28 Disember 2010

APA?????OWHHH...

berborak dalam bilik karok memang haram tak mesra alam..apa jua orang kata,lu tak perlu dengar sangat,paling lu senyum dan angguk..

kalo lu pandai senyum dan angguk pada timingnya,lu boleh dikira understanding.

ketika mamat 1 sedang sibuk menyanyi..



MAMAT 2 : perghhh..suara dia sempoi macam ROCKSTAR.

MAMAT 3 : (menoleh..senyum..angguk tanda setuju..)


mamat 1 sedang asyik menyanyi sekadar melihat dengan ekor mata..dia tahu mamat 2 dan mamat3 sedang bercakap mengenainya..tapi dia sedang sibuk nak jaga pitching,jadi diabaikan seketika..

setelah habis menyanyi..


MAMAT 1 : weiii,tadi mamat2 cakap apa pasal gua?

MAMAT 3 : (menoleh..senyum..angguk tanda setuju..)

MAMAT 1 : dia cakap apa?

MAMAT 3 : (menoleh..senyum..angguk tanda setuju..)

MAMAT 1 : wooooiiiiii...dia cakap apa??

MAMAT 3 : (muka serba salah..senyum dah mula tawar..angguk dah makin pelan..bukan salah dia tak dapat dengar..)

MAMAT 4 : owhhh...mamat 2 cakap suara lu macam PORNSTAR..

MAMAT 1 : owhhhh...thanks..

22 Disember 2010

I NOT STUPID..

"Jack..bangun.dah pagi ni..bangun cepat.nanti kau terlambat kesekolah" kejut ibu Jack sambil menggoncangkan badan anaknya itu. Dia cukup masak dengan perangai anak jantannya seekor ini. Memang sudah menjadi kebiasaan kepada anaknya itu untuk keluar jauh malam bersama rakan rakannya yang lain. Entah apa yang dilakukan oleh anaknya itu juga ibu Jack kurang pasti.

Jack mengesat2 matanya yang masih mengantuk. Pagi masih terlalu awal baginya. Amatlah tidak wajar bagi dirinya untuk kesekolah seawal ini. Lagipula malam tadi dia tido lewat pagi setelah dia dan kawan kawannya melepak sampai ke masa matahari baru nak menunjuk diri.

"Alah,ibu..ini masih terlalu awal ibu..lagipun malam tadi Jack stay up lama tengok bola dengan kawan kawan. Team ayam lawan team meriam,bu. Esok sajalah Jack mula bersekolah. Boleh kan, ibu?" keluh Jack mencari alasan untuk ponteng hari itu.

"Aaaahhh..jangan kau nak mengada..kang apa mak nak jawab kat bapak kau nanti? Dah, bangun..cepat bersiap..Kang dengar dek bapak kau,naya kau.."kata ibunya. Mendengar kata kata dari ibunya, Jack bingkas bangun. Jack memang takut dengan ayahnya. Bingkas Jack bangun mempersiapkan dirinya.

Hari ini adalah hari pertama Jack bersekolah disekolah baru. Ibu bapa Jack telah mendapatkan Jack tempat disekolah terbaik untuk burung. Semua burung yang hebat dan terkenal dikhabarkan pernah bersekolah disekolah itu. Demi masa depan Jack,bapa Jack telah seboleh bolehnya merayu kepada Big Bird,pengetua sekolah burung. Pada mulanya Big Bird menolak permohonan bapa Jack dengan alasan sekolah itu tidak sesuai untuk Jack.

Setelah bapa Jack mengugut akan memanggil media Murai yang terkenal dengan kecoh dan sikapnya yang suka membawa berita dan memberitahu kepada semua burung tentang sikap Big Bird yang bersikap pilih bulu, akhirnya Big Bird bersetuju membenarkan Jack bersekolah disekolah itu.

"Anda tidak akan menyesal menerima Jack. Dia akan menjadi eset paling berharga sekolah ini" ujar bapa Jack kepada Big Bird memberikan harapan. Big Bird sekadar senyum tawar kerana dia ragu dengan keputusannya menerima Jack.

Pagi itu,Jack terbang kesekolah barunya. Dia bakal bertemu dengan rakan yang baru. Rakan barunya kali ini nampak cukup ceria dan berwarna warni. Semua nampak girang dan ceria walau masih diawal pagi. Hanya Jack sahaja yang lemah tidak bermaya. "Confirm diorang semua bukan kaki bola..paling pon diorang ni layan cheerleading kot. kaler pon warna warni. tak grunge langsung"getus hati Jack melihat telatah kawan barunya itu.

---------------------------------------------

Tamat sesi persekolahan hari itu,Jack terbang riang pulang kerumahnya. Wajahnya jauh berbeza dari wajahnya pagi tadi. Dia berasa gembira bersekolah di sekolah barunya itu. Segala sangkaannya berbuah.

"Ibu..ibu..Jack dah balik. Jack suka sekolah sini,bu" katanya riang sejurus sampai kerumah. Ibunya menyambut dengan tersenyum lebar. Nyata tindakan suaminya menyekolahkan disekolah itu adalah tindakan yang bijak. Walau pada mulanya dia sendiri berkeras menentang tindakan suaminya itu.

"Kawan Jack semua sukakan Jack..Jack jadi terkenal kerana mereka kata Jack unik. Jack tak macam kawan yang mereka semua kenal" cerita Jack kepada ibunya.

"Unik yang bagaimana, anakku?"tanya ibu Jack. Dia bangga kerana anaknya diterima masyarakat burung disitu.

"Semua kawan Jack berkata Jack hebat kerana selalu terbang malam. Tak macam mereka. Mereka waktu malam tak dibenarkan keluar sarang pon. Terlalu bahaya katanya. Tak macam Jack, Jack berani." jawab Jack dengan senyum melebar sampai ketelinga.

"Mereka juga kagum kerana Jack boleh terbang walau semua bulu Jack dah dicukur. Bila Jack katakan kepada mereka,yang Jack sudah lama buta, lagi mereka kagum. Mereka pelik dengan kebolehan Jack terbang dengan mata tertutup."ujar Jack lagi.

"Mereka berkata, Jack adalah anak burung paling istimewa pernah mereka kenal..Jack dah jadi seperti selebriti,ibu"senyum ibu Jack mendengar kata anaknya.



"tapi anakku,kau bukanlah anak burung.kau adalah seekor anak kelawar.."kata ibu Jack sambil tersenyum.

18 November 2010

WHATS YOUR SIDE OF THE STORY?

Dua orang mamat bergaduh..gua selaku mamat berkecuali tersepit di tengah2..kiri pon tidak,kanan pon tidak..

oleh kerana gua kenal dan berkawan dengan keduanya,jadi gua guna langkah bijak dengan tidak memilih berpihak dengan mana mana belah pihak..

tapi,apabila gua ada dengan DIN,gua terpaksa setuju dengan DIN dan hanya condemn sket2 mana yang patut..

bila gua dok lepak dengan MAN, sekali lagi gua terpaksa mengiakan segala kata MAN..



gua syak gua dilatih jadi hipokrit..

last last gua naik jelak..bukan dengan DIN..dan bukan dengan MAN..tapi dengan HIPOKRIT.



MAN : ko tau apa DIN cakap pasal aku?

GUA : tau..

MAN : ko nak tau cerita dari belah pihak aku?

GUA : tak mahu..

MAN : tak adil woo dengar cerita dari sebelah pihak..kena dengar dua belah pihak..macam duit syiling..ada 2 sides of story..

GUA : tauu...memang duit syiling tu ada 2 side of story..tapi korang lain..

MAN : apesal plak?ok,amek contoh..first side of story,DIN tumbuk aku..second side of story..aku kena tumbuk dengan DIN.kan ke dua tu?

GUA : salah..keduanya adalah satu side je..pada gua cuma ada satu side je..

MAN : apadia?

GUA : gua percaya semuanya adalah ONE SIDE STORY..its called THE TRUTH..kalo ada side lain,yang tu bukan the truth dah..

15 November 2010

KADANG KALA SALAH ITU BAGUS..

Gua percaya,bukan semua kesalahn itu satu perkara yang buruk..pada gua ar.
pada orang lain,apa gua pedulik..

lu tak percaya?baik..
gua buktikan..


bayangkan lu tanya seorang budak yang baru nak amek SPM soalan ni.


125x + 2(x+5)+15y = 4521

mintak dia selesaikan berapa nilai x, dan juga y..
dalam masa 15 minit..atau 8 minit pon cukuplah..

mungkin dia dapat..dan mungkin jawapan pertama budak tu salah..


disini akan gua buktikan bahawa kesalahan itu adalah sesuatu yang baik..

katakanlah...
jawapan budak itu 8..(mungkin betul dan mungkin salah,gua bukan pakar matematik..)
dan jawapan itu salah..

sebenarnya budak itu telah selangkah lebih dekat kepada jawapan yang betul..


kerana dari selepas mendapat soalan itu,nilai x pada budak itu adalah terdiri dari entah berapa juta nombor..
selepas jawapannya x = 8 adalah salah,kebarangkalian untuk x itu telah berubah..

X bukan lagi terdiri daripada entah berapa juta nombor..
tetapi X sekarang adalah entah berapa juta nombor..KECUALI LAPAN yang telah dinyatakan tadi SALAH..


yaaa..apabila lu menjawab salah,ketahuilah..ia bukanlah satu perkara yang BURUK..
Ianya menandakan lu telah setapak lebih dekat kepada kebenaran..

its a good thing..






so,bos..tak perlulah nak marah2 gua bila gua buat salah..gua cuma setapak lebih dekat dengan kebenaran..kan ke bagus tu..

chisssssttt....

09 Oktober 2010

SORRY I'VE BEEN USING U..

IM SORRY I'VE USING U..

i'm sorry i've been using u..
when i need a friend,
i made u one..
when i need a lover,
in u i find..
when i need someone,
u became that someone..
when i need the one,
thats just who u become..

when im in a gloomy day,
u became my lovely ray..
when im all alone,
u became my shadow..
when im stuck in 4 wall,
u became my window..
when im down in despair,
u cheer me up all day..

when im all sick,
u are my med..
when i need a doctor,
i turn to you instead..
when im in need of psychiatrist,
u gave me brilliant advise..
when i need a councillor,
u are the head of my counsil chamber..

sorry ive been using u,
without asking your point of view..
sorry ive been needing u,
without knowing what u need..
sorry ive been asking u out,
without asking whether u r free..
sorry ive kept u in my mind,
without asking about your plan..

ive been such a selfish guy..
thinking that u are only mine..
ive been so selfish..
to keep u by all my side..
i want u all my life..
little did i know that u are my life..





04 Oktober 2010

R.O.K.E.R....ROCKERS..


harini,memang gua rasa macam gua dibayar untuk enjoy plak kat opis ni..pagi je buat keja sket..lepas lunch hour,gua tinggal sorang..

member gua sorang arini pegi meeting..
sorang lagi harini cuma half day..
sorang lagi ntah mana pegi hilang..
sorang lagi still cuti pegi honeymoon..

tinggal gua sorang2 terkulat2 depan kompiter..nak cabut,kang takde sape nak tolong bagi tembak gua punya kad..terpaksalah gua stay..kalo ada bebudak praktical ke,bleh jugak soh dia tembakkan kad gua..gua plak pegilah MPAJ ke..MBPJ ke..mana2 jelah..

gua pon dengan selamba, bleh pegi layan cite ROCK..cite mamat khalid..baru sempoi..

dah rasa macam gua plak jadik bos..seronok jugak rupanya..



gua syak ilmu tabligh bos gua tinggi kot..ntah apa mimpi dia,tetiba je dia sampai opis kat sini..last dia sampai sini adalah masa sebelum dia pegi naik umrah aritu..hati dah cerah gamaknya..

sampai2 je dia nampak yang ada cuma gua sorang,eloklah sangat dia sekolahkan gua..

pasal gejala sosial..pasal ada bini kena tikam kekasih suami..ada kes buang2 anak..ada kes pergaulan bebas..ada kes melayu tak macam melayu..ada kes melayu buli melayu..

gua layankan je dalam kepala pikir lama lagi ke bos gua ni nak stay?gua tak abes lagi ni layan movie..dok minimize je..

then tetiba bleh plak bos gua bagi soalan maut..


BOS GUA : bangsa kita sekarang ni dah rosak..kemusnahan..pergaulan bebas..sumbang mahram..maksiat..itu ini..mat rempit..bangsa kita dah jahanam..awak tau apa sebenarnya yang boleh merosakkan bangsa kita?

GUA : tau bos..

BOS GUA : apa dia?

GUA : pertama, tidak menepati masa..dan kedua, rasuah..itu dua jek bos..

BOS GUA : hmmm..banyak lagi..tapi,mana awak baca yang dua ni jadi perosak bangsa kita?



lu rasa agak patut ke kalo gua kata fakta yang gua dapat tu dari filem ni?agak dia marah ke tak?

24 September 2010

SAPE PANDAI TAPSIR MIMPI?

sape pandai tapsir mimpi?

beberapa bulan lepas,gua ada bermimpi..sampai sekarang mimpi gua tu masih blom dapat gua tapsir..

dan sila ambil perhatian,dalam mimpi yang gua nak ceritakan ini,haram takde kena mengena dengan mandi wajib,takde kena mengena dengan ular hitam,takde kena mengena dengan Jalaluddin Hassan,tiada kena mengena dengan Maya Karin, Angelina Jolie juga tiada,apatah lagi Maria Ozawa..

kecewa bukan?

yang kisah mereka,gua share lain kali..

tapi mimpi ni memeng serius takjub dan pelik..


gua bermimpi gua jadi THE SPECIAL ONE..
bukan NEO..dia THE CHOSEN ONE..

gua jadi THE SPECIAL ONE..JOSE MOURINHO..
bekas pengurus FC PORTO..
bekas pengurus CHELSEA..
bekas pengurus INTER MILAN..


haaaa..serius gua mimpi gua adalah dia..

dalam mimpi tu,gua sedang menguruskan CHELSEA..(ketika itu blom dikenala dengan nama chelsex: bak kata orang2 sokernet..)

masa tu first half..
gila babi kena tibai dengan kelab apa ntah gua tak ingat..kena 2-0..yang gua ingat,team lawan pakai baju kaler merah dgn biru..berbelang2..

player gua semua masuk dressing room dengan wajah sugul beb..gua bertanggungjawab naikkan morale of the team dan bagi kata semangat kat semua..semua gua tengok dah lemau semacam..

DROGBA dah asyik tunduk je..
CECH gasak geleng kepala..
LAMPARD lari dok dalam biik air tak keluar2..
ESSIEN dengan TERRY dok bertekak..

mujur jugak masa tu CARVALHO datang n dengan suara lantang tanya gua camne nak hadapi lawan ni..

tau apa gua jawab?

penuh tenang..gua pastikan semua bagi perhatian kepada apa yang gua nak cakap..


GUA : senang je nak kalahkan diorang ni..

semua tercengang..semua tumpu perhatian pada gua..



GUA : sebelum wisel penamat second half ditiup,kita akan menang..dengan cara,pastikan kita dapatkan lebih banyak gol berbanding pihak lawan..kalo diorang sumbat 2 gol,kita sumbat 3..kalo diorang sumbat 3, kita sumbat 5..FAHAMMMM??????



semua player gua macam mamat musafir kat padang pasir dapat minum the sarbat..semua meluap2..siap dok hentak2 kaki..gila main isim agaknya..semua dok semangat nak masuk padang semula..

sampai sekarang gua cuba dok tapsir mimpi ni semula..ada sape bleh tolong?

2 kes:
samada gua terlalu bebal sampai benda ni pon dapat gua jadikan pembakar semangat diorang..
atau diorang terlalu bebal sampai rasa semangat dengar apa yang gua kata..



anyone please..

07 September 2010

SOME THING BETTER LEFT UNSAID..

beberapa hari lepas, gua berkesempatan berbuka dengan member zaman sekolah gua..lama dah tak jumpa,macam macam dah berubah..

yang dulu cun , sekarang jadik ok..
yang dulu ok , sekarang dah jadi JUE AZIZ..
yang dulu skema , sekarang dah jadi FAIZAL HUSSIEN..
yang dulu pendiam , sekarang dah jadi MEET UNCLE HUSSEIN..

gila gila perubahan mamat dan minah skolah gua..

ada yang datang sorang..ada yang datang berdua..ada yang datang berdua tiga..dan ada juga yang datang berbadan dua..

bak kata omputih, time change everything..
bila dah jumpa camni,gua saje jelah tanya minah2 skolah gua..



GUA : lu ingat mamat tu?

MINAH : hishhh...ada plak tak ingat..mamat tu ketua pustakawan tu..baikkkk je dia tau.kan?pandai dia tu kan?suka membaca..

GUA : yang tu plak?

MINAH : hmmmm...tu yang ketua pengawas dulu tu kan?baik dia dengan cikgu..tiap minggu dia naik kat stage masa perhimpunan..

GUA : haaaa....kalo yang tu plak?

MINAH : haaa...yang tu i ingat..dia yang dok buat mural semua satu sekolah tu..banyak sumbangan dia kat skolah kita dulu tau..ingat tak?


ok kot kalo gua tanya..

GUA : hmmmm...lu ingat kat gua tak?

MINAH : hmmm....errr...hmmm...yang mana ek u ni? kelas mana ek?



sedih gua beb...dah rasa macam kewujudan gua kat sekolah haram tak dihirau..




MINAH DUA : ehhh...i ingat kat u.takkanlah i lupa plak..

GUA : ya ke???

MINAH DUA : u ni yang kena pateri kat bibir tu kan? kan kan kan?



yang gua mau diorang lupa,yang itu yang diorang ingat..tak ke naya tu??

03 September 2010

ROOMMATE BARU GUA

sebagai menbalas jasa baik gua kejutkan dia masa sebelum berbuka puasa semalam petang ,roommate gua kejutkan gua untuk bangun sahur pagi tadi(ya,gua dah dapat roommate dan masih membiasakan diri untuk tidak berbogel dalam bilik gua sendiri..)..pukul 5.15 pagi..

kami bersahur berdua..ditemani oleh JUE AZIZ..

ya..JUE AZIZ..dia dok dalam tv..ntah cite apa TV3..gua tak berapa nak pasan..




MIE : bertuah kita..sahur dapat plak JUE teman kan?

GUA : emmm...

MIE : kalolah gua dapat kapel dengan dia ni...perghhhhhh..

GUA : emmmmmmm...

MIE : kenapalah dulu mamat JEHAN tu break dengan dia ek?bodoh agaknya..

GUA : emmmmmmmm....(gua masih lalok..)

MIE : minah ni single lagi kan sekarang?

GUA : (tang ni gua mula bagi mata segar sket)hishh..lu tak tau ke? minah ni dah kapel dah..dengan mamat baru abes belajar..budak uitm jugak pakwe dia sekarang.

MIE : haaa...ya ke?btol?

GUA : mamat tu baru je grad..konvo pon blom lagi..ape benda ntah si JUE minat sangat kat mamat tu,gua pon tak pasti..keja pon biasa je.gaji tak sampai 2 riban..biasa je mamat tu..

MIE : mamat tu hensem kot..

GUA : biasa je..mana ada hensem..memang nampak biasa je..keja kat Bkt Jelutong nu haaah..nampak serius biasa jek..

MIE : haaaa...lu kenal ke?

GUA : gua penah nampak mamat tu..

MIE : mana lu tau benda ni semua?

GUA : adalah..

MIE : apesal mamat tu haram takde orang tau?




GUA : biasalah...kan gua orangnya low profile..






MIE dah rasa nyesal kot sebilik dgn gua..

16 Ogos 2010

PESANAN KHIDMAT MASYARAKAT

Hidup sebagai warga kota adalah tidak lengkap kalo tidak sekali dua lu naik segala macam pengangkutan awam seperti teksi, bas, elarti, komuter, kereta sewa jiran, atau apa juga segala yang bersifat awam..

tapi terlalu banyak menaiki pengangkutan awam,lu akan dapat detect satu benda yang sangat celaka..bila lu naik komuter..

sepanjang idup bila gua naik komuter,blom penah lagi gua tak dengar pengumuman camnu..



"HARAP MAAF KEPADA PENUMPANG SEMUA..TREN MENGHALA KE (isi tempat kosong dengan destinasi lu nak pegi)TELAH MENGALAMI KELEWATAN KERANA MASALAH TEKNIKAL..TREN TERSEBUT DIJANGKA AKAN LEWAT..bla bla bla..


bertahun gua naik komuter, sepanjang kali gua nak naik,mesti kena dengar petikan tadi..gua dah anggap macam itu such a way untuk mereka ucapkan SELAMAT DATANG dah kot..

tapi,oleh kerana gua bersangka baik,gua cuma syak ada 3 kemungkinan..


POSSIBILITY 1 : Kemungkinan tren itu memang macam dikatakan,mengalami masalah teknikal..mereka maklum..pengguna pon maklum..cuma mereka terlalu ignorance untuk amek tau tentang masalah tren tu..atau terlalu ignorance pada pelanggan..ntah..

senang kata,ia seolah berkata,tren rosak?owwhhhhh..dah rosak rupanya..


POSSIBILITY 2 : mereka takde kepakaran nak betulkan tren tu..depa cuma beli tren tu..dah terus anggap macam tren tu bleh guna sampai kiamat..selagi boleh,guna..kalo tak bleh gerak,kita tolak ramai2

senang kata,ia seolah kata,tengok tayar macam cukup jek..ok lagi niii...


POSSIBILITY 3 : depa dah guna skrip tu bertahun2..asal lambat,cakap jelah rosak..apa ada hal..diorang buat camne pon,tetap lu semua kena naik komuter jugak nak pegi tempat keja kan?
jadi kalo diorang lewat pon,lu tetap akan tunggu..

senang kata,diorang seolah berkata..nak naik ke tak?kalo taknak sudah..gua banyak pengguna lain..



apa juga possibiliti yang dipilih,tetap gua kalah..kecuali kalo syarikat tu ada hati nak tingkatkan servis diorang..
orang KTM,sila buktikan dan buat gua percaya semua ni salah..


ps : kepada bos gua,pasal sebab inilah gua lambat..serius bos,nak dapatkan komuter sebijik sekarang,ngalahkan tangkap lalat guna chopstick..terpaksalah gua amek keputusan terus balik ke rumah dan berehat..

ok tak bos?

10 Ogos 2010

SABTU LEPAS...APA YANG GUA INGAT..

PETANG

TEATER HEGEMONI :

Play 1
Aloy Paradoks n Amelia Aziz..
"Aku hanya gantikan tempat malaikat bagi orang2 yang malaikat pun dah muak dengan mereka" -Aloy-

"Lelaki yang bodoh mengambil masa yang terlalu lama untuk memulakan sesuatu"
-Amelia Aziz-

Play 2
Rayza Mukmin n Fadzleena Hishamuddin..
"You pun tak tahan?yang tu malam sket nantilah.."
-Rayza Mukmin-

"Apa yang kau tahu pasal cinta?kau ada awek?kau penah bercinta?-Shyrudin
Tak..-Nik Adam Ahmad"

Play 3 (BLACKOUT)
Nik Adam Ahmad n Shyrudin..



MALAM

MASKARA SHORTIES :

Mr n Mr ...
yang ni tak tau kenapa,gua tak dapat nak ingat.maybe sibuk dok cari tempat duduk..

Hantu Silap Mata
"Perempuan sukakan lelaki yang ROMANTIK"
"I Suka yang pakai baju hitam.."

Low Budget Love
"Dont say u r hungry when u r not..
Dont say u r angry when u r not..
Dont say u r ok when u r not..
AND
Dont say u r lonely when im still alive..

Lawan
"Abe, nak burger be?"

"Bang, W tu apa bang?"


6 Lorong
"Semua orang datang nak tengok bunga api..diorang tak tau ke,kos nak bakar bunga api tu,sama dengan kos buat highway tu 6 tahun lepas.."

The Color of Idea
Still picture..gila penat gua rasa nak buat ni hah..untuk 3 minute punya show ntah berapa shot dah dia amek..gila letih kalo gua..

Petra Bond
"Bond,we have no time for shortcut,not on this one..Mr White will be waiting for u there"

Fighting Fit
"Come onlah,make up your mind..u want it or not?"
"Its my F**king hand,OK?"

Kiamu
"Tangan letak ke depan,kaki 45 darjah..alah,cam naik motor..tapi EX5 lah..kalo RXZ atau TZM tak boleh.."

Pemandu Pelencong
"Kat sini,Hang Tuah,u know, Warrior..he met with Tunku Abdul Rahman.Parameswara he got a dog,n Tunku Abdul Rahman ada kancil..then itu kancil and anjing gaduh..gaduh punya gaduh..camne ntah tiba2 diorang bukaklah negeri kat sini..diorang bagilah nama Melaka"
-JIMBO-

Sroq
"Masak kari,masak lemak,masak kicap,masak asam pedas"

Ala Folie
filem ni ada Rafaat Hamzah sebagai pelakon..tak kenal?cari youtube pulau melebih..atau mak,saya nak pegi disko..

Sepi Seorang Abdillah
Sisi lain makhluk rockstar pipiyapong..mamat bercakap guna keyboard..paling banyak dia cakap kat gua dulu dengan ayat..
"lu duduk Shah Alam belah ulu mana sampai takde saiber cafe?"

TMO Karipap Karipap Cinta
Gambit jatuh motor..

Hantu Mak Limah Balik Kampung
"Hai Mak Limah,tak tengok Akedemi Pantasia keee??"-Hussin-
"Cer Cite..cer citee..cer cite..."

Sunrise
Buat gua rasa nak balik JB jumpa mak gua plak..

Hanyut
perghhhh....dah macam hasil kerja hollywood buat cite Braveheart atau Robinhood dah..feel dia gila babi..

Mamat
Ajami interview Mamat Khalid..

Forest Spirit
Mata gua tak lekang dari tengok satu bahagian je filem ni..fuuuuuu...leleh jugak air liur.

My Father And His Selluloid
lagenda wayang pacak dalam estet..

Ikan Langka
Syahdu..sampai cite ni..tersentuh jugak gua..

Nasi Lemak Yang Marbeles
dah dapat nasi lemak marbeles,maunya tak leleh je jadi tukang jual..ye dak?

Fringetown
Kerja seorang bounty hunter yang menagguk di air keruh..

Penumpang
tiada dialog..just pandangan ke dalam seorang pemandu teksi menghantar anaknya(gua syak)pulang ke rumah..

Badut
Simbolik dunia yang hanya menyaksikan kekejaman Israel tanpa berbuat apa apa..

Untitle
gua short term memory lost..cite ni yang mana ek?

Perta.M.A
Kisah cinta pertama zaman sekolah..cinta monyet kata mereka..

Penny
Sekali lagi gua ilang ingatan..

Sujud
Subuh tadi lu dah solat?

Babi Itu Khinzir
"Kau babi..Hina..Khinzir mulia sket dari babi.."

TMO Hanyut
Yang ni buat gua rasa memang macam tengok cite epik melayu..dah macam standard Braveheart dengan Robin hood


kata mereka..

03 Ogos 2010

DOUBLE TROUBLE..

lu tau apa tu DOUBLE TROUBLE?
kalo umur lu dua puluhan,maybe lu dah sinonim dengan perkataan ni..kadang kadang yang bawah dua puluhan pon ada jugak yang layan..walau biasanya diorang berat sket ke hujan dengan bangfes..

adalah dua tiga kerat yang berat sket ke arah justin beber kot..


tapi,lu tau apa maksud DOUBLE TROUBLE yang sebenar?
SEARCH?
WINGS?



salah..
pada gua,DOUBLE TROUBLE maknanya..

lu terkunci kat luar umah,sementara kunci rumah ada dalam kereta,dan turun tangga 5 tingkat nak pegi amek kunci rumah dalam kereta,sampai depan kereta baru lu sedar kunci kereta lu dalam rumah..

lu pandang rumah lu dari tingkat bawah..

baru lu tau apa makna DOUBLE TROUBLE..huhhhh

26 Julai 2010

PAPARAZI sila ambil perhatian..




GARAM = SALT
Agak agaklah..kalo kantoi kan dah satu hal..

dah gila meroyan pas kena dump dengan gua..konon konon sweet ar berlakon guna nama gua..abadikan memori..


ptuihhh....

12 Julai 2010

CARI ORANG BARU..

lately ni ramai btol budak umah gua nak kuar..one by one.memula sorang roommate gua,kuar pasal nak berbini..gua tak kesah sebenarnya kalo dia nak bawak bini dia dok bilik gua sekali..serius takde hal..

pastu sorang lagi dah nak kuar plak..roommate gua jugak.

yang roommate budak lain takde plak nak kuar..pelik gua..gua jahat sangat kot..

dah jadi bebudak umah kena buat belanjawan semula untuk masa depan,berapa sewa umah akan jadi untuk yang tinggal ni kaber..sakit jugak kalo dah duduk tak ramai..



untuk meringankan beban kami semua,so kami bercadang nak carik roommate baru..agak2 kalo dapat sorang ke atau dua,bleh bagi ringan sket beban nak bayor bulan2..yelah,mana nak beli susu anak lagi..nak balipinggan mangkuk lagi..barang dapur lagi..bil letrik lagi..lesen tivi lagi..

macam macam beb..

bebudak umah gua dok bincang nak naik flyer sebijik nak iklankan..sorang satu ayat..


MAMAT 1 : kita cakap ada ASTERO..bleh layan bola,bleh layan AF..bleh layan halimah jongang..bleh layan garam masala..bleh layan wrestling..mahupun layan ben 10..barulah menarik..

noted..tulis..

MAMAT 2 : kita cakap dah ada peti ais,dah ada mesin basuh..tak payah nak pegi dobi dah..beli air pon sedap je layan sejuk2..nak nak masa baru balik kelas,minum air sejuk..perghhh..nikmat wa cakap lu..peti sejuk pon sentiasa full dengan buahbuahan segala macam..amacam?menarik kan?

noted..tulis..

MAMAT 3 : kita cakap sewa murah..umah tingkat tinggi,doa cepat sampai ke langit..mudah mudahan cepat termakbul..belajar pon senang masuk,oksigen banyak umah tinggi ni..

noted..tulis..



GUA : hmmmm...kalo dia masuk,masuk mana ek?

MAMAT 2 : mana lagi,bilik lu ar..dah lu bilik sorang je duduk..

GUA : ok..hmmm.gua cadangkan kita tulis PEREMPUAN SAHAJA..umur 20-28.berperawakan menarik..body macam angelina jolie ke..ok tak?




member umah gua lopong..gua syak diorang setuju kot..
ps : sesape nak masuk umah gua,cari gua..pompuan diutamakan..

30 Jun 2010

GUA PROF SERBA TAHU (PST)

Kadang kadang bila lu terima macam macam pertanyaan,lu akan rasa macam P.S.T
watak dalam majalah GILA GILA dulu tu..rasa macam jadi tempat rujukan..

gua pon rasa camtu masa bila bebudak opis gua tanya macam2..yang gua tak tau pon gua buat kepalatauuuu je semua kekadang..



AWEK OPIS : eh,ram...camne ek nak tukar line dia ni haaa...

gua tunjuk..


AWEK OPIS : eh,ram..kalo macam kita buka akaun kat bank kan,camne nak...bla bla bla....

gua bagitau..


AWEK OPIS : eh,ram..kalo macam keta ada masalah gini .....bla bla bla..

gua bagitau..




dia kata senang ar,gua banyak tau macam2..semua dia tanya bleh dapat tau..gua senyum je..layankan..

tapi bila dia tanya..




AWEK OPIS : eh,ram..yang pasal video peterpan dengan pelakon 2 orang indon tu memang serius ek diorang?memang diorang dah ngaku ek??



muka gua ada macam pengumpul berita porn ke??

