Kau adalah seorang yang bercita cita besar. Kawan kawan kau tahu itu tentang kau. Kau sendiri pun tahu perkara itu tentang kau, setelah hampir kesemua kawan kawan kau mengatakan kepada kau "Kau adalah seorang yang bercita cita besar"
Kau (pernah) bercita cita untuk jadi Perdana Menteri. Kau belajar bersungguh sungguh,makan bijirin sarapan (pasal dalam iklan katanya ini sarapan sang juara), dan kau dah belajar ikat tali leher sebelum kau daftar masuk tadika.
Setelah agak dewasa,kau mulai sedar bahawa bijak bukanlah kriteria pemilihan yang diperlukan untuk menjadi perdana menteri. Kau cuma perlu bijak manipulasikan orang dan perlu pandai putar belit.
Yang dua itu,memang kau tak pandai.
Dengan berat hati,kau pun terpaksa melupakan cita cita itu. Sekarang kau terpaksa berpuas hati dengan gelaran Guru Besar. Tapi sebenarnya kau tak pernah putus memikirkan tentang cita cita kau nak jadi perdana menteri.
Sebab itu kau mentadbir sekolah kau,sama macam modul mentadbir negara. Ada pengawas,sebagai polis. Cikgu disiplin,sebagai badan kehakiman. Koperasi sekolah,sebagai kementerian kewangan. Guru guru sebagai ahli parlimen. Dan empat guru bidang sebagai 4 Horsemen of apocalypse.
Nampak cukup teratur. Cukup tersusun. Sekolah kau nampak gah (diatas kertas kerja). Segalanya berasaskan kepada negara demokrasi. Semua pelajar dan guru di sekolah kau faham tentang obsesnya kau menjadikan sekolah kau persis sebuah negara.
Sehinggalah seorang pelajar mengangkat tangan dan bertanya kepada kau semasa perhimpunan. "Cikgu,bilakah kita nak adakan pilihanraya untuk memilih guru besar baru? Kami dah bosan dengan guru besar yang sedia ada ni"
Kau terlopong. Selepas itu kau tak hu jadi perdana menteri di sekolah kau lagi. Kau mahu jadi Agung.
Kau berkomplot dengan budak paling nakal dalam sekolah, dan menugaskan dia untuk berbuat huru hara dan mengacau segala pentadbiran dan sistem di sekolah kau. Kau mahu dia cipta chaos.
Lepas itu kau isytiharkan darurat. Dan kau kini sebagai agung,boleh terus memerintah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan