so, gua selaku mortal yang biasa, tak terlepas dari rule maha jujur ini. alah,dah nama bos,baik camne pon memang takkan pernah cukup bagus pada pekerja..dan bos gua tu pun memang dah bukan bagus mana pon.
bos gua ada beberapa kepercayaan karut yang sampai hari ni gua masih gagal untuk tapsirkan. gua tak paham paham benda superstitious dia punya amalan ni. cara berpikir dia lain macam punya pelik. maybe dia belajar dengan tok guru dia dulu jenis skill bertapa dalam gua..
salah satu kepercayaan yang gua still pelik sampai sekarang adalah benda ni..
bos gua kata, dia percaya "Orang Bujang Adalah Lebih Perlu Menghabiskan Masa Hujung Minggu Di Opis Berbanding Dengan Orang Yang Sudah BerumahTangga." Ya..itu dia. lu percaya? gua tak tau dari kitab mana dia jumpa statement ni. pada akal pikiran dia, oleh kerana gua bujang dan takde komitmen nak kena bawak bini beli barang rumah atau menemankan anak main ps2 setiap hujung minggu, jadi tak salah pada dia jika gua kena kerja lebih sket masa weekend sabtu dan ahad..
apa gila?
sebagai pekerja berhemah,gua cuma counter pujukan bos gua yang berkepercayaan karut ni dengan satu ayat..yang gua rasa akan membuat bos gua terlopong dengan kebijakan staff dia yang satu ini..
GUA :
"bos, saya rasa kepercayaan bos terhadap orang bujang lebih patut habiskan hujung minggu kat opis adalah salah..dan tidak boleh diterima pakai. Kenapa? kerana ia adalah sebaliknya.. biar saya buktikan pada bos. bos cakap orang bujang masa hujung minggu takde buat apa dan takde komitmen,so masuk opis jelah..salah..
"kalo orang yang dah kawin tu, dah selamat,dah selesai,dah settle dah hidup dia. Kalo yang bujang ni,hujung minggu pon nak kena lepak kat opis,bila palk dia nak kawinnya?hujung minggu pon kat opis.. bila plak dia nak cari awek? bila plak nak mengayat? bila plak dia nak pegi dating? bila plak lagi nak pegi buat semua tu?"
owhhhh..patutlah opis gua ada sorang amoi dah naik reput tak kawen kawen lagi..kah kah kah..
3 ulasan:
gua pun slalu kutuk bos gua..
dia pun x kawen2 sbb keja..
mcm cilake ayat counter lu!
hahaha!
aku pun suka sangat bagi kata-kata protes tuh bila aku kena habiskan weekend dengan membuat keje di opis..binawe!apa dia tak fikir kalau bujang macam kita lah yang sepatutnya bernesra-mesra time macam tuh..
nih semua nak suh kawen cepat lar nih..
Catat Ulasan