27 April 2009

IRONI..atau IDIOT??

adalah penah satu masa tu..masa BAHARUM masih kecik lagi..masa tu masih lagi dok akak akak depan umah dia kata dia comel..muka suci takde jerawat,jeragat,black pore n ntah segala macam lagi..

kalo sekarang jangan tanyalah..akak2 tu nak bagi anak kecik depa kawan dengan BAHARUM pon gua rasa mau kena pikir dekat 15 kali kot..

muka pecah rumah je kata diorang..
tapi hati BAHARUM baik...serius beb.



penah sekali tu BAHARUM tengok tivi dengan ayah dia..memula BAHARUM nak layan cite YUSOF HASLAM masa tu..

HARIMAU RIMBA..memang top masa tu.tapi ayah dia datang then selamba je dah ayah BAHARUM buka tivi satu,layan berita..

BAHARUM cengang je dok tengok..apalah budak lima tahun masa tu tau bila tengok dunia jam sepuluh..lagi shiok tengok sarjan misai dalam HARIMAU RIMBA..BAHARUM dok cebik mulut..



pastu dalam berita tu,ntah kat mana punya berita pon BAHARUM tak ingat..

BAHARUM dok tengok..
ada tunjuk perasaan..
punyalah ramai orang dok jalan berarak ramai ramai..
bawak sepanduk..
buat riot..

ada yang sorang mamat tu siap hayun kayu lagi mau pukul mamat yang amek gambar..
ada yang siap tutup muka terus..
pegang kayu..
baling polis dengan batu..
nasib baik takde yang bawak senapang..


BAHARUM tengok pon jadi takut..BAHARUM tak paham..
kenapa mamat tu nak pukul orang yang amek gambar?
kenapa diorang hayun kayu tu kat orang?
kenapa diorang baling batu semua?
depa ni MENGAMUK pasal apa?

ayah BAHARUM cakap kat BAHARUM..




PAK HARUN : baharum,ni bapak nak cakap satu hal..kalo dah besar nanti,jangan wat cam mereka ni hah..

BAHARUM : kenapa mereka camtu pak?

PAK HARUN : mereka salah cara je sebenarnya..dalam dunia,ada dua cara untuk memandang sesuatu..

BAHARUM : camne tu pak?

PAK HARUN : satu,dengan TENTANG YANG KAU BENCI..dan kedua..PERJUANGKAN YANG KAU SUKA..

BAHARUM : yang dalam tivi tadi tu pasal apa plak pak?apa yang mereka mau dok mengamuk camtu?




PAK HARUN tersenyum bila BAHARUM bertanya camtu..apa sangatlah budak lima tahun ni paham..kata PAK HARUN dalam hati..

PAK HARUN : itulah yang pak kata..mereka salah cara,anakku..

BAHARUM : apa yang mereka perjuangkan pak?

PAK HARUN : mereka amuk,mereka buat ni semua kerana satu hal..MEREKA MAHUKAN DAMAI, anakku..



BAHARUM tercengang..dia tengok semula dalam tivi..ada sorang mamat bawak satu sepanduk bertulis besar..

WE WANT PEACE..
WE WANT PEACE..
WE WANT PEACE..


BAHARUM pelik..cara camni ke depa perjuangkan DAMAI?

2 ulasan:

♛ LORD ZARA 札拉 ♛ berkata...

haha~

matlamat tidak menghalalkan cara..

kalau Baharum nak damai..moh ke dusun damai, atau nyanyi lagu Damai~

Tanpa Nama berkata...

love these words

TENTANG YANG KAU BENCI..
PERJUANGKAN YANG KAU SUKA..


i pinjam ayat pakcik nih tulis kat notebook ek...

;)