18 September 2007

Unlimited call?

tempat : bilik aku..
masa : pukul 5 pagi..
plot : aku sedang tido..
sound effect : tiada,maaf..aku tidak berdengkur..setahu aku.

tetiba tidur aku diganggu..cuckoo..cuckoo..cuckoo..bunyi telepon mudah alihku.maaf,hanya telefon nokia model lama..blom dapat guna ringtone lagu rihanna ataupun raihan..

kalo ada duit,mungkin ringtone ini diubah lagu lain..sekali lagi maaf,kalo ada pun,tetap bukan lagu rihanna..
raihan?....mungkin juga..

berbalik kepada plot awal tadi..
seorang rakan lama menelepon..angkara menjawab seruan hotlink yg menawarkan "pakej call orang tengah malam buta sampai tengahari buta" dengan bayaran rm2..

rakan :wei,ram..ape khabar..

aku : apa khabar?ko call aku pukul 5 pagi hanya nak bertanya khabar ke?

rakan : alamak brader,dah pukul 5 pagi ke?sori..tak pasan ar,beb..tapi,apa khabar?

aku : khabar ya?hmmmm....aku baru bangun tido.

rakan : apa khabar yang aku tanya,beb.

aku : tulah khabarnya,beb.aku baru bangun tido..hahahaaa

perbualan kami panjang malam tu.semata mata pasal kawanku tu blom ada awek..bukan,bukan dia cuba nak ngorat aku..pasal aku tau dia bukan gay..
perbualan berkisar tentang

hidup aku..hidup dia..
kegiatan dia..kegiatan aku..
kerja dia..kerja aku..
bola...jap.kami tak borak pasal bola dia..jauh sekali pasal bola aku..

tapi memang ada kami borak pasal bola pon malam tu..butir lanjutnya,aku tak ingat..
pasal lalok sangat dah kot..

punya lama sembang,sampai satu tahap..aku dan dia dah btol2 tak tau nak borak apa..sampai kami dok saling tanya,apa lagi kita nak borak,beb..
hahahaaaa......


paginya..aku tgk,line tu masih tersambung.
laaaa.....maybe malam tu kami lawan berdengkur rasanya..

hahahahaaaaaa.....tapi aku tak berdengkur kot.pasal aku tak penah dengar pon.

unlimited call,memang berguna..buat aku dapat dengar dengkur kawan aku yang sorang tu..
sampai pagi..hahahaaaa

2 ulasan:

afri berkata...

hmm.. unlimited call.. dari rakan, , kenalan, sahabat..mungkin tidak. Kekasih? berkemungkinan... tetapi pemanggil adalah lelaki!!

saudagar gaRAM.. berkata...

kesimpulannya..

aku gay?

hish..selisih..
jangan..
jangan..

aku tak ndak..
aku tak sanggup..