09 April 2008

12 HARI..

BEBERAPA TAHUN DAHULU..



sorang budak ilang semasa dalam ekspedisi menawan puncak satu gunung kat negara gua..
polis datang cari,tentera pon turut serta sekali..
panggil segala bala tentera turut serta mencari..
cari punya cari sampailah empat hari..
jangan kata batang idung ta jumpa pon lagi jejak kaki..
ada pulak suara longkang kata dia dah mati..



mak bapak kat rumah menunggu tak rasa jemu..
polis tetap cari walau rasa buntu..
seluruh malaysia pulak doa minta segera ketemu..
tanpa khabar berita dah enam hari berlalu..
jumpalah tok batin mintak bantuan apa yang perlu..
dia kata tak guna jembalang tak guna hantu..








TOK BATIN : ni korang datang nak mintak tok tolong cari budak yang dah ilang kat kawasan gunung tu ya?

POLIS : ya tok..kami dah buntu,harap tok bantu..

TOK BATIN : oooooo...sonang baituuu...

POLIS : agak tok berapa lama boleh cari?

TOK BATIN : (sambil keluarkan sebatang rokok dari kotak rokoknya)sebelum abis rokok ni sebatang,mesti boleh jumpa..

POLIS : sebelum abis sebatang?hebatnya tok..






2 HARI KEMUDIAN..





budak tu dah diorang jumpa..
cukup sifat takde cacat cela..
cuma calar sket dan ada luka..
biasalah tu lebih baik dari tiada..




TOK BATIN : tengok,tak abis lagi rokok tok..

POLIS : bagus tok..hebat sungguh..(jadah isap rokok sepam simpan..isap sepam simpan..kalo camtu,sepuluh tahun pon bleh jadi)

TOK BATIN : kamu kata apa???

POLIS : takde apa tok(adoiii..da pandai baca otak plak)










MINGGU LEPAS..
gua tunggu kawan..kata nak jumpa kat bandar..



via sms:

"lu dah kat mana?gua dah nak sampai dah ni.."gua baca..



via sms:

"gua dah kat depan mekdi..kat depan tiang..lu sampai bleh tros carik punya.."gua reply..




via sms:

"ok..lu tunggu sana..jap lg gua sampai.."gua baca..






gua tunggu..


gua tunggu..


dan terus menunggu..



dan teruskan lagi menunggu..


(sila lihat puntung di kaki tu..)

dia sampai dah..

KAWAN GUA : dah lama tunggu?

GUA : dah..jap..satu,dua tiga,empat,lima..ohhhh..dah SEPULUH HARI..

nota kaki: gua bukan tok batin

7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

amaran kerajaan malaysia! rokok membahayakan kesihatan!! dont try2 ok...

Tanpa Nama berkata...

Hello. This post is likeable, and your blog is very interesting, congratulations :-). I will add in my blogroll =). If possible gives a last there on my blog, it is about the Plotter, I hope you enjoy. The address is http://plotter-brasil.blogspot.com. A hug.

achik berkata...

nak kena saman ni buang puntung rokok merata2..

NuRaNi HaZa berkata...

6cigars in how long?sejam?seminit?iskiskisk...contohila tok batin itu!sungguh mulia,menjaga badan dan duit!

Unknown berkata...

haha..nice blog..

p/s:- salam perkenalan

saudagar gaRAM.. berkata...

kasihmu:

ya..amaran kerajaan uganda je kata merokok baik..

hahahaaaa....

achik:

errr....betul..nasib baik gua tak buang puntung merata rata..

ntah budak mana ntah tu..buang puntung sembunyi tangan..

nurani haza:

contohi tok batin?tak mau..dia merokok jugak..gua nak contohi sape ya..

yg mengamalkan gaya idup sehat..

tidak merokok..

hakimi:

ya..salam perkenalan juga ya..bukan blog je nice,orangnya pon nice jugak ya...i hope.

hahahaaa

A t i Q a h berkata...

Tok Batin
1 rokok = 2 hari

Kamu
1/2 hari = 6 rokok

Huisyoooo!