15 Mac 2008

DATANG dan PERGI..SAMPAI dan PULANG

SEMALAM MALAM..


malam tadi dengan suara garaunya ayah aku mengingatkan aku yang baru balik keja sampai rumah pukul 10 malam..
esok jangan kau nak menggatal ke mana mana.esok atok kau nak datang dgn nenek..tok paman pon ada skali..
duduk je rumah.teman diorang..diorang datang pasal ada jemputan esok..

phewwww......ada alasan untuk aku tak payah keja esok..gila apa sabtu nak keja..
terlepas dari hadap meja keja yang tak berapa nak best tu untuk esok..

lagipun memang dah lama aku tak jumpa atok..esok nak sambut dia awal2 sket..
pagi esok dia akan sampai..




PAGI TADI...

ayah kejutkan aku..dia dah siap mandi..dah pakai kemas kemas..


Bangun..bangun..

awalnya nak pegi amek atuk?bukan selalunya tengah hari baru dia sampai ke?



AKU :Aik,awalnya bersiap...diorang dah sampai ke?
AYAH :Sampai?diorang tak jadi SAMPAI..
AKU :OOOOOO...jadi ni dah bersiap awl pagi ni nak kemana?
AYAH :Diorang takkan SAMPAI..Tok paman kau dah PULANG..



innaillahiwainnaillahi rojiun..
dari dia kita datang..kepada dia kita pulang..

tak kesampaian hajat aku nak sambut mereka kat rumah aku hari ni..
aku sambut mereka juga..tapi kat tempat lain..

semoga rohnya dicucuri rahmat..
amin..

2 ulasan:

alia detsiwt berkata...

written so blunt it left a lump in my throat.
innalillah-

saudagar gaRAM.. berkata...

tak pahamlah,lia...

aku kena improve english aku..
damn..my english suck.