26 Jun 2010

PEKERJA BERHEMAH TINGGI

minggu ni gua jadi pekerja contoh sampai seminggu..berkoyan2 pujian gua dapat dari bos walau gua terserempak dengan bos pukul 10 pagi kat luar opis..dengan selipar jepun,dan bawak plastik nasi lemak..

marah pon tidak..senyum kemain lebar lagi bos gua..gua rasa plan gua menjadi..

jadi gua nak kongsi plan terbaek ni dengan semua orang..taktik baik,takkan gua nak simpan sorang kan?



ok,camni caranya..

kat opis gua,memang dah gua sediakan sepasang selipar jepun untuk gua pakai bila pegi tandas..biasalah,takdelah gua gila kemaruk sangat nak pakai kasut kulit nak pegi jamban kan?itulah tujuan gua bawak selipar jepun tu..

jadi,satu malam tu gua malas nak tukar selipar kepada kasut itam semula..gua susun kasut kat rak elok2,then gua balik pakai selipar jepun..

esoknya ntah camne,gua lewat bangun..lewat nak masuk opis..dalam kelam kabut,gua baru pasan,takde kasut..gua lupa yang malam sebelumnya gua balik guna selipar..gua layan je pegi opis pakai selipar jepun..

sebelum sampai,gua singgah beli nasi lemak..

gua terserempak dengan bos gua masa nak sampai tu..

gua pakai selipar,n bawak bungkusan nasi lemak..




BOS GUA : baguslah awak ni,sampai lagi awal dari saya..

GUA : (senyum je..gua ingat dia perli..)

BOS GUA : saya masuk pkl 8 tadi,pasal ada meeting..sampai2 opis,tengok kasut awak dah ada..bagus btol.biasa pkl 9 lebih baru sampai..baguslah camni,sampai lagi awal dari saya..

GUA : saya pergi beli makan jap ni encik..


perghhhh...sempoi.lepasni memang gua tinggal je kasut gua..at least kasut dah sampai,bos ingat gua dah sampai..

21 Jun 2010

TIPS BERJIMAT BULAN INI..

dah hujung2 bulan ni memang patut gua buat belanjawan..apesal gua punya duit langsung haram takde simpanan..agak kalo takde simpanan camni,ape benda gua nak tinggalkan untuk anak cucu gua kang?

ye dok?


satu hari pegi keja,minyak je dah seploh rm..
(maunya tak cekau sampai seploh rm,bangun pkl 8 lebih,nak masuk keja pkl 9..mau gua push selagi boleh..)

tu satu hari..
kalo 5 hari?
kalo 10 hari?


tak ke naya?
satu bulan paling kurang keta gerak 25 hari..tolak bayor itu ini,bila gua nak dapat settle duit downpayment audi Q7 gua?


last2 gua amek keputusan tak pegi keja supaya dapat jimatkan duit minyak keta..







cukup bulan kang gua kena panggil dengan bos,amek gaji last..keta simpan garaj..
amacam?

17 Jun 2010

PANDUAN NAK BAGI SESAT..

bulan lepas sorang member opis gua saje soh gua hantar dia pegi makan2 kat umah pak sedara dia..gua plak masa tu mmg tengah sempit,bila dengar ada makan2 free harus gua pergi..

lagipun kalo gua tak pegi,kang budak ni kecik ati..

merajuk budak kecik boleh lagi pujuk dengan gula gula,kalo dah orang tua cam budak ni,bagi gula2 sebijik blom tentu bleh lepas..

so,drivelah gua dan mamat tu bertindak as co-pilot bagi tunjuk jalan..umah pak sedara dia tu kat area KLANG,gua plak bukan familiar sgt kawasan tu..gua cuba tanya mamat tu.

dia pon baru first time nak sampai umah pak sedara dia ni,dah jadi satu hal nak kena cari jalan dulu..


GUA : wei,camne jalan nak pegi umah pakcik lu ni?gua bukan tau jalan..perut dah lapar dah ni.

MAT : pakcik aku kata,jalan TERUS jek..sampai ke simpang KANAN paling LAST,masuk..then terus lagi.sampai ada satu lori kontena park,amek kiri..

GUA : hampir confirm kita akan sesat dulu..

MAT : apesal?

GUA : camne agaknya nak tau tu simpang ke KANAN paling LAST?

MAT : senang jek..bila dah takde simpang lain lagi ke KANAN,maknanya itulah SIMPANG KE KANAN paling LAST..

GUA : sebab tu gua kata hampir confirm kita akan sesat..

MAT : apesal?

GUA : kita kena lajak dulu sampai dah TAK ADA simpang ke KANAN dulu..baru kita tau yang simpang tadi tu SIMPANG KANAN yang LAST..




btol tak gua ramal masa depan?
dan memang malam tu kami sampai lambat..cilakak

13 Jun 2010

SELAMAT PAGI CIKGU..

gua sekarang dah keja..gua keja kat satu kompleks yang mana ada macam2.
gua cakap best..pasal ramai budak pakai cun..nak pegi salun depan opis gua.
bos gua cakap best..pasal ada 7e..

gua tak pasti plak camne satu tembat akan jadi best semata pasal ada 7e,tapi,apakan daya..
gua setuju aje..dah dia bos..

kat tempat keja gua,ada buka beberapa pusat tuisyen untuk budak sekolah menengah..budak sekolah sekarang dah tak macamdulu gua cakap lu..pakai dah macam apa..sekali sekala mata gua pon tak berkelip..


ada sekali gua kuar dengan member opis gua.gua bila keja memang kena smart..tetiba terserempak dengan sekumpulan awek budak sekolah..ada dalam 4,5 orang..bila terserempak dengan gua,bebudak tu semua dok tegur gua..




AWEK SEKOLAH 1 : selamat petang, cikgu..

AWEK SEKOLAH 2 : pegi makan dulu ya cikgu?

GUA : yup..lapar plak tetiba.pegi makan dulu jap..


member gua dah cengang,sejak bila gua amek part time jadi cikgu tuisyen kat sini..yang lagi merapek,gua sendiri pon mushkil,bila plak gua jadi cikgu bebudak ni..

dah agak jauh sket dari bebudak tu,member gua sound gua sedas.


DIN : wei,apesal bebudak tu panggil ko cikgu?

GUA : jap lagi kang gua cite..sekarang tak bleh cite,malu lu nanti..ok?


pas dah masukopis semula,din buka cite tu skali lagi.dia tanya awatnya bebudak tu panggil gua cikgu..



GUA : sebabnya..adalah..lu btol nak tau sebabnya?lu tak menyesal nanti?

DIN : apesal??

GUA : pasal bebudak tu nampak gua lagi BIJAK dari lu,sebab tu diorang ingat gua CIKGU..




amacam?din tak cakap lagi apa dah dengan gua hari tu,sampai ke balik petang tu..

07 Mei 2010

formspring.me

Ask me anything http://formspring.me/saudagargaram

LU PAHAM TAK??

beberapa minggu lepas gua balik kampung dengan kadar EMERGENCY..disebabkan ada kematian di kampung gua..

semua gua tak berapa nak sempat maklumkan..cuma ada jugaklah gua sempat sms boss gua bagitau yang gua ada EMERGENCY..yelah,kang kelam kabut plak orang tua tu staff ilang tetiba..

pas dah settle segala urusan kat kampung,minggu depannya gua masuk opis..gua bagi satu surat application utk leave yang gua dah amek..

yang jaga admin tempat keja gua adalah amoi kembar..dua orang..

gua penuh yakin rasa dah bila gua serah borang application kat amoi ni..



AMOI : u mau apply leave?

GUA : yup..apply untuk hari Jumaat lepas..emergency leave

AMOI : haiyaaaa...sudah cuti baru mau apply ka??apa macam ni?lain kali,kalo mau leave,kena apply dulu..dah lulus baru boleh amek itu leave..

GUA : itu EMERGENCY leave..

AMOI : i know..patut u kena bagitau dulu maaa...

GUA : which part of the word EMERGENCY that u dont understand??



cilakak punya iso..mau susahkan idup gua pon tak beragak..

27 April 2010

STAFF PALING BERWIBAWA..

Dalam architect meeting..



BOSS GUA : ok..present one by one semua progress semua projek kita..mula dari kanan..saya nak dengar semua sekali progress..

ARKITEK 1 : projek apartmen raja laut..borang g..borang ccc..client..extend..submission drawing..pung pang pung pang..

BOSS GUA : ok..next.

ARKITEK 2 : projek kkdn..tender drawing..consultant mintak..detail drawing..surat kuasa..jabatan perolehan..tanah tak tally..pung pang pung pang..

BOSS GUA : hmmmm...oooo..ok next.

ARKITEK 3 : hotel melaka..plinth area..parking..60%..swimming pool..service apartment..plot ratio..lot tanah..pung pang pung pang..

BOSS GUA : ok..good job..next..

GUA : hmmm...sedap plak goreng pisang ni..beli kat mana ek?



semua mata tumpu pada gua macam nak telan gua..gua letak balik goreng pisang..rasa macam mesyuarat parti politik yang lambangnya keris tu plak meeting ada makan makan..

20 April 2010

MOURIN WHO???

awek gua minah THE BLUES(baca: CHELSEA)
gua plak mamat CHAP AYAM(baca:SPURS)

masa DERBY aritu,team gua jumpa team THE BLUES..gua pujuk awek gua sokong putih..dia tak mau plak..world cup pon dah gua ejas ajak dia sokong team gua,pon gagal..dia sokong GERMAN..

alahai..


GUA : if u are CHELSEA,let me be your MOURINHO..

DIA : so i can fire u?



erkkkk...gua tak terpikir yang tu..gua pikir benda lain..


GUA : nope..so i can be YOUR SPECIAL ONE..

05 April 2010

ORANG BAIK,TUHAN TOLONG..

Orang selalu cakap kat gua,orang baik,Tuhan akan tolong..yang tu gua yakin.
maunya tidak..sampai hari ni dengan bantuan Dia jugak gua masih lagi bertahan hidup dalam planet bumi ni..

planet nilah yang paling ramai manusia mati beb..itu pun kalo lu tak tau.dalam sehari je ntah berapa ribu kot orang mati..

harap harap masa gua blom sampai.


berbalik pada kisah orang baik..(baca:gua)

awal awal bulan dah jadi memang lumrah semua lelaki suku umur macam gua kekeringan poket..sumpah gua kering gila.
gua pegi keja berbekal duit merah sekeping je..

bukan untuk gua..
untuk keta je..

gua?gogok air sejuk jadilah..

pas keta dapat gogok air shell perasa ijau,gua pecut pegi keja..apa jadah kat simpang TTDI tu bleh plak jamned..gua amek tindakan bijak,gua nak amek u-turn kat depan sana..tak payah tunggu traffic light..

lepas gua buat u-turn sedas,gua sampai simpang hala ke FEDERAL dgn NKVE..selamba gