23 Januari 2009

SIAPA ZIONIS?

"Kami benci ZIONIS..
ZIONIS tak berhati perut..
ZIONIS pentingkan diri..
ZIONIS rampas yang bukan hak mereka..
ZIONIS kejam.."

laung Awang kepada pengikutnya..

Awang orang kuat masa kempen Palestin.Dia ajak semua orang boikot produk yang ada kena mengena dengan Amerika dan Israel.Dia edarkan risalah tentang kekejaman Israel yang merampas tanah orang Palestin.Diaberarak dari Taiping sampai ke Ipoh bawak sepanduk menyatakan dia bencikan Zionis.

Dia mahu dunia tau yang dia peduli.Dia mahu orang Palestin tau mereka bukan bukan menentang Israel bersendirian.Walau dia tak angkat senjata,dia juga berperang katanya.

"Kami benci ZIONIS..
ZIONIS tak berhati perut..
ZIONIS pentingkan diri..
ZIONIS rampas yang bukan hak mereka..
ZIONIS kejam.."

laung Awang dalam perhimpunan bersama kawan kawannya.Mereka bangga punya kawan seperti Awang.Mereka dapat merasakan Awang perihatin.

Mereka merasakan Aweang orang penting dalam perjuangan mereka..



pada masa yang sama,seorang lelaki Melayu berdiri disebelah kereta Awang.Di tangannya ada sebilah pisau yang tajam.Dah lima hari kereta Awang mengambil tiga lot parking di depan kedainya.Parking menegak yang telah disediakan itu Awang guna secara melintang.

Tiga lot yang boleh digunakan untuk tiga kereta sekarang hanya diisi oleh sebuah kereta..kereta Awang.

"Kami benci ZIONIS..
ZIONIS tak berhati perut..
ZIONIS pentingkan diri..
ZIONIS rampas yang bukan hak mereka..
ZIONIS kejam.."

sekali lagi kedengaran suara Awang..
pisau di tangan lelaki melayu tadi sudah tertancap di tayar kereta Awang.Lelaki melayu itu tersenyum puas.


Awang sampai di keretanya..ada nota di cermin kereta Awang..




"ZIONIS ambil yang bukan hak MEREKA..
yang mereka MAHUKAN..
mereka KEJAM..
KAU ambil yang bukan hak KAU..
yang KAU MAHUKAN..
KAU KEJAM..

KAU MACAM ZIONIS"


Awang tepuk dahi,dalam kepalanya terpikir mana balai polis terdekat.dia dapat merasakan ini kerja ZIONIS yang terlepas di MALAYSIA..
dia yakin ini kerja ZIONIS..ZIONIS bencikan Awang..
Awang mahu buru ZIONIS..



"Kami benci ZIONIS..
ZIONIS tak berhati perut..
ZIONIS pentingkan diri..
ZIONIS rampas yang bukan hak mereka..
ZIONIS kejam.."

laung Awang lebih bersemangat..hari ini dia bawa kereta isterinya..dan lelaki melayu itu sekali lagi gagal mendapatkan parking..


"sorang lagi mamat plak tak belajar parking" kata mamat melayu tadi..di tangannya ada sebilah pisau baru..senyum sinis terukir di bibirnya..

4 ulasan:

paiseh berkata...

pulang paku buah keras..
betul x gua punya simpulan bahasa? huh!

e.K berkata...

........

speechless....sebab tak paham~

saudagar gaRAM.. berkata...

paiseh:
paku dulang paku serpih pon bleh juga beb..

e.k:
alahai..
kegagalan lu paham adalah kegagalan gua mau bagi lu paham..

Awang Kapak berkata...

cilakak..gua harap itu bukan nama gua. awang versi lain.

hehehe..

macam ketam mengajar anaknya berjalan