09 September 2007

Sebatang,tapi panjang sangat

semalam,aku pegi arkiday..aktiviti wajib untuk pelajar senibina,bersosial..bersosial..dan bersosial.

dan aku juga tak terkecuali untuk bersosial bersama mereka..hahahaa.masa petang tu,aku dah mula perasan bekalan rokok aku hampir habis..singgah jap kat kedai mamak.

aku :macha,kasi dunhill 4 batang..

mamak :dunhill ada..surya ada..berapa batang mau?

aku :surya ada ka mamak?surya lagi murah kan?bagi suryalah 4 batang..ok.

kebiasaannya bila ko membeli rokok dengan kuantiti sedikit,yang menjadi masalah adalah kotaknya..kebetulan hari tu kotak surya abis..terpaksa aku guna kotak dunhill untuk menempatkan rokk surya yang 4 batang tu..

orang yang merokok pasti sedar bahawa surya terlalu panjang batangnya untuk dimasukkan dalam kotak dunhill.

untuk mengelakkan rokok tu jadi bengkok,terpaksa aku jalan dengan menegakkan kaki 180 darjah sentiasa.sekali pandang,macam rooney yang baru tercedera masa main bola lawan dalam epl..bezanya cuma aku kurang hensem kot berbanding dia.hahahaaa

rakan yang aku kenal :ram,awat kaki hang tu?sakit ke?

aku :tak,rokok panjang sangat..aku takut kang patah..

seorang lagi datang :eh..ram.kenapa kaki ko?

aku :rokok dalam suar.

dan tiap kali aku terserempak dengan orang yang aku kenal,soalan sama akan diulang hampir 14 kali.kali ke 15,aku dah naik fed up jawab.

orang ke 15 :kaki awak kenapa,ram?

aku :Batang tu panjang sangat..takut patah..

orang ke 15 :WHAT?panjang sangat?takut patah?bleh patah ke dia?

aku :yup..memang panjang sgt.biasa lain..ari ni lain punya,special sket..

orang ke 15 :woooo....lucahnya awak ni.awak ni nakal ar..

aku :apanya yang lucah?rokok ni haaa(sambil tunjuk sebatang rokok surya dalam kotak dunhill..hampir bengkok.)

orang ke 15 :ooooooooooooooooooooooo......................ingatkan..ingatkan..

aku :ceh..lucah sungguh.

5 ulasan:

Nashrex berkata...

dan siapakah saudagar garam ini... hmmm

saudagar gaRAM.. berkata...

nashrex..

mungkin ko tak kenal aku,tapi aku kenal ko..
dari dulu aku dah kenal ko..

aku tau umah ko..
aku tau sekolah ko..
aku kenal awek ko..
segala pasal ko,aku tau..
malahan,aku tau apa pasal diri ko yang ko sendiri tak tau..ahaks..

stalker?bukan..
secret admirer?maaf,aku bukan gay..

heheheee..
aku tipu..
bukan,aku memang bukan gay..

aku pon tak kenal ko.
cuma aku orang baru dalam blogging activity,pg page ko atas nasihat sahril saban..nak berguru.

bleh kan?

baby ijau berkata...

ish...ish..ish..budak2 zaman sekarang,melucah aje kejenya..

Tanpa Nama berkata...

mengapa tidak diisi sebentar didalam beg kembara itu?

saudagar gaRAM.. berkata...

maaf..

hari tu beg kembara bercuti ar..

dia amek mc..

berlubang sket kat area perut..
isi penuh sangat agaknya..

tulah, masa pose,pegi sumbat overload..

padan muka beg tu..

wuuu...wuu...
beg kembara aku