19 September 2008

KENAPA BANGSA GUA MALAS MEMBACA..

sorang kawan gua mempersoalkan kata kata bahawa kaum gua dan juga sebahagian dari lu..adalah kaum yang malas membaca..

betul ke?

betul ke kaum lu malas membaca?
kalo lu?
malas ke membaca?

gua ni dikira, malas membaca ke?
mungkinlah..
maksud gua..MUNGKIN..



tapi,
kenapa bangsa gua dikatan MALAS MEMBACA?



gua rasa,semua ni pasal GUA..
ya,gua PUNCA KAUM GUA MALAS MEMBACA..

ya..SALAHKAN GUA..
YA..GUA


mau tau kenapa?
kita berbalik kepada,10 tahun lepas..masa gua masih lagi comel dan berwajah inesen..(masih lagi..tiada banyak perubahan dalam 10 tahun )

masa itu gua diberikan jawatan sebagai PUSTAKAWAN..
tau tak apa PUSTAKAWAN?kawan kepada pustaka..

kata OMPUTIH, LIBRARIAN..

kalo lu masih tertanya,pasal apa gua masih dipersalahkan bila kaum gua malas membaca,biar gua bagitau rutin gua selaku seorang PUSTAKAWAN..



pagi..masuk library.
pegi kat kaunter..buku yang patutnya dihantar ke rak,gua check kalo ada yang best..
tak pulangkan pon..kalo ada yang best,gua masuk dalam laci gua..

masa rehat..masuk library.
pegi kat kaunter..amek buku yang dah gua savingkan pagi tadi mau baca..layan..
kekadang bawak bekalan masuk library tu..karipap misalnya..

bila ada budak mau pinjam buku yang gua syak menarik..
ada beberapa dialog yang akan gua gunakan..
contohnya :



GUA : buku ini bukan untuk dipinjam..

GUA : buku ni status dia masih dalam pinjaman,tak bleh pinjam..

GUA : buku yang ni,boleh pinjam..tapi dah ada tempahan..kalo mau,awak boleh cari buku yang sama camni.yang tu saya boleh tolong bagi pinjam..

GUA : buku ni,esok baru boleh pinjam..




secara realitinya,buku itu masuk ke dalam laci simpanan gua..
bekalan untuk gua baca selepas tamat baca yang kat depan gua ni..

dalam satu hari,tak kurang dari 5 pembaca gua kecewakan..kebanyakannya melayu..

sape pandai math?
satu hari,5 orang..
satu bulan?
satu tahun?

dan gua jadi librarian selama 5 tahun..






dan sekarang,tetiba ada orang kata..
kaum gua malas membaca..


gua rasa,gua patut diperSALAHkan

10 ulasan:

Amiene Rev berkata...

bangsa kita sekarang semakin rajin membaca.

PopNina berkata...

selfish!!!

Mr PenyuBiru berkata...

baca blog pun dikira membaca jugak kan?kan?

Mr PenyuBiru berkata...

baca blog pun dikira membaca jugak kan?kan?

azie berkata...

gila kuasa

ahahaha

INTENSELY loves reading.

A t i Q a h berkata...

Gua kalau boleh, alamat kilang kat air kotak pun gua baca. Eheh.

tasikmerah berkata...

lu gila kuasa~






aik... sama plak komen ngan azie.. tak pelah.. dh mmg kami banyak persamaan~

noharanutdya berkata...

tak penah jumpe librarian camni gaya nye~~

bukan ke sharing is caring.. ni tak .. baca solo saje~~

Al-BIMA SAKTI berkata...

org yg malas membaca, maka dia juga malas nonton benda2 yg elok kat tv. org macam ni selalu lepak bila ada lapang. org cam ni juga otaknya cetek ilmu dan mudah terpengaruh dgn apa saja yg lalu di depan mata dan tak terdaya memikirkan mana baik dan mana buruk. mudah terpengaruh dgn rakan sebaya, walaupun benda yg tak baik.

adakah mereka inilah sebenarnya yg akan jadi sebahagian drp virus buruk yg akan merosakkan apa saja. termasuk merosakkan manusia lain yg secetek ilmu dgnnya.

antusabun berkata...

Baca komik kan orang kita rajin.hehe