Tadi pagi,aku ada kelas..kelas pelajaran struktur..belajar apa?macam math.ya..cuma bezanya,lebih kepada kira kekuatan bahan dalam membuat bangunan..
sukar?payah?susah?
MESTILAAHH..heheheee..
aku aku pulak,tengok nombor pon sekali seminggu..(masa kelas ni je lah)heheheee..menambah sukarnya.
pulak tu tadi ada test..mati kutu juga utk nak menjawab.
lecturer yang satu itu kata :saya mahu awak semua duduk jauh2..jangan rapat2.
nama pun test..mana bleh tiru katanya lagi menguatkan dalilnya untuk kami duduk berjauhan..
first half..aku kosong,kertas soalan 2..
lecturer tu dok sengih memerhatikan kami terkial2 menjawab soalan yang diberi..
tetiba nampak mukanya macam pengurus chelsea, mourinho tersenyum sinis memandang skuad utamanya menentang skuad belasahan dari kampung dusun..heheheee.aku memang bencikan chelsea..hidup spurs ..hidup spurs.
second half..skuad belasahan kampung dusun masih lagi terkial kial mencari formula untuk menentang star2 dari chelsea..memang nampaknya bukan nasib kami agaknya..beraksi di tempat sendiri,tanpa sokongan penyokong yang gemuruh..kami bakal tewas.
akhirnya masa perlawanan tamat..mourinho palsu itu tersenyum sinis memandang dahi kami berkerut2 menjawab..dia mengarahkan masa tambahan diberikan..
cisss...sama je sudahnya.bukannya bagi masa 10 minit lagi pun kami dapat jawab..heheheee..
setelah tamat masa kecederaan,masa tambahan dan masa kelas tamat,mourinho yang satu itu,mengarahkan kami tak perlu menghantar kertas itu semua..ujarnya,dia sengaja mewar2kan bahawa test diadakan minggu ini..kerana terlalu ramai yang ponteng..cisss.
sekali lagi skuad kampung dusun dipermainkan..hampir dua jam kami tercengang memandang soalan..nyatalah memang aku pun minggu lepas tak datang.kerana soalan yang diberi tu,memang blom diajarkan pon..ceh..double kami dipermainkan.
ko memang licik mourinho..ko memang licik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan