjang" ini diguna bila ada pegawai pegawai kerja malam yang nak mengular dan curi masa tidur. Aku tak pernah marahkan pegawai yang berbuat begitu. Kerana aku sendiri pernah buat. Aku bukannya hipokrit.
"Terangkan.."kataku pendek,tetapi tegas.
"Hidup ni berpaksi kepada hukum aturan inilah,tuan inspektor. Cause and effect. Sebab dan akibat. Bukan baru pun benda ni. Dari zaman Melaka..hell,even dari zaman firaun lagi dah guna aturan sebab dan akibat ni,tuan. Apa lagi yang nak diterangkan?" tanyanya seolah menyindir.
"Saya faham apa itu cause and effect. Yang saya nak tahu,kenapa awak patahkan kaki dia?" ujarku semula.
"Macam saya kabor tadilah,tuan. Cause and effect. Contohnya,macam sekarang ni. Saya sepatutnya sekarang ni tengok adik saya punya majlis konvo. Tapi,oleh sebab mamat bangang ni.."
"Karim..nama budak yang awak kata mamat bangang ni,Karim. And i would prefer kalau awak boleh refer dia as 'pengadu'..bukan mamat bangang.Lagipun ini untuk tujuan nak mudah tulis report nanti" potongku sebelum dia sempat meneruskan.
"Baik,tuan. Saya minta maaf. Pasal si Karim nilah,saya tak dapat hadir majlis konvo adik saya. Saya kena hadir buat report ni,adalah sebab. Dan saya tak dapat hadir majlis konvo adik saya pula,adalah akibat."
"Adik awak pun ada pukul si pengadu?" sorang staf aku,Akmal pula mencelah. Aku renung si Akmal pula. Akmal ni memang jenis lurus. Atas sebab dia luruslah aku suka dia kerja untuk aku. Senang nak dipergunakan. Cuma kadang kala aku perlu sabar juga dengan lurus dia.
"Abaikan dia,teruskan"kataku.
"Saya kena buat report,sebab. Tak dapat hadir konvo adik,akibat. Tapi tuan,sebenarnya sebab dan akibat akan terus berhubung. Ianya adalah pengulangan yang besar. Sebab akan sentiasa jadi akibat kepada sesuatu yang lain. Sebab akan jadi akibat,dan akibat pula akan menjadi sebab kepada sesuatu yang lain. Ianya adalah pengulangan. Hidup tu sendiri adalah satu pengulangan"
"Itu aku paham. Aku tak perlu syarahan tentang aturan hidup dan pengulangan apa segala. Aku cuma nak tau tentang kenapa kau pukul mamat bangang tu..eh,maksud aku Karim..atau pengadu" aku hampir hilang sabar.
"Okeh tuan,dia langgar belakang kereta saya. Itu sebab. Dan oleh kerana itu,saya pukul dia..itu pula adalah akibat. Dan sebab tu yang jauh lebih penting dari akibat,tuan. Ni,kereta saya dah calar. Siapa nak bayar ganti rugi? Makwe dah tanak naik kereta calar saya. Siapa nak jawab? Market saya jatuh. Siapa nak jawab? Tuan jangan asyik nak tengok pada "akibat" dan tak mahu tengok "sebab" tuan. Penting ini semua ni,tau. Tuan kena tengok semua ni as a whole..secara menyeluruh" katanya panjang lebar.
"Jadi,awak kerjakan mamat bangang..maaf,maksud saya Karim pasal  dia terlanggar kereta awak? Kan itu kemalangan. Insuran akan tanggung" kataku.
"Ahh..tanggung ke apa ke,kereta saya dah calar..itu sebab. Saya pukul dia,itu akibat. Apa yang susah sangat tuan nak paham?"
"Owhhh..mudah aje sebenarnya kes awak ni. Baru saya paham" kataku lagi.
"Nasib baiklah tuan paham. Mudah kerja saya"
"Akmal,sediakan saman tiga ratus untuk mamat ni for reckless driving. Dan charge dia juga atas mengganggu ketenteraman awam. Dan satu lagi,charge dia atas mencederakan orang awam. Dan pastikan kos perubatan mamat bangang..eh,maksud saya Karim,dijelaskan oleh dia ni" kataku sambil menunjuk kepada si pelaku.
"Ehhh..apa ni,tuan? Apa pulak saya kena? Tadi kata tuan paham? Ini dah macam tak paham ni,tuan"dia terkejut.
"Cause and effect,bro" kataku ringkas.
"Maksud tuan apa? Apa maksud tuan?"
"Well,aku cuma ikut analogi kau. Cause and effect. Dan effect tu akan jadi cause for something greater,kan? Dan ianya adalah pengulangan. Kan?"senyumku.
"Saya tak paham,tuan"
"Apa susah sangat kau nak paham?"tanyaku semula.
"Kenapa saya kena macam macam,mamat tu tak kena apa apa? Saya tak paham"
"Apa pulak tak paham? Cause and effect,kan? Kau patahkan kaki anak aku,dan kau datang balai buat report dan nak salahkan anak aku? Come on,bro. Cause and effect"
"Sial,anak kau? Aku tak puas hati. Panggil bos kau,aku nak cakap dengan DSP. Panggil bos kau."katanya marah.
"Boleh..kalau kau nak aku panggil DSP. Tapi,kau perlu sebab yang jauh lebih kukuh. Takkan kau ingat mudah mudah kau nak bagitau DSP kami,kau patahkan kaki cucu dia dan nak salahkan cucu dia? Kan?" kataku lagi.
Well,hidup ini juga adalah pengulangan.

HERO AND VILLAIN..

Ada orang kata, sejarah itu ditulis oleh pihak yang menang. I respectfully disagree. Sometimes, thats just not the case. Kalau ikut kepada pendapat aku, sejarah sebenarnya bukan ditulis oleh orang yang menang.

Tetapi, ditulis oleh orang yang care. Orang yang peduli. Orang yang kisah. Dan selalunya (tapi tak semua…) orang yang akan peduli tentang sejarah itu adalah mereka yang menang. Kerana pihak yang menang tu mahu semua orang tahu mereka telah menang, sebab itu kebiasaanya sejarah yang mereka tulis kadang kala exaggerate dan kadang kala sukar dipercayai. Mungkin, kemenangan sahaja  tidak memadai untuk mereka. Mereka mahu menjadi dewa. Mahu diagungkan. Mahu menjadi hero. Mahu menjadi Tuhan. Macam mistik pun kadang kala ada. Sehinggakan kadang kala sukar untuk kita terima segala cerita mereka ni. Bercampur antara mitos, kepercayaan kuno, berlebih lebihan dan kadang kala hampir tak masuk akal. Nak percaya pun kadang kadang jadi susah.

Pihak yang kalah pula, jarang sekali mahu bercerita tentang sejarah kejadian sesuatu perkara itu. Walaupun kejadian itu benar berlaku. Atau mungkin juga kerana mereka terlalu sibuk meratapi kekalahan mereka. Sebenarnya, setiap sejarah yang berlaku ada lipatan tersembunyi yang mungkin boleh kita pelajari dari pihak yang kalah. Kenapa..Bagaimana..Siapa..Apa..Dimana. Itu semua perkara penting yang perlu kita dengar dari dua belah pihak. Dari pihak yang menang, dan juga dari pihak yang kalah.

Sekiranya pihak yang kalah sanggup menulis peristiwa sejarah kekalahan mereka itu, biasanya ada satu aje sebab. Sebab dalam kes itu,mereka yang sebenarnya mahu dianggap hero. Mahu dianggap pejuang. Mlah kekalahan mereka kadang kala di”glorify”kan seolah olah, macam berlaku penindasan sehingga mereka kalah. Dan dibuatnya seolah olah pihak yang menang tu sekadar menang nasib. Dan mereka mahu perjuangan mereka (..kononnya) itu membuka mata dan hati orang lain yang membaca sejarah mereka.

Dan kisah yang bakal aku ceritakan ini adalah salah satu berlainan dari cerita dua pihak itu. Tak sama dengan cerita dari pihak yang menang..dan tidak sama dengan cerita dari pihak yang kalah.

Kerana ini cerita dari pihak yang peduli. Yang care.

Semua orang mahu jadi hero. Betul. Semua. Even the people yang ends up jadi villain pun, sekurang kurangnya at one point, dia mahu jadi hero. Bak kata Harvey Dent (once a hero and now a villain dalam siri Batman) “You either die a hero or live long enough to see yourself become the villain”.

Dan dia sendiri pun dah prove that quote bila dia transit diri dia dari The White Knight of Gotham, kepada Two Face. Hell, even kalau kau jadi villain pun, masih sebenarnya kau adalah hero kepada sebilangan kecil puak atau kelompok yang kau perjuangkan.

Sukar untuk aku percaya, wujud manusia yang jahat dan percaya dia total evil. Sejahat mana pun dia, mesti dia ada something untuk justify benda jahat yang dia buat tu sebenarnya baik dan untuk buat tindakan dia (nampak) rasional.

Apa yang menjadikan seseorang tu layak menyandang gelaran hero?
Apa persamaan yang ada pada semua hero hero ni?

Mudah dan simple aje.

A great villain.

Jangan salah sangka. Villain tak semestinya hanya individu atau segerombolan manusia (atau kadang kala machine untuk kes seperti Terminator). Villain juga kadangkala mengambil bentuk lain. Keadaan, cuaca, peristiwa, suasana dan pelbagai lagi benda boleh jadi villain dan supervillain. Untuk contoh, boleh rujuk Batman siri awal, yang menjadi villain adalah sistem yang penuh korupsi, salah guna kuasa dan politician yang gila kuasa hingga sanggup menjadi barua kepada ahli mafia. Macam kes Malaysia pun ada juga ni sebenarnya.

Sebenarnya aku nak bercerita tentang cara bagaimana aku dan beberapa orang kenalan menjadi hero.

Cerita ini terjadi masa aku baru pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah berasrama harian di Johor Bahru. Sekolah tu sebenarnya baru saja buat “rebranding”. sebelumnya, sekolah tu adalah all girls schools. Selepas rebranding, pintu pagar sekolah itu dibuka untuk pelajar lelaki dan nama sekolah juga ditukar. Kami, pelajar tingkatan satu (ambilan UPSR) dan tingkatan empat (lepasan PMR) adalah pelajar lelaki batch pertama yang masuk ke sekolah itu. Manakala, tingkatan 2,3,dan tingkatan 5 telah pun wujud pelajar perempuan dari sekolah asal sebelum sesi rebranding.

Tiap kali semasa perhimpunan mingguan, pelajar lelaki yang baru ini akan sentiasa diingatkan bahwa kami adalah “pembuka jalan” dan “pencorak” kepada masa depan sekolah ini. Kami dikatakan creme de la creme (sampai sekarang aku tak pasti sangat apa benda yang krim sangat tu) untuk sekolah tu. Dan sekolah tu juga lepas sesi rebranding, ada letak nama Agama di nama sekolah menjadikan semua orang nampak kami bertanggungjawab memikul nama Agama tu.

Walau pada masa tu, kami selaku pelajar tingkatan satu sebenarnya adalah lebih berasa teruja dapat tinggal di asrama dan tanpa kawalan ibu bapa berbanding menjadi creme de la creme atau model pelajar contoh dan segala macam tu. Lagi pula kami dijerumuskan ke lembah asing yang peratus lawan sejenis kami hampir 3 kali ganda dari jumlah pelajar lelaki. Maunya tak happy? Maklumlah jiwa muda, jiwa masih mahu berseronok.

Selepas hampir sebulan kami di sekolah itu, baru kami terasa akan perlunya menimbulkan some kind of impact kepada sekolah dan masyarakat sekitar. Atau maybe juga sebab masa tu kami sedang bizi melobi diri supaya ada akak akak senior yang sudi nak amek kami jadi adik angkat..mungkin. Sekurang kurangnya sekali sekala dapatlah merasa makan coklat Cadbury kalau ada akak angkat bagi..iye dak?

Dan apa lagi bidang yang paling mudah untuk memikat wanita, selain dari bola sepak? Buktinya ada pada Posh Spice, Shakira, Melissa Satta. Kalau nak yang local pun ada. Ayu Raudhah, Mia Ahmad, Rita Rudaini. Maknanya dari dulu lagi makwe cun dah memang suka lelaki yang pandai main bola. Maybe dah dalam DNA wanita kot. Aku tak tau. Aku syak aje.

Jadi berusahalah kami ni semua pelajar lelaki untuk jadi pemain bola sepak yang disegani serata sekolah. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, entah dari mana datang khabar angin bahawa akan diadakan satu pertandingan bola sepak terbuka di kawasan kami. Penaja, katanya kedai jualan barang sukan yang agak ternama juga. Tarikh pertandingan pun kalau ikut poster yang kami terima, kebetulan jatuh pada musim cuti pertengahan tahun.

Kami semua berpakat nak masuk pertandingan tu. Tapi, bila tengok kena bayar yuran penyertaan yang agak mahal,kami jadi berbolak balik. Tapi kira berbaloi juga,pasal segala makan minum dan persiapan masa pertandingan dah cover dalam yuran tu. Nak kumpul duit, berapa sangatlah yang kami ni ada? Akhirnya ada satu kutu bagi cadangan, minta dari pengetua sekolah. Mulanya pengetua keberatan nak bagi. Pasal sekolah kami masa tu persatuan bola sepak pun (belum) ada. Tak cukup quota lagi katanya. Nanti tak ada guru persatuan.

Dari mana pulak nak cekau duit masuk pertandingan? Sempat juga kami beberapa kali masuk dan bertegang leher dengan pengetua pasal nak join pertandingan tu. Punyalah kami merayu minta pengetua pertimbangkan keputusan dia.

PS : selingan sikit. Untuk mereka yang belum dapat tangkap lagi, atau masih dalam proses mencerna cerita ini, villain dalam kes ini adalah pengetua kami. Dan situasi juga yang jadi penghalang pasukan bola sepak sekolah kami ditubuhkan.

Puas juga kami pujuk pengetua kami tu. Dia pula sebelum ni menguruskan sekolah yang pelajarnya semua perempuan. Tak ada lagi cikgu sekolah tu yang ada pengalaman dalam sukan bola sepak untuk jadi pelatih dan coach kami katanya. Tapi atas semangat muda dan jiwa membara anak muda kami,kami yakinkan pengetua tu bahawa kami tak perlukan coach. Kami just perlukan dana untuk masuk pertandingan tu. Kami juga janji bawa pulang piala, dan bawak nama sekolah agar dikenali di kawasan kami tu.

Akhirnya, pengetua terpaksa mengalah kepada sekumpulan anak muda yang dah tekad semangatnya itu. Tapi dengan syarat. Kena masuk pertandingan dengan nama sekolah kami, dan juga kena bawak sorang guru sebagai guru pengiring masa pertandingan tu nanti.

Itu pun satu masalah juga sebenarnya. Sekolah kami ni, cikgu lelakinya kalau dikira dengan jari, tak perlu sampai dua tangan pun bilangannya. Termasuk pengetua, dan pembantu tadbir seorang,adalah tinggal dalam 4 orang jumlahnya. Dan seorang tu pulak dah nak menunggu masa bersara dah pun. Yang tinggal seorang lagi tu, kami syak dia tak berminat dengan bola sepak memandangkan hobinya adalah menjahit langsir.

Tapi, syarat perlu dipenuhi. Kalau tak,yuran pertandingan tu kami tak dapat. Akhirnya berjaya juga kami pujuk cikgu menjahit tu jadi guru pengiring kami. Walau dia sendiri pun rasanya sangsi apa beza antara outside dengan offside. Tapi dia juga meletakkan syarat sebelum setuju jadi guru pengiring kami.

Syaratnya, dia cuma nak datang hantar dan ambil kami sahaja. Latihan ke, urusan daptar ke, siapa player, siapa simpanan ke, dia tak mahu ambil tahu. Dia cuma jadi guru pengiring sahaja. Kerja dia cuma hantar dan ambil kami balik sahaja. Malah,masa hari pertandingan pun dia tak dapat ikut menjaga kami sepanjang pertandingan berlangsung. Katanya dia ada kelas lain masa hari kejadian tu. Entah entah kelas memasak.

Kami setuju syarat dia. Lagipun dia bukan tahu sangat pasal bola sepak. Kang dibuatnya dia suruh player simpanan semua jadi pom pom boys kang lagi naya.

Hari pertandingan hampir tiba. List player semua dah lengkap. Semuanya total hampir 20 orang player yang akan masuk. Termasuk budak milo, budak konon konon pengurus pasukan, dan budak extra sebagai penjaga garisan seperti yang dikehendaki oleh penganjur.

Seperti yang dijanjikan oleh pengetua dan guru pengiring, pagi tu pengetua menyerahkan duit yuran penyertaan untuk kami menyertai pertandingan tu. Duit diserahkan kepada guru pengiring. Dan bertolaklah kami bersama guru pengiring ke lokasi pertandingan.

Bila sampai ke lokasi, kami nampak ada beberapa team sudah sampai dan tengah dok sibuk berlatih main passing passing bola. Sesuai perjanjian kami bersama guru pengiring, duit yuran dia serahkan kepada pengurus pasukan. Kemudian guru kami tu berpesan suruh kami semua berkumpul tepat jam 6 petang nanti untuk kami pulang. Kami tak banyak bunyi. Ambil semua kelengkapan dan terus mencari urusetia. Cikgu dan bas sekolah kami pun berangkat pulang.

Lepas hampir 20 minit kami mundar mandir mencari urusetia, keadaan jadi kecoh apabila beberapa team maklumkan kepada kami yang pertandingan tu batal. Pasal penaja lari last minute dan penganjur pula tak ada backup lain untuk teruskan pertandingan.

Kami dah melopong. Kena kapur. Terngiang ngiang segala janji yang kami taburkan kepada pengetua kononnya nak banggakan dia dengan sekurang kurangnya bawa pingat perak untuk pertandingan ni. Sudahlah kami beriya iya pujuk dia, siap minta duit yuran, siap minta buka persatuan segala, siap minta dia sediakan bas pula lagi.

Last last kena kapur macam gitu aje. Apa jadah? Balik nanti malu kami ni. Mana nak letak muka? Gelaplah harapan bola sepak Malaysia kalau pertandingan kecik gini pun ada bookie bawak lari duit segala.

Termenung juga kami masa tu. Malu pun ada. Kecewa pun ada. Cuma malu tu lebih besarlah dari kecewa. Lagi pula, kemenangan yang kami janjikan kepada pengetua tu akan kami jadikan batu loncatan supaya persatuan bola sepak sekolah kami dapat diwujudkan.

Jam baru menunjukkan pukul 11.30 pagi. Lama lagi masa nak tunggu cikgu pengiring kami datang ambil kami. Dengan marah lagi…dengan lapar lagi (makan tengahari sepatutnya disediakan oleh penganjur), dengan kecewa lagi.

Dalam kami termenung dok pikir apa nak jadi pulak, sorang kutu pulak dah bagi cadangan baik. Guna duit yuran tu untuk beli makanan. Nanti kita pulangkan ajelah bakinya kat pengetua. Pasal dah lapar, semua pakat setuju.Kami hantar 3 orang runner untuk survey pi beli nasi ayam dan air teh o ais untuk semua player.

Lama juga kami tunggu runner tu masa tu.

Runner kami masa tu plak entah mana datang dapat idea genius dan geliga dia, masa beli makanan tu dia boleh lalu depan satu kedai cenderamata. Timbul idea bijak dia pulak.

Dah alang alang duit yuran tu kami guna untuk beli makanan, kenapa tidak kami lantik diri sendiri jadi pemenang pertandingan bola sepak tu? Kami dah pergi untuk daftar pun. Dan penganjur yang lari, bukan salah kami. Why not kami beli aje hadiah sendiri dan nobatkan diri kami selaku juara pertandingan tu kalau penganjur (yang lari) tu tak mahu nobatkan kami jadi juara?

Runner tu bawak balik nasi ayam cukup untuk semua player, dan bentangkan idea dia kepada semua player. Semua lopong dengar. Idea tu boleh tahan bijaknya. Atau mungkin juga runner tu yang bijak pasal boleh convince kami semua bahawa idea dia tu bijak dan tak ada salahnya idea dia tu. Aku pun tak pasti sangat.

Last last, kami semua pakat yang idea tu boleh pakai dan bijak. Berbondong bondonglah kami semua berjalan mendabik dada pergi ke kedai cenderamata tu. Berbekal baki wang yuran, kami pilih satu piala yang agak saiz besar. Asal nampak besar aje sudahlah..dan minta juga kedai tu sediakan plague kat piala tu.

Selebihnya kami beli medal sebagai naib johan (pasal tak mahu tipu berlebihan). ada satu dua kutu yang ada duit lebih sikit, pergi beli piala kecik dan pasang sebagai penjaring terbanyak, dan penjaga gol terbaik.

Dan lepas tu kami buat meeting untuk rangka apa cerita yang nak dibawa pulang nanti. Menang berapa kosong? Bolos berapa gol? Peringkat kumpulan dengan siapa? Semi final lawan siapa? Masa final kalah berapa gol. Semua cerita perlu selaras supaya tak berbeza kalau pengetua tanya. Dan ceritanya juga perlu seimbang supaya tak nampak terlalu hero dan believeable.

Tepat jam 6, guru pengiring kami datang dengan bas. Dan kami semua berpura pura gembira dan letih sambil naik bas dengan kalungan medal naib johan di leher masing masing. Bersorak sorai kami semua kononnya gembira.

Perjalanan naik bas pulang hari tu terasa cukup dekat. Semuanya terlalu pantas kalau kau tengah gembira..mungkin. Sampai ke sekolah, piala tu kami serahkan kepada guru pengiring kami untuk diletak dalam almari sekolah.

Piala tu tak melambangkan apa apa pun pada kami. Piala murah. Cuma title yang dibawa oleh piala tu jauh lebih besar dan berharga kepada kami sebenarnya. NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK TERBUKA E-Z SPORTS 1997. nampak gah betul..dan tak terlalun gah sampai jadi Johan.

Semasa perhimpunan awal minggu pertama selepas cuti pertengahan tahun tu, semua 20 orang pemain bola sepak Pertandingan Bola Sepak Terbuka E-Z Sports Centre yang memenangi pingat perak dalam pertandingan itu, naik ke hadapan pentas untuk dikalungkan pingat oleh pengetua kami. Tersenyum lebar pengetua kami. Pasukan bola sepak sekolah kami mula menerima kepercayaan dari pengetua.

Pengurus pasukan pun sempat juga minta maaf dari pengetua. “Dapat naib johan aje cikgu.Maaf ya. Takpe tahun depan kami cuba lagi” katanya.

Begitulah sejarah yang bakal telah tertulis dalam buku majalah sekolah kami. Benarlah kata aku tadi. Sejarah bukan ditulis oleh orang yang menang. Bukan juga ditulis oleh orang yang kalah. Tetapi ianya ditulis oleh orang yang care. Orang yang peduli. Itulah sebab kami sejaraahkan kisah kami ni. Pasal kami care. Kami peduli. Dan kami bakal jadi HERO.

Dan sampai hari ini, di majalah sekolah kami, bahagian Persatuan Bola Sepak pun, diabadikan sejarah tentang kejayaan kami merangkul pingat NAIB JOHAN PERTANDINGAN BOLA SEPAK E-Z SPORTS 1997.
Siapa nak sangkal sejarah ini, kan? Akan kekallah kami sebagai hero.

Lagipun, bukan ada orang nak bagitahu pihak sekolah pun kami tak bagitahu..kan? Penganjur? Ek eleeehh.. diorang pun kapur duit peserta lain.

Begitulah kisah sekumpulan lelaki yang peduli..yang care..dalam menulis sejarah.

11 Oktober 2011

SURATAN DAN KEBETULAN

Halim berlari pantas. Kemain kecik lagi langkahnya. Kerja gilalah sekiranya dia berlari dengan langkah besar dalam keadaan ini. Dibuatnya terlepas kat tengah jalan, tak ke naya? Mungkin gemuruh sangat dan berdebor sebab nak present menjadikan perut Halim bergolak lain macam.

Harap haraplah sempat Halim settlekan urusan perut dulu. Iyalah, kalau urusan perut sendiri pon tak boleh nak setel, camne dia nak uruskan masalah yang lagi besar macam green building index, circulation dan entah macam macam lagi yang Tuan Daud nak tanya dalam presentation kejap lagi, iye dak?

Fuhhhh..sempat juga Halim sampai ke toilet. Dalam toilet itu cuma ada tiga kubikel. Halim memilih kubikel yang tengah, kerana yang kiri dan kanan telah dihuni orang. Agak kurang manis kiranya dia masuk ke kubikel yang telah dihuni, fikir hati kecil Halim.

Punyalah kelam kabut sampai rokok pon dia tak sempat nak nyalakan. Halim pun memulakan apa yang dia perlu mulakan (if u know what i mean). Fuuuuuuu...lega. Belum sempat Halim selesai, dia terdengar bunyi pintu dibuka. "Alahai,janganlah sekarang" fikir Halim.

"Halim..woi,Halim..cepat..dah turn ko pulak ni.." terdengar suara dari luar. Halim nak menjawab, tapi bila teringat pesan ibunya yang berkata kurang manis bercakap masa tengah berak, diputuskan hajatnya untuk menjawab. Halim diam membatu sambil mencangkung meneruskan hajatnya.

"Woi..Halim. Ko ada kat dalam ke tak ni? Jawablah.." suara itu menyambung.

Halim mula rasa serba salah. Tapi pesanan dari ibunya, bukan senang senang nak Halim abaikan.

"WOIIIIIIII....HALIMMM..JAWAABLAHHHH.."tegas suara tu lagi.

Hati Halim berbelah bahagi. Suara kat luar dah mula dengar macam annoying. Setelah dua tiga kali berfikir, Halim mengambil keputusan. Dia akan menjawab.

"WOIIIIII..HALIM.CEPATLAHHHH..KANG TUAN DAUD NGAMOK KANG.KANG DIA FAILKAN KO BARU KO TAU.."

"Kejap..sekejap.." ujar Halim dan dua suara lain serentak. Halim tercengang. Aik, ada dua suara lain juga menjawab panggilan tadi. Suara dari kubikel kanan dan juga kirinya. Kemudian Halim tersenyum sendirian.

Kecik betul dunia kan? Dalam toilet yang cuma ada 3 kubikel, semua kubikel tu dihuni oleh 3 orang yang semuanya bernama Halim. Serentak. Memang sungguh kebetulan. Dan yang lebih hebat punya kebetulan, ketiga tiga Halim pon ada presentation jugak hari ni. Kebetulannya. Dan yang paling maha kebetulan adalah kebetulan yang terakhir. Ketiga tiga Halim yang berada dalam kubikel tu kena present pada lecturer yang bernama Tuan Daud..

Ada 3 orang Halim..dalam 3 kubikel..semuanya nak kena present..dan nama lecturer mereka adalah Tuan Daud..Ini betul punya kebetulan gila babi ni. Fikir Halim.

"WOIII..ada ke ni?"sahut suara dari luar itu lagi. Senyap kejap.

"WOIIII..." suara itu meninggi semula..

"WOIIII..lu kat kubikel mana?" sahut suara itu meninggi semula..

"WOI,LU CAKAP DENGAN TUAN DAUD TU,GUA NAK BERAK..KALO DIA SANGGUP TUNGGU, DIA TUNGGULAH. APA??DIA INGAT DIA HEBAT SANGAT KE? TAKKAN GUA NAK HADAP DIA DENGAN BONTOT BERLUMUR TAIK? GUNALAH OTAK SKET. KALO DIA NAK BAGI GUA FAIL SEKALIPON,GUA PEDULIK APA??. LU BOLEH CAKAP KAT DIA PEGI JAHANAM DENGAN GRED GUA..GUA CUMA NAK BERAK DENGAN TENANG..PAHAMMMM??? LU CAKAP KAT DIA GUA KATA MACAM TU..PERGIII..BERAMBUSSS..." jawab suara dari kubikel paling kiri. Nampak marah benor gayanya.

Halim pun risau tengok orang amuk macam ni. Dibuatnya angin brader kiri ni tak elok,kang ada jugak dia mengamuk dalam toilet. Halim mendengar bunyi pintu ditutup dan suara dari luar tu terus senyap. Dah belah agaknya mamat kat luar tu. Halim bersegera melunaskan urusannya dan berharap dapat keluar dari tandas tu dengan segera. Setelah selesai, Halim bergerak ke sinki untuk mencuci tangan.

Sedang Halim mencuci tangan, pintu kubikel kiri terbuka dan sorang mamat muka ganas keluar. Halim pandang mamat tu.

"Hai..kebetulan sungguh kan? nama awak Halim, dan nama saya pon Halim" tegur Halim sambil tersenyum mesra .Dia mahu beramah mesra dengan brader tu. Brader muka ganas pandang Halim sambil matanya menyorot ganas. Halim teguk air liur tanda kecut melihat brader ganas tu. Tapi tiba tiba brader tu senyum.

"Nama gua bukan Halim. Tapi gua saje pedajal budak Halim tu. biar dia merana. member dia annoying gila. Gua nak berak pon tak senang rasa. Mesti sem depan dia kena repeat paper pasal kurang hajar dengan lecturer dia kan? Kah Kah Kah..biar dia mampus..KAH KAH KAH" brader muka ganas menjawab sambil meninggalkan Halim berdiri depan sinki.

Muka Halim otomatik berubah. Dari muka tersenyum kepada muka risau. Senyumnya tadi pudar. Yang disangkakan kebetulan tu rupanya salah. Jahat betul brader tu sampai sanggup buat orang lain extend, fikirnya. Halim melangkah perlahan menuju ke pintu keluar toilet. Sejurus sebelum melangkah keluar toilet, Halim bersuara.

"Wahai Halim di kubikel paling kiri, awak sabarlah ya..mungkin ada hikmah awak kena extend lagi satu semester..mungkin ini yang terbaik untuk awak. Kesian awak. Moga tuhan je balaskan apa yang brader tu buat pada awak. Jahat betul dia tu. Awak sabarlah ya" ujar Halim sebelum dia melangkah keluar dengan pantas. Rasa kasihan Halim disampaikan melalui ungkapan itu.



Amir yang sedang menghuni kubikel paling kiri sedang berkira kira nak rasa kesian atau nak lempang si Halim..

10 Oktober 2011

KISAH STUDIO..

Halim duduk menunggu giliran dengan dada berdebor. Kang kejap lagi dah turn dia pulak nak present depan lecturer garang tu. Ditoleh sebelah kanan. Antara pintu dengan halim, terceruk Karim duduk dilantai sambil menggigil. Halim sendiri pon tak pasti samada Karim tu tengah dok bertafakur ke atau tengah dok susun ayat conceptual nak gebang Tuan Daud, lecturer mereka. Tapi nampak gaya memang berpeluh jugak

Jurang pemisah antara pintu dengan Halim cumalah si Karim yang tengah menggelupar menunggu pintu dibuka dan gilirannya pula untuk disoal siasat. "DAMMMMM...." Tiba tiba pintu dibuka dengan kasar. Karim nyaris melompat kerana terkejut dan Halim sendiri pon istighfar pantas sebab..terkejut tengok Karim melompat tinggi. Amir melangkah keluar. mukanya serupa macam brader kena loteri tapi tiketnya hilang. kecewa, hampa, dan segala macam yang buruk buruk.

"Apa lagi??masuk jelah.." jerkah Amir sambil memandang kepada Karim. Peluh jantan si Karim menitik jugak masa tu. Kakinya pon nampak macam tak mampu nak sokong berat badannya sendiri. Walau Karim menggigil macam mana pon, pandangan semua mata tetap tertumpu pada Amir. Akhirnya Karim masuk dan menutup pintu bilik soal siasat itu dengan gemuruh.

Nampak sangat bad mood si Amir. baru lepas kena bambu dengan Tuan Daud agaknya. matanya merah,tangannya dikepal. kalau silap tanya soalan time macam ni, ada peluang dapat sedas tumbukan padu bertemu dengan pipi gebu.

Suasana tiba tiba menjadi sepi. Semua pandangan tertumpu pada Amir yang baru je lepas present. Halim perasan keadaan itu. Dafi kawan baik Halim, yang berdiri didepan Halim memberi isyarat mata kepada Halim. Kemudian mereka berinteraksi dengan cara telepati. Halim cuba membaca apa yang Dafi cuba sampaikan dengan gerak mata dan body languagenya.

"Mesti teruk mamat ni kena bambu..sampai bad mood semacam..lecturer semua tengah panas ke agaknya? cuba lu tanya dia keadaan kat dalam dan soalan feveret lecturer tu. terutama tuan daud..Semua risau nak present kalau mood tuan daud tu tengah lain macam.." isyarat yang cuba disampaikan oleh Dafi kepada Halim melalui telepati.

Keserasian Dafi dan Halim hampir semua mamat dan minah studio dah dapat faham. Ini bukan kali pertama mereka nampak Halim dan Dafi berkomunikasi dengan telepati. Mereka dah lali dan paham sangat keadaan Halim dengan Dafi.

Sejurus selepas Dafi hantar signal tu, Halim mengangguk tanda berita faham dan akan cuba korek rahsia dari Amir. Halim cuba mengatur ayat untuk bertanya maklumat yang diperlukan si Dafi tadi. Dia akan cuba mendapatkan maklumat macam Dafi mahu.



"Emmm...Amir, Dafi mintak saya tanya kat awak ni. baju kat dalam baldi kaler biru kat rumah kita tu awak yang punya ke? dah hampir 5 hari berendam. basuhnya belum jugak. Dafi dah bising kata baju tu dah naik berbau." ujar Halim memecah kesunyian.

Mulut Dafi melopong..dan mata Amir semakin membulat dengan tangan dikepal lebih keras.


...gua mandi dulu ar.kang gua sambung

27 September 2011

minggu lepas adalah minggu gua istiharkan malas nak buat keja sementara nak tunggu berambus dari opis gua..semua keja yang gua handle dalam proses handing over kepada bakal pengganti gua. jadi cukup banyak masa gua terluang untuk gua buat macam macam..

main game,download movie,dan menonton movie misalnya..

tapi bukan itu yang gua nak cerita. dalam gua lapang dari tugasan opis,gua jadi bizi pula dengan tugasan lain. kemaskini segala status dan segala mak nenek dalam twitter, fb dan segala jadah benda social networking gua..biasa gua buat endah tak endah (kononnya).manalah tau kot employer baru gua nak add nanti,iye dak?

nak dijadikan cerita,masa gua dok tengah belek belek fb ni,kuar gambor satu awek cun kat home fb tu. bukan cun sebenarnya, more to familiar. awek keja cawangan bank tempat gua amek duit gaji tiap tiap bulan. yang jadi mushkil pada gua,bila plak awek ni add gua?awek ni ada hati kat gua ke agaknya? atau lebih misteri lagi,bila gua add minah ni? adakah gua minat minah ni dalam luar sedar gua?

persoalan gua jadi samar samar bila nampak gambor awek ni dengan laki dia. laki dia gua nampak muka macam gua penah jumpa somewhere. dari status samar samar tu,gua bagi up sket kepada status jelas bila gua tengok nama laki dia..member sekatil gua masa zaman gua sekolah asrama dulu. dah berbini dah mamat tu.

terus gua teringat satu kes zaman skolah gua..



Asrama Sekolah Gua-1997-

zaman duduk sekolah asrama ni,memang tak penah dapat lari dari masalah hilang..hilang makanan,hilang komik,hilang walkman..tapi paling cilake adalah hilang selipar. kekadang bila asyik hilang je selipar,bapak gua siap tanya kot bebudak sekolah gua makan selipar..

gua sendiri pon ada beberapa kali berkaki ayam dari surau sampai ke asrama,dari dewan makan ke asrama,dari padang ke asrama..dibuatnya nampak dek mak bapak awek kat sekolah gua kang,memang jatuhlah saham. tanam jelah niat gua nak berkapel simpan untuk lain tahun. mamat katil atas gua jarang pulak gua nampak berkaki ayam. mungkin mamat ni ada ilmu yang dia amalkan. mau jugak gua belajar. mana nak macho kalo asyik jalan kemana mana berkaki ayam.

bila gua tanya mamat ni,nak mintak dia turunkan ilmu dia,selamba je mamat tu amek selipar dia dan dia suruh gua peratikan elok elok..gua tengok kat belakang selipar dia,dia ada buat satu potong kecik huruf V. sebagai penanda kepada selipar dia kononnya. so,mamat lain yang nampak dan nak rembat pikir dua tiga kali.

hujah yang mamat ni bagi,nanti seganlah orang nak rembat pasal dah terang terang orang nampak dan tau selipar tu bukan milik mereka. dan memudahkan dia sendiri nak claim yang selipar tu dia yang punya. gua senyum. ada benarnya jugak hujah mamat tu.

gua capai pisau lipat,gua capai selipar gua. selipar jepun. yang kanan jenama tat seng.yang kiri jenama soffian. dan gua toreh macam yang mamat tu arahkan. satu bentuk v kecik pada hujung selipar. gua senyum. hati pon berkobar kobar. lepas ni gua takkan berkaki ayam lagi. lepas ni kalo gua ngorat awek form 1 mesti boleh dapat senang senang je..perghh....



hujung minggu tu, masa bapa gua nak datang,gua pesan kat bapak gua. mintak bapak gua belikan selipar jepun..LAGI SEKALI..cilake,tak menjadi.


ps : kepada bakal pengganti gua kat opis gua nanti, have fun figuring where my files are. take it as a puzzle. me,myself always have trouble figuring where is each files. and if u found something that is not related to work in there,i promise u.it wasnt mine..kah kah kah...

31 Julai 2011

GUA ADALAH MAKHLUK OPTIMIS

kerjaya gua selaku seorang makhluk yang optimis adakalanya memang susah macam cilake..tapi,oleh kerana gua optimis, gua mampu.

kerja 8 jam sehari dok hadap drawing sampai nak muntah bukanlah syok sangat..tapi memandangkan gua jenis yang suka makan nasi dan tak reti makan pasir,gua buatlah jugak..kalaulah gua jenis makan batu pon dah boleh hidup,memang gua tak datang keja dah..walau gua lebih cenderung buat keja jenis curi tulang dari keja sebenar..

dah seharian tension keja, tepat gua dengar bunyi loceng kat opis gua ,memang dengan pantas gua melompat capai kad dan terus berambus balik rumah..ingat konon nak berehat dengan tengok telatah anak anak gua main kejar2 dalam rumah.tengok bini lipat kain..time tu ar seronok dia pergi lain macam..

cuma masalahnya gua blom ada bini..mahupun anak..tengok,betapa gua punya optimis..

jadi rutin gua bila balik rumah tak lain adalah makan,tido, layan movie..tapi hari tu gua punya mood nak bergembira kat rumah jadi kacau bila tepat azan maghrib berkumandang,ada satu bunyi lain dah ganggu gua punya telinga..


bising dia lain macam mamat buat fogging ni..kalo dah tiap2 hari buat fogging,gua syak nyamuk yang ada sini pon semua dah jadi imun dah dengan asap tebal ni..gua syak nyamuk ni dah evolve terus.

ada sorang member gua tanya


MEMBER  :  diorang buat fogging tiap hari ni takde ke penah jadi kes orang keracunan makanan ke,kes orang semput tak dapat napas ke, apa ke ek?

GUA  :  entahlah..gua tak tau plak.tapi kalo ada pon,at least tugas diorang bunuh nyamuk tu kira berjaya jugaklah..

MEMBER  :  apa pasal pulak?

GUA  :  kalo kot ada yang "jalan" pasal sesak napas asap fogging ni ke,atau pasal keracunan makanan ke,semua ke..tak kiralah apa pun,nanti nyamuk tu mampos jugak.

MEMBER  :  tak paham gua..

GUA  :  kalo dah lu mampos,gua mampos,orang flat ni semua mampos, semua mampos pasal sesak napas,confirm tak lama pastu nyamuk tu pon mampus mati kebulur..



pehhh..gua punya optimis sampai tahap baru..

21 Jun 2011

LU PANDAI MASAK?

minggu lepas, gua saje call mak gua nak tanyo kabor..saje jadi alasan nak borak borak dengan mak gua. waktu tu lama juga dah gua tak balik kampung kot. last gua balik masa ada jemputan kawin masa cuti sekolah aritu. itu pon berapa hari sangatlah dapat lepak kan?

dengan nak tolong rewang lagi,tolong jadi kendarat lagi..jadi terhad dah masa gua kali tu..

dalam gua borak dengan mak gua,memang tak sah kalo tak gua gurau sket..maklumlah,dok jauh dari family..
kadang kadang datang rindu pon ada juga,iye dak?

gua cari idea..cari bahan..
puas gua dok cari bahan nak gurau dengan mak gua..last last gua takde bahan,jadi gua tanya pasal resepi..




GUA  :  mak,kalo masak ayam masak kicap tu,kira bahan utama dia memang ayam dengan kicaplah ya?

MAK  :  abes tu..nak guna apa lagi?kan dah memang namanya ayam masak kicap..memanglah bahan utama dia ayam dengan kicap..

GUA  :  owhhhh..kalo masak kari?

MAK  :  laaa..dah terang terang dah nama masak kari,memang masak karilah tu..apa kena budak ni..

GUA  :  owhhh..dia ikut jelah nama tu ya?

MAK  :  haaa laaaa...

GUA  :  hmmmm..kalo sayur masak lemak dia masak dengan lemak apa ek? ayam ke lembu?

MAK  :  ................




mak gua kata gua bertuah pasal tanya guna telepon..agaknya kalo tanya depan depan,apa jadi kat gua agaknya ya..

14 Jun 2011

LU PENAH DRIVETHRU?

Automatik kaki kanan gua tekan pedal brek..pantas. Nasib baik tak langgar keta depan. Kalo terlanggar mau kena ratus ratus juga duit gua terbang lagi. Bau hangit tayar bergesel dengan jalan memang lain macam dia punya efek. Mata semua brader brader dan juga awek yang sama tengah beratur kat kaunter tu spontan toleh gua. Kalo bau je tak cukup, bunyi pon ada untuk meneman bau hangit tadi. Debor gua rasa dah lain macam.

Gua sempat juga perasan ada beberapa mata dan kepala menoleh pada gua. Gua syak dalam otak mereka dok kata gua tak pandai bawak kereta. Aaaaahhhh..diorang bukan tau. Lepas gua tukar minyak hitam dengan air filter kereta gua ni, dia dah jadi lain macam sket. Bawak 80 kmj dah rasa macam bawak 80 kmj. Dulu bawak 80 kmj rasa macam bawak 40 kmj je. Dasattt..

Gua toleh depan..tengok ada lagi dalam 5 atau 6 kereta dok depan gua sebelum gua boleh sampai kaunter. ramai plak dok sibuk nak drivethru arini. Semua selera sama macam gua. Siap kat depan tu gua nampak ada pakcik siap pakai serban. Gua ingat pakcik serban tak layan mekdi. Nyata gua ketinggalan. Gua tertipu rupanya.

Yang tengah buat pesanankat depan tu pon satu hal..tak siap siap lagi..lain kali,kalo nak drive thru tu tengok menu dari rumahlah baru bagus, senang..cepat keja dia,cepat orang lain jugak. Ini dah kat kaunter baru nak sibuk pilih nak beger apa,nak kentang apa,nak air apa..susahhhh...orang belakang maki dah berbakul bakul agaknya. Nasib baik belakang dia pakcik serban, jadi gua syakkurang sket makinya.

Demi mengelakkan gua buat dosa kering memaki orang depan, gua seluk tangan dalam poket. Kuarkan kotak rokok. Sebatang rokok maboro gua selit kat bibir mungil gua. Yelah,bila dah tengah merokok,susah sket nak memaki orang, iye dak? Gua capai lighter dan dengan penuh bergaya rokok kat muncung gua dinyalakan. Fuuuuuuhhhh...inilah nikmat sebenar. pulak lagi radio keta gua tengah lagu Kejorakubersatu..lagi ngam..

Tiba tiba entah dari mana datang satu kereta luar negara kaler ungu selit serong dengan pantas depan gua. Sempat juga gua terkejut sambil maki satu dua das. Dia punya kereta, siap ada gambar naga,ada gambar api. Cilake sungguh perangai pemandu ni. Kereta dah ar macam pengaruh cite Hollywood siap makeup ada naga, ada api bagai..oooohh..mungkin juga pengaruh filem melayu juga. Peminat anak usop aslam agaknya. Nasib baik gua penyabor harini..lapor punya pasal,gua biarkan. Lain kali agak gua bagi je isyarat tangan..

Makin lama,makin dekat gua dengan kaunter. Kat depan sekarang cuma tinggal keta ungu gambar naga api je dah. Tak lama lagi gua punya turn. Gua dah mula berkira kira menu untuk makan tengahari gua. Apa benda gua nak order. Setelah gua timbang timbang duit dalam dompet, gua amek keputusan tengahari ni gua makan beger dengan eskrim.

lepas keta brader naga belah, gua tekan pedal minyak..kereta gua meluncur 7 kaki kehadapan. Gua lemparkan senyum paling manis tanda mesra kepada cashier. Maklumlah,kalo gua buat baik, mana tau kot dia bagi nombor telefon ke,hape ke..iye dak???



GUA  :  kak,bagi Bik Mek satu set besor,dengan air dia amek air Melo ya. pastu amek satu lagi eskrim cawan tu. Yang hadiah cawan kaca tu mintak hok kaler hijau ye kak. Terima kasiiiiiihhhhhh..

kata gua penuh berhemah...walau akak cashier tu lopong masa dengar gua cakap, tapi lepas tu gua sempat perasan dia lemparkan satu senyum manis untuk gua..


AKAK CASHIER :  hehehehee....boleeeeehhhhh..boleh sesangat. ni amek tiket ni, nanti sampai tol depan tu boleh tuntut ya. Bayor pon kat sana skali nanti..heheheeee...

gua capai tiket transit dengan tangan kanan sambil gua sedekahkan senyuman paling manis untuk akak cashier tu..




ok,tugas gua bagi akak cashier tol tu senyum dah berjaya..harap harap kawan dia kat tol depan sana kang bagi gua diskaun..

06 Jun 2011

KEPERCAYAAN KARUT BOS GUA..

Selaku seorang bos,lu boleh buat ikut suka lu and get away with it..lagi pulak bila kompeni tu lu sendiri punya. iye dak? apa bangang kalo kompeni lu punya lu tak boleh buat ikut suka lu..baik lu keja dengan orang lain. sama macam bos bos orang lain, gua syak memang dah jadi macam aturan tempat kerja, dah jadi norma masyarakat dan mungkin juga dah jadi golden section rule.. lu kena benci boss lu..

so, gua selaku mortal yang biasa, tak terlepas dari rule maha jujur ini. alah,dah nama bos,baik camne pon memang takkan pernah cukup bagus pada pekerja..dan bos gua tu pun memang dah bukan bagus mana pon.

bos gua ada beberapa kepercayaan karut yang sampai hari ni gua masih gagal untuk tapsirkan. gua tak paham paham benda superstitious dia punya amalan ni. cara berpikir dia lain macam punya pelik. maybe dia belajar dengan tok guru dia dulu jenis skill bertapa dalam gua..

salah satu kepercayaan yang gua still pelik sampai sekarang adalah benda ni..

bos gua kata, dia percaya "Orang Bujang Adalah Lebih Perlu Menghabiskan Masa Hujung Minggu Di Opis Berbanding Dengan Orang Yang Sudah BerumahTangga." Ya..itu dia. lu percaya? gua tak tau dari kitab mana dia jumpa statement ni. pada akal pikiran dia, oleh kerana gua bujang dan takde komitmen nak kena bawak bini beli barang rumah atau menemankan anak main ps2 setiap hujung minggu, jadi tak salah pada dia jika gua kena kerja lebih sket masa weekend sabtu dan ahad..

apa gila? 
sebagai pekerja berhemah,gua cuma counter pujukan bos  gua yang berkepercayaan karut ni dengan satu ayat..yang gua rasa akan membuat bos gua terlopong dengan kebijakan staff dia yang satu ini..

GUA :
"bos, saya rasa kepercayaan bos terhadap orang bujang lebih patut habiskan hujung minggu kat opis adalah salah..dan tidak boleh diterima pakai. Kenapa? kerana ia adalah sebaliknya.. biar saya buktikan pada bos. bos cakap orang bujang masa hujung minggu takde buat apa dan takde komitmen,so masuk opis jelah..salah..

"kalo orang yang dah kawin tu, dah selamat,dah selesai,dah settle dah hidup dia. Kalo yang bujang ni,hujung minggu pon nak kena lepak kat opis,bila palk dia nak kawinnya?hujung minggu pon kat opis.. bila plak dia nak cari awek? bila plak nak mengayat? bila plak dia nak pegi dating? bila plak lagi nak pegi buat semua tu?"




owhhhh..patutlah opis gua ada sorang amoi dah naik reput tak kawen kawen lagi..kah kah kah..

06 Mei 2011

FAIR PLAY AND PLAY FAIR

Esok, gua dan komrad sokernet akan bertarung dalam permainan bola sepak padang menentang bebudak frinjan..gua?gua selsema..so rasanya main dengan prestasi minimum..lagipun bila gua bagi alasan gua takde kasut bola,ramai tarik muka semacam..

demi tidak menghampakan komrad2 gua,gua akur dan amek kasut bola gua yang dah naik bersawang..ntah kaki gua muat lagi ke tak,gua pon tak pasti,

dengar khabor,ni perlawanan antara dropout yang gagal mewakili sekolah dulu..jadi mungkin akan menghiburkan..
walaupon sekadar perlawanan persahabatan,gua, komrad sokernet dan juga frinjan semuanya menganggap ini perlawanan penting..peluang untuk mewakili sekolah maybe dah lepas,tetapi kami masih ada sisa maruah untuk diperjuangkan..kah kah kah..

kami sepakat akan mengamalkan permainan yang bertaraf FAIR PLAY selagi mana referee mengamalkan sikap PLAY FAIR..apa kejadah fair ni gua pon tak pasti sangat..

gua cakap dengan sorang komrad sokernet,nak cari referee untuk match tu nanti..kaji personaliti dia amacam,pak lebai ke,kaki kuda ke,jenis family man ke,atau jenis lupa anak bini kat umah blom sarapan..bukan apa,bila dah kenal cara dia,senang nak mintak belas simpati dia atas padang nanti..



GUA : wei,kita bagi rasuah sket kat ref tu nanti amacam?bagi dia kentaki ke..apa ke..untung2 dia bagi sokernet kita menang..ni maruah ni wei..

COSTA : lu jangan memain,dibuatnya referee tu jenis baik baik,tak amek rasuah..tak ke naya kita nanti?kang dia amek tindakan ke hape..mampos wooo...

GUA : kalo dia jenis ok,kita rasuah ar dia..soh dia bagi sokernet menang..kalo dia jenis tak makan rasuah,lepas rasuah tu,kita cakaplah kita budak frinjan..so kalo dia nak amek tindakan,frinjan yang kena..




ya,gua genius..
ini yang gua panggil WIN,WIN SITUATION..