07 September 2008

PERKATAAN BARU GUA..

Satu malam..
satu ketika dulu..

gua jumpa satu perkataan..
asing..
tak penah dengar sebelum ni..

perkataannya..
KAYA.


apalah yang ada dalam perbendaharaan kata budak hingusan 8 tahun untuk faham..
apa maksud KAYA tu..
apa definasinya KAYA..

HARAM GUA tak paham.


gua cari model untuk mengukur,yang namanya KAYA..
nampak sorang PAKCIK gua,umah dia buat dari BATU..
BATU BEB..

tak macam umah gua masa tu.umah KAYU.
jadi masa tu gua rasa,definasi bagi KAYA adalah ada RUMAH BATU..
barulah berGAYA..

tak lama kemudian,ayah gua beli satu RUMAH BATU..
PERGHHHHH...RUMAH BATU beb..
gua rasa,gua dah KAYA..

pas sebulan dok umah BATU,tak rasa ada apa BEZA dengan umah KAYU gua,selain dari MATERIALNYA sahaja..



SALAH..KAYA BUKAN ADA RUMAH BATU!!!

pastu gua nampak,pakcik tu ada plak beli KERETA PROTON SAGA KALER MERAH..
KERETA NASIONAL tu beb..
dah rasa HEBAT dah ada keta tu masa tu..
perghhhhh.....KAYA..
yang ni baru dikatakan KAYA kot..

tak lama kemudian,ayah gua plak beli KERETA..
tak payah dah nak berhujan berpanas..
naik motor kemana mana..

BARU RASA KAYA..
kan kan kan?
pas dah lama naik KETA tu..
gua sedar..

KERETA tu gagal menjadikan gua rasa cam KAYA..
pasal gua masa tu nampak MIKA HAKKINEN punya kereta,GILA AH DING DONG..
barulah KAYA..



gua sekali lagi SEDAR..
KAYA TU TAKDE PADA KERETA APA YANG LU GUNA..

then,gua nampak pakcik gua tu,ada guna TELEPON MUDAH ALIH..
perghhhh....cukup berGAYA.
bagus gila ar benda ni..tak payah ada WAYAR.lu kat mana pun,boleh je mau TELEPON orang..

angkat je,dail je..

then
"OH YA DATO'..ya,saya sini..projek juta juta?main golf?cuti kat eropah?berapa KOMISEN??"
memang berGAYA..

pas gua tamat sekolah,ayah gua bagi gua TELEFON MUDAH ALIH..
tak payah dah gua dok sibuk mau kumpul syiling kalo mau tepon orang lagi..
tak perlu gua hapal kat mana ada PUBLIC PHONE lagi..

bleh call orang cam pakcik gua tu..

"OH YA DATO'..ya,saya sini..projek juta juta?main golf?cuti kat eropah?berapa KOMISEN??"

owhhhhh...gua silap,takde guna ada TELEFON MUDAH ALIH tu..
kalo lu takde KREDIT..




jadi,TELEPON TU JUGA GAGAL..
menjadikan gua rasa KAYA..


gua dok cari,sampai sekarang..
apa yang namanya KAYA tu..
tak jumpa jumpa..



sampai satu masa tu,gua dah GIVE UP..
gua dah JELAK..
gua dah PENAT..

mau cari maksud perkataan KAYA tu.

kerana gua dah jumpa perkataan baru..




gua jumpa PERKATAAN BARU..
..BERSYUKUR..

11 ulasan:

azie berkata...

kaya?

roti bakar dengan kaya, mau?

baru tu nikmat kaya

ijad berkata...

salam.. apa khabar...

Tok Rimau berkata...

Roti kaya kat Old Town sedap!

rasso berkata...

Tok,
kat Old Town sedap French Toast dia...

yang sedap roti kaya kat Kluang Railway coffee tu.... alahai....


Ram,
wa rasa... lu kene definasikan plak bersyukur dari segi bahasa dan istilah... nanti lu tak faham... ha ha ha

atheera.akem berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
atheera.akem berkata...

sudah tilik atau tidak adakah bersyukur itu sama sahaja definisinya dengan bercukur?

btw, salam ramadhan saudari! :)

Water Lily berkata...

Kaya itu cuma satu perasaan dan ia subjektif bro.

tasikmerah berkata...

kaya kluang station power oooo...

Mak Su berkata...

roti kaya jugak yang sedap, rasa nak belajar buat kaya sendirilah

eMHisMe berkata...

lu sebenanye KAYA dgn idea bro

niesa.imana berkata...

salam..

subhanallah..baca blog anda memang best, bnyak maksud yg tersirat walau guna bahasa pasar..
bagus2, tambahkan usaha.. +)