TAK BANYAK MAKLUMAT YANG DIKETAHUI MENGENAI SI POLAN INI
So,boleh kita mula sekarang ke,Dato?aku memula bicara sambil pandang dato muda tu dari atas ke bawah. Dan kemudian ke atas semula.
Pakaiannya..hmmm. Pakaiannya sehelai t-shirt hitam band metal dari Norway (aku agak sahaja..pasal aku kurang pasti) sepasang jeans corduroy dan sepasang kasut Vans checkers klasik entah tahun bila. Aku sendiri tak pasti samada kasut itu telah lusuh kerana sering dipakai atau memang digayakan lusuh sebegitu untuk nampak klasik. Fashion sense dato ni, lain benar dengan kebanyakan dato yang aku pernah temuramah. Nampak macam kutu berahak pun ada kalau sekali imbas.
Ini kali pertama aku melakukan sesi interview bersama dato muda ni. Itupun atas arahan dari ketua editor aku. Katanya dato ini tengah in. Namanya sekarang semakin meletup letup dalam dunia perniagaan selepas penganugerahan pingat yang membawa gelaran dato baru baru ini. Dia adalah ahli perniagaan pingat paling muda dalam sejarah negara (buat masa ini).
Anytime you are ready. Tapi orderlah dulu, Zam. Makan kat sini spesial sikit, dia punya lamb chop memang lain macam sedap dia tau. Memang to die for kata omputih. Eh, dan lagi satu, tak payahlah formal sangat berdato dato bagai ni. Panggil aje Encik Azlan. Atau lagi elok panggil abang Lan aje, kita ni pun nampak dari gaya umur pun macam tak jauh beza ni. Boleh Zam?jawab Dato Azlan.
Semula, aku jadi sangsi dengan arahan ketua editor aku untuk temuramah mamat ni (ok..aku kata mamat pasal dia sendiri tak selesa dengan gelaran dato..tapi ini off record lah ya). Majalah kami ni majalah business insider, kot. Aku ingatkan dia akan pakai sekurang kurangnya kot atau blazer siap necktie dan kemeja. Dan dia akan pilih fine dining sebagai lokasi interview. Bukan restoran tomyam dan western food kat shoplot sebegini. Entah entah, dia takut tak ada budget nak bayar makan kot.
Tak apalah dato. Saya ni datang atas urusan tugas, maybe lebih baik saya selesaikan urusan tugas dulu, then baru kita makan. Saya pun ada sikit rasa overdress ni sebenarnya.
Tak biasa makan tempat begini ke?
eh bukan macam tu,Dato. Cuma kebiasaannya bila kita approach subjek untuk interview, pihak kami memang ada sediakan allowance untuk entertain subject dan memang ada dana untuk tempatnya. Pihak kami yang akan bayar . Tak perlu pihak subjek keluar duit pun sebenarnya. Biasanya subjek akan pilih fine dining, maklumlah,nak jaga imej. Sebab tu saya pakai macam..macam saya pakai sekarang ni.
Aku sedikit skeptikal sebenarnya dengan pemilihan tempat interview ni. Malah semasa dia bersetuju dengan interview pun tak dinyatakan lokasi. Aku cuma diminta hadir ke rumahnya, pukul 10 malam. Lokasinya dia akan pilih nanti, katanya. Tapi pada awalnya aku tak rasa pelik sangat. Pasal bila berurusan dengan orang kaya begini, ada sahaja kadang kadang benda pelik yang dimintanya. (Yang minta buat interview di kelab malam dan suruh sediakan sorang dua china doll pun ada)
Hish..takdelah semua. Saya ok aje tempat macam ni. In fact,saya lebih selesa tempat begini. Lagipun, awak nak interview saya kan? Bukan interview CEO Cemara Holdings. Kalau nak interview saya, inilah saya. Azlan Tarmizi. Tapi kalau awak nak interview CEO, lain pula tempat dan caranya. Yang itu duit kompeni, lain. Yang ni duit saya, lain. Hahahaha..
Sedikit aku tersentak. Maybe dato ni memang naif. Atau mungkin juga dia ikut khalifah Umar yang tak mahu gunakan duit rakyat (atau untuk konteks ini..kompeni) untuk kepentingan peribadi. Susah juga sebenarnya nak jumpa orang jenis jujur (atau naif) sebegini dalam dunia perniagaan.
Sebentar kemudian seorang pelayan datang bertegur kami dan bertanya tentang order.
haaaalewat abang lan hari ni. Siap bawak kawan plak lagi. Makin maju laa kedai saya ni nampak gaya,ada customer baru. Order macam biasa ke bang Lan? tegur pelayan tu. Aku syak pelayan tu haram tak kenal mamat ni seorang dato. Boleh just panggil gitu aje. Memang gaya low profile dato ni agaknya.
Lambat sikit je. Takdelah, ni aku bawak kawan ni haa..katanya nak interview sikit. Haah order biasa aje. Zam, makan apa? dato tu tanya aku sambil tersenyum.
Huishh..orang sok kabor ke ni bang Lan? Perghh..front page lagi laaa abang Lan esok. Hahahahaa..eh abang reporter, tulislah pasal kedai makan saya ni juga bang. Kami pun nak juga glamer macam abang Lan kita ni. Asyik masuk sok kabor aje. sampuk pelayan tadi pantas.
Jadi rupanya brader pelayan ni aware yang duduk depan dia ni seorang figur yang terkenal dan selalu masuk surat khabar? Things keep getting interesting untuk sesi kali ni nampak gayanya.
Eh saya bukan tulis surat khabar. Saya tulis majalah. Majalah orang business. Sebab tu nak interview Dato ni haa. Nak dijadikan sumber inspirasi untuk pengamal orang business. Majalah ushawan bang. Takpe,saya makan sudah tadi aku menolak sopan.
rugi tak try, Zam. Kalau sekali terkena kedai ni,silap silap ketagih. Takpe, order saya macam biasa tapi buat dua set. Satu lagi untuk kawan baru kita ni ya
Orait bang Lan. Dua, macam biasa. Satu untuk abang reporter. Ngamkata si brader pelayan sambil berlalu pergi. Aku terima aje tanpa banyak soal memandangkan tak mahu dianggap biadab atau memilih sangat.
Kita mula, Dato? ujarku mahu memulakan semula sesi yang tergendala tadi.
Panggil abang Lan sahaja cukuplah. Saya kat luar opis ni.tolaknya sopan.
Hish, tak boleh macam tu Dato. Dato susah payah nak dapat title tu, saya pun kenalah hormat penat lelah Dato untuk sampai ke tahap ni. Bukan mudah nak dapat gelaran tu.
Err..saya ok je sebanrnya. Kekok plak rasa nak formal sangat ni. Lagipun gelaran tu hanya untuk kegunaan rasmi aje. Bila dah luar opis macam ni,saya just jadi Azlan Tarmizi.
Jarang sekali sebenarnya berlaku sebegini. Kebiasaanya VIP yang aku jumpa tetap mahu disapa dengan gelaran Dato, Tan Sri, atau apa juga gelaran yang mereka dapat. Dan aku pula akan (..terpaksa) patuh atas tuntutan prefesionalism. Aku perlu ikut protokol. Aku perlu sedikit tegas dalam hal ini, lagipun, aku malas nak edit semula sesi intervew sekiranya terpaksa tukar gaya bahasa dan gelaran nanti. Malas nak buat kerja dua kali.
Kalau Dato OK pun, saya belum tentu OK Dato. Maksud saya,saya ni kena ikut protokol. Kalau tak nanti bos saya plak yang bising. Kalau tak bos saya, pembaca dan netizen.Yang itu lagi payah nak handle tu, Dato. Maklumlah, zaman IT ni orang boleh hentam siapa saja. Kalau bukan yang dua tu, silap silap kang geng protokol istana plak. Itu lagi naya saya nak menjawab. Silap haribulan,jadi penganggur saya.
Owh macam tu ya. Maaf ya susahkan awak. Saya tak tahu besar btol implikasi dia. Saya betul betul minta maaf ya.Maklumlah,saya ni masih baru lagi dalam benda protokol ni. Saya ingatkan jenis boleh langgar aje macam tu. Hahahahah..maklumlah,budak kampung
Terlopong aku sekejap. Muka dia masa bercakap tunampak cukup jujur rasa bersalah. Cukup merendah diri. Aku sendiri pula dah rasa bersalah. Sempat aku rasa kagum dan takjub dengan sikap dato muda ni. Umurnya cuma 3 tahun lebih tua dari aku, tapi dia dah dapat anugerah yang bawak gelaran dato ni. Aku ni sendiri? To make ends meet pun masih lagi struggle. Mee segera pun penuh lagi bawah katil sebagai bekalan hujung bulan.
Hampir tiga jam, sesi interview berlangsung. Aku yang awalnya agak skeptikal dengan ayat dan perilaku mamat itu, sedikit demi sedikit luntur dan runtuh perasaan skeptikal aku. Mamat ni memang seorang yang benar benar jujur merendah diri. Ayat terima kasih, appresiasi dan hormat sentiasa bermain di bibirnya bila bercakap tentang tokoh tokoh lain dalam dunia perniagaan. (walau kadang kadang tokoh yand disebut adalah musuhnya)
Malahan, aku sengaja beberapa kali cuba memetik nama musuh dan juga pesaing syarikatnya sekadar mahu menambah rencah dalam penulisan aku nanti. Tapi, tiada apa yang aku dapat dari dia mengenai musuh dan pesaingnya melainkan perasaan kagum dan takjub dengan segala usaha dan kerja keras pesaingnya. Dia benar benar kagum dan hormat kepada semua pesaing dan musuh perniagaannya. Aku jadi kagum.
Mamat tu kata, dia sedikit sebanyak berkongsi kejayaannya dengan kedai ini. Sebab itu kedai ini istimewa bagi dato tu. Kedai ini menjadi titik tolak untuk dato itu semasa dia mahu bermula dalam dunia perniagaan. Aku minta dia bercerita lebih lanjut.
empat tahun lepas, semasa saya masih baru dan bergelut nak berniaga, saya didatangi seorang peminta sedekah di kedai ni. Tapi peminta sedekah tu, dia macam pelik sikit. Dia pakai kemeja lusuh, semuar lusuh, tapi sekilas pandang saya nampak gigi kirinya yang nombor tiga adalah gigi emas. Pelik juga ada peminta sedekah pakai gigi emas. Masa tu saya tengah makan. Dan peminta sedekah tu tanya sekiranya saya boleh belanja dia makan sama sama. Walhal masa tu, saya sendiri pun makan ada duit cukup cukup. Kalau saya belanja peminta sedekah tu, alamatnya esok saya kena puasa lah. Hahahahapunyalah masa tu saya pun teruk juga. Tak stabil lagi.
abang lan kenal ke peminta sedekah tu? Abang lan belanja orang yang tak kenal begitu aje?
Sedikit sebanyak aku mula terlupa tentang gelaran dato tu. Ada sesuatu mengenai abang Lan. Dia berjaya buat aku terlalu selesa bila bercerita. Sesi yang sepatutnya jadi sesi temuramah, sekarang seolah jadi sesi ramah mesra. Dia benar benar dapat jatuhkan profesionalism aku.
saya tak kenal dia masa tu. Tapi, saya jemput juga dia duduk bersama. Temankan saya. Maklumlah, makan ni kalau berdua,seronok sikit. Saya syak itu benda paling betul dan paling tepat saya pernah buat dalam hidup saya. kata abang Lan dengan mata bercahaya.
Kenapa bang? Dia wali ke atau apa?
hahahaa..aku tak tahu tentang wali ke atau malaikat ke atau apa ke. Tapi peminta sedekah tu bagi aku satu nasihat yang aku tak akan pernah lupa. Satu ayat aje yang dinyatakan oleh peminta sedekah tu. TAK BANYAK YANG DIKETAGUI MENGENAI SI POLAN INI. itu sedekah paling besar peminta sedekah tu pernah bagi aku
Aku minta abang Lan perjelaskan maksud ayat dia.
Pernah tak korang cuba buat something dalam hidup korang? Something yang different. Something yang boleh buat dan akan korang lebih stand out dan menonjol berbanding orang lain? Sentiasa. Kan? Kenapa? Pasal sebagai manusia, kita sentiasa akan buat sesuatu untuk di acknowledge oleh society. Kita sebagai manusia, tak dapat lari dari mahu jadi perhatian. Ianya fitrah kita sebagai manusia untuk bersosial. Untuk meninggalkan suatu jenis impact. Untuk diingat selepas kita tiada. To make our presence felt.
In fact, ada kemungkinan kita buat segala apa yang kita buat hanya dengan satu niat. Mahu orang tahu tentang kita. Tentang siapa kita. Dan ianya tak salah kerana ianya adalah naluri dan keinginan semua manusia.
Mahu meninggalkan legasi. Mahu meninggalkan nama. Mahu meninggalkan impak. Kalau tidak, manakan datang pepatah melayu yang mengatakan harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Penerimaan oleh orang samai seolah jadi syarat untuk kita menerima diri kita sendiri. Lebih lebih lagi di zaman IT dan teknologi ini.
Dan penerimaan orang di zaman ini lebih spesifik. Kau boleh terkenal dengan pantas, dan kemudian dilupakan juga dengan begitu pantas. (korang masih ingat dan kenal Bobo? Korang tahu mana pergi awek cendol yang pernah viral sekejap pasal manja tu..dan korang ingat lagi makwe Solero macam comel aje macam cantik aje?) Kalau kau mahu dikenali dan mahu maintain dikenali, ianya bukanlah suatu perkara yang mudah. Kecuali kalau kau sanggup melakukan banyak perkara bodoh (..dan kemudian minta maaf) dan kemudian buat perkara bodoh lain(dan kemudian minta maaf lagi..).
Satu research pernah dibuat, untuk mengetahui apa benda paling ditakuti oleh semua manusia. Tempat pertama, berucap di hadapan khalayak. Tempat kedua, jadi nothing. (Ketakutan terhadap lipas terbang, tiada dalam senarai..aku tak tahu kenapa) Dan jadi nothing bermaksud menjadi..biasa. Menjadi nobody. Menjadi tiada sesiapa.
Kebiasaanya semasa seorang manusia meninggal dunia, rakan atau sahabat atau kenalannya akan mula berkata. Si polan ini orangnya baik. Si polan itu orangnya banyak bersedekah. Si polan itu kerjanya bagus. Bagaimana kalau, tak ada seorang pun tahu mengenai si polan tu? Dan semua hanya mampu berkata tak banyak yang diketahui mengenai si polan tu.
Yang diketahui, cumalah tarikh kelahiran mereka, tarikh kematian mereka. Tapi apa yang terjadi diantara dua tarikh tersebut? Bagaimana kehidupan mereka semasa perantaraan dua tarikh tersebut? Apa yang umat manusia tahu mengenai mamat itu sepanjang tempoh pinjaman dia berada di dunia? Apa jenis impact dan apa yang telah dilakukan sepanjang masa dia berada di dunia?
Pernahkah korang google diri sendiri? Semata mata untuk tahu apa pandangan orang (haters juga adalah orang..) terhadap kalian? Dan please, jangan tipu. Aku sendiri lakukan benda sebegitu. Dan ianya tak salah. Dan tak kurang dari 3 kali seminggu aku akan lakukan benda tu. Semata mata pasal aku nak tahu apa pendapat dunia mengenai aku. (Oklah, sejujurnya aku hanya mahu tahu aku dah famous ke atau belum).
Bagaimana kalau pada suatu hari nanti, semasa kau google diri sendiri, google hanya kata kepada kau TIADA MAKLUMAT YANG DIKETAHUI MENGENAI MAMAT INI
Bagaimana?
Menakutkan bukan? Google tak tahu siapa kau. Google, search engine nombor satu dunia, tak kenal siapa kau.
Google, laman carian yang ada maklumat tentang siapa presiden Amerika yang pertama (dan bukan George Washington, by the way) tak kenal siapa kau. Dan google yang juga tahu dimana sekolah pertama presiden Amerika yang pertama itu (bukan..bukan Abraham Lincoln juga), tak kenal kau.
Google, laman carian yang tahu sebenarnya yang bunuh John F. Kennedy adalah Eric Lehnsherr dan Lee Harvey Oswald hanyalah watak yang dijadikan kambing hitamnya. (Well, orang kanan Eric bernama Raphael Raven Darkholme adalah seorang shapeshifter), tak tahu siapa kau.
Google, laman carian yang tahu sebenarnya ada laluan rahsia secara terus dari Putrajaya terus sampai ke hulu Benua Afrika untuk tujuan keselamatan Perdana Menteri sekiranya berlaku serangan zombi di Malaysia tu, tak tahu siapa kau.
Google, laman carian yang tahu bila dunia akan berakhir dan tahu bagaimana ianya akan berlaku dan siapa bakal memainkan watak utama untuk kehancuran dunia tu, tak tahu siapa kau.
Google, laman carian yang tahu segalanya yang perlu kita tahu mengenai segalanya, tak tahu siapa kau.
Tidakkah itu sesuatu yang menakutkan?
Persoalan yang ditimbulkan oleh peminta sedekah itulah yang benar benar menjentik semangat anak muda ke dalam jasad abang Lan. Selepas pulang dari pertemuannya dengan si peminta sedekah itu, abang lan sentiasa memikirkan kebenaran kata kata si peminta sedekah itu.
TIADA BANYAK MAKLUMAT YANG DIKETAHUI MENGENAI SI POLAN INI.
Dan semenjak hari itu, abang Lan sentiasa menjadikan kata kata itu azimat untuk terus berjaya. Dia tak mahu ketika dia mati nanti, orang bercakap tentangnya seolah dia tak pernah wujud. Dia mahu meninggalkan impak. Dia tak mahu sekiranya orang google tentang nama Azlan Tarmizi, search result yang ditunjukkan adalah Tiada Maklumat Yang Diketahui Mengenai Nama Ini. Sebab itulah bang Lan berusaha keras.
Begitulah cerita abang Lan panjang lebar.
abang ada try cari semula peminta sedekah tu? aku bertanya cuba mencari closure.
ada. Abang cari pasal nak berterima kasih kepada dia. Puas abang tanya semua tempat. Tak jumpa. Kau tulislah pasal peminta sedekah tu, kot kot dia muncul. Abang pun nak berterima kasih kepada dia juga. Separuh dari kejayaan abang, abang berhutang budi dengan dia tau kata abang Lan jujur.
Lain benar sesi temuramah aku kali ni. Sesi temuramahnya, aku boleh katakan biasa. Cerita cliche tentang bagaimana seorang underdog boleh berjaya. Kalau setakat itu sahaja, dalam 2 hari aku boleh siapkan artikel aku. Tapi, cerita mengenai keperibadian abang Lan, dan kisah si peminta sedekah tu aku perlukan sedikit lagi research sebelum aku hantar kepada ketua editor aku. (walau aku sangsi dia mahu terbitkan cerita sedemikian di majalah kami..mungkin juga dia akan suruh hantar ke majalah lain)
Aku perlu lebih lagi research tentang peminta sedekah itu. Keesokan harinya, aku sekali lagi cubamakan di kedai sama. Pelayan yang sama melayan aku dan abang Lan semalam rupanya adalah tuan punya kedai. Dia mengamalkan hands on punya approach di kedai dia.
Sempat aku bertanya dengan pelayan itu mengenai peminta sedekah yang dikatakan abang Lan. Satu sahaja jawapan yang diberikan oleh pelayan itu.
peminta sedekah itu? Owh, saya pernah nampak dia tu. Tapi.. katanya sambil melihat kiri kanan seolah maklumat yang dikatakannya adalah rahsia besar.
tapi apa bang? Saya kalau boleh nak temuramah peminta sedekah itu juga. Bukan utk majalah saya, hanya sebab saya curious kata ku dengan mata bersinar. Satu lead yang mungkin berguna untuk aku.
Tapi..tak banyak maklumat yang diketahui mengenai mamat itu..kata pelayan itu sambil tersenyum lebar.
Bila dia tersenyum, aku nampak gigi kirinya yang ketiga. Ianya bersadur emas.
Sangsi aku hilang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan