19 Mei 2008

SAYAP TEMBAGA..

Aku hanyalah sayap tembaga..
denganku membantu,kau megah..
hadir diriku,kau gagah..
tapi tanpaku..
kau takkan pernah lemah..
TAKKAN PERNAH..


wujud diriku denganku,
payah hendak kau gapai langit biru..
semua serasa berat..
mungkin payah hendak kau terbang..
mungkin susah kau mencari arah.


tapi juga..
aku membantumu tidak melayang..
aku membantumu tenang..
dikala angin datang menghalang..
dari segenap arah dan ruang..
aku membantumu berdiri teguh..
agar kau tidak terjatuh..


denganku..
mungkin terbangmu tidaklah tinggi..
barangkali juga cuma beberapa kaki..
tapi terbangmu itu adalah pasti..
ianya realiti dan bukan mimpi..


pilihlah..
sayap tembaga ini..atau sayap plasti itu..

ya..
sayap plastik itu mampu membawa kau melayang..
membawa kau terbang..
....buat seketika..
..dan hanya sementara.

6 ulasan:

cikgu jawe berkata...

bro. apasal tetiba terjiwang nih? selalu ceria jek. huhu

saudagar gaRAM.. berkata...

jiwang tak ceria ke?

hahahaaaa....gua akan tetap ceria.
akan tetap senyum..



dari kembara seniman jalanan.
"aku macam ini..
macam ini juga..

aku, macam ini..
macam ini juga..

kasih berkata...

setiap kenangan yg kite lalui
xkan pernah luput dr ingatan
selamanya akan tersemat abadi
didalam lubuk jiwa
yang sentiasa merindui
kehadiranmu...keikhlasanmu
yg sentiasa mencintai kekuranganku
mendamaikan setiap benak hatiku
yg sggp menunggu diri ini
walau byk pengorbanan kau curahkan
maafkan diriku sayang
andai ketelanjuran diri ini
merenggut kebhgiaan dirimu
maafkan diriku
andai keputusan ini meluluhkan hati tulus mu
andai begitu takdirnya
lepaskan pemergianku
dan andai takdirnya kita bersama
akan ku pastikan
langkah kita seiringan ke pintu syurga
sayang....
ku doakan kebahagiaan sentiasa di tgnmu
sesungguhnya kau lebih layak menerima kesempurnaan
dari seorg wanita yg bakal menemani hari2 mu
yakinlah pd diri sayang
kau pasti akan bahagia
bersama wanita yg tulus mencintaimu
percayalah sayang

::n a s h i q a h:: berkata...

adui..berjiwa-jiwa pula entri ni.

sayap tembaga tu lagi berkualiti bro. kalau jual mahal. sayap plastik apa barang.uuhuu

aTiQah NaSir

Princess Liyana berkata...

Jiwa kacau kah bro?
Janganla sedih2. Princess kan ada. wakaka:P. gurau je.ahaks..
cheer up kay?

saudagar gaRAM.. berkata...

semua ingat gua jiwa kacau kah??

aduhhhh...gua oklah..



korang tak perlu risau.
hahahhaaaa....