04 Ogos 2008

SI LUNCAI

Kedinginan suasana pagi itu benar benar menguji jejaka A. Bangun seawal jam 6 pagi untuk mengelakkan dari berebut menggunakan bilik air sebelum para pekerja yang ditugaskan mencuci bilik air mula berkerja. Semata mata demi itu, digagahi juga mata untuk bangun. Dicapainya gayung berisi ubat gigi dan tuala mandi tersemat di bahu si jejaka tadi.

Pagi pagi begini, kalau mahu mandi memang tidak masuk akal..kata hatinya.

Tapi hanya ini peluang yang dia ada untuk menggunakan bilik air dengan tanpa perlu segan silu kerana dia hanya mandi di tandasnya itu sahaja. Yang dikongsi bersama ratusan pelajar lain di fakulti tempat jejaka itu belajar.



10 minit kemudian,si jejaka keluar dari tandas. Badannya menggigil menahan sejuk. Giginya bergetar seolah irama merdu mendodoi beberapa rakan lain yang masih enak tidur. Dan si jejaka mempersiapkan diri untuk hadir ke kelas awal jam 7 pagi nanti.

Pakaian sudah nampak terurus. Si jejaka berdiri di depan cermin kecilnya. Melihat jikalau masih ada lagi yang nampak janggal atau tertinggal. Ah..rambutnya belum disisir lagi. Dicapai sikat kecil dari poket seluarnya.

Rambut pendeknya disisir. Perlahan. Masih tidak nampak terurus rambutnya itu. Dicapai bekas minyak rambutnya. Perlahan dibuka bekas itu.

Dan KOSONG..


Baru dia teringat, dua hari lepas telah habis bekalan minyak rambutnya. Otaknya ligat mencari alternatif untuk membuat rambutnya tampak kemas.

Segera matanya terpandang satu botol SPRAY BIRU di atas meja seorang sahabatnya. Si jejaka B.

BRYLCREAM..bacanya. Ohh...terima kasih jejaka B..kaulah sahabatku dunia dan akhirat



alhamdulillah..ada BRYLCREAM HAIRSPRAY.tanpa berfikir panjang,tangannya mencapai botol biru itu. Disembur rata ke kepalanya. Sekali lagi rambutnya disisir rapi. Kali ini menjadi. Perlahan si jejaka meninggalkan meja itu dan bergerak ke kelasnya..






30 minit kemudian,jejaka B bangun dari tidur. Dia ternampak botol birunya di atas meja.

ni siapa pula guna BRYLCREAM DEODORANT SPRAY aku tak letak semula nih..pandai amek,pandailah letak semula..HISHHHHHH......

Pada masa yang sama,si jejaka A tergaru garu kepalanya.
Kenapa HAIRSPRAY ni buat rambut aku rasa semacam?




ps: saje tukar gaya bahasa gua. nak buat survey sket. dan gua bukan jejaka B.

20 ulasan:

kamar hati berkata...

uikssss...dah berubah nampak...apa hal????

nur'ain berkata...

salam ^_^

pkcit, sihat ke. ahaks.

tasekM berkata...

lu mesti jejaka A kan?

:)

Tanpa Nama berkata...

u yang mana satu nih..rasa2 cam si B jerrr...

ladylikeme berkata...

gua rasa dan tak syak lagi lu la jejaka A...heheheheheheh

OP Zaharin berkata...

tu la pinjam tak mintak kebenaran. ha ha

norsaritanaini berkata...

konpem lu jejaka A...hahahahahahahahahahahhaha....

rasso berkata...

ha ha ha...

wa dah konfius... tapi wa syak lu gak...

cikgooden berkata...

hahahahahhha

sempoiii bro.
teruskan....setia mengikuti....

A t i Q a h berkata...

Ha ha ha! Apa perasaan si jejaka A masa gi kuliah?

Yana Ismail berkata...

alahai.cover baik punye. lu la tu kan?huhu

Lain kali sebelum pakai,tgk dulu btol2.hoho

azie berkata...

erm
..jgn malu ngaku wat salah,ehehe

deodorent kat rambut, nanti u cepat botak,ehehe

jagoan berkata...

Sekarang orang tak musim pakai Brylcream







Ramai guna krim sensaoil.
Cubalah! Hahaha!

achik berkata...

hahahaha..

Tanpa Nama berkata...

at least kepala kau tak berpeluh or bau busuk =P

Kaktiny berkata...

lu A ke B ker Bro.. atau bukan kedua-duanya sekali.. gue mmg kesian kat A tuh.. itu padahnya kalau ambik hat orang tanpa kebenaran.. tuler pekdahnyer.. kah kah kah..

Mak Su berkata...

kes tak de letrik ker tu, tak perasan deodorant ngan hairspray... arggh, belasah je lar

AL-BIMA SAKTI berkata...

ni kes main pakai redah jer nih...

CPI berkata...

ahaahahahahah..




lu mmg laaaa...




lu mmg....



lu mmg jejaka A...



ahahahahahahahahahahahahahha

Unknown berkata...

hahahaa..
sengal tul jejaka A itu..