beberapa bulan lepas,gua ada bermimpi..sampai sekarang mimpi gua tu masih blom dapat gua tapsir..
dan sila ambil perhatian,dalam mimpi yang gua nak ceritakan ini,haram takde kena mengena dengan mandi wajib,takde kena mengena dengan ular hitam,takde kena mengena dengan Jalaluddin Hassan,tiada kena mengena dengan Maya Karin, Angelina Jolie juga tiada,apatah lagi Maria Ozawa..
kecewa bukan?
yang kisah mereka,gua share lain kali..
tapi mimpi ni memeng serius takjub dan pelik..
gua bermimpi gua jadi THE SPECIAL ONE..
bukan NEO..dia THE CHOSEN ONE..
gua jadi THE SPECIAL ONE..JOSE MOURINHO..
bekas pengurus FC PORTO..
bekas pengurus CHELSEA..
bekas pengurus INTER MILAN..
haaaa..serius gua mimpi gua adalah dia..
dalam mimpi tu,gua sedang menguruskan CHELSEA..(ketika itu blom dikenala dengan nama chelsex: bak kata orang2 sokernet..)
masa tu first half..
gila babi kena tibai dengan kelab apa ntah gua tak ingat..kena 2-0..yang gua ingat,team lawan pakai baju kaler merah dgn biru..berbelang2..
player gua semua masuk dressing room dengan wajah sugul beb..gua bertanggungjawab naikkan morale of the team dan bagi kata semangat kat semua..semua gua tengok dah lemau semacam..
DROGBA dah asyik tunduk je..
CECH gasak geleng kepala..
LAMPARD lari dok dalam biik air tak keluar2..
ESSIEN dengan TERRY dok bertekak..
mujur jugak masa tu CARVALHO datang n dengan suara lantang tanya gua camne nak hadapi lawan ni..
tau apa gua jawab?
penuh tenang..gua pastikan semua bagi perhatian kepada apa yang gua nak cakap..
GUA : senang je nak kalahkan diorang ni..
semua tercengang..semua tumpu perhatian pada gua..
GUA : sebelum wisel penamat second half ditiup,kita akan menang..dengan cara,pastikan kita dapatkan lebih banyak gol berbanding pihak lawan..kalo diorang sumbat 2 gol,kita sumbat 3..kalo diorang sumbat 3, kita sumbat 5..FAHAMMMM??????
semua player gua macam mamat musafir kat padang pasir dapat minum the sarbat..semua meluap2..siap dok hentak2 kaki..gila main isim agaknya..semua dok semangat nak masuk padang semula..
sampai sekarang gua cuba dok tapsir mimpi ni semula..ada sape bleh tolong?
2 kes:
samada gua terlalu bebal sampai benda ni pon dapat gua jadikan pembakar semangat diorang..
atau diorang terlalu bebal sampai rasa semangat dengar apa yang gua kata..
anyone please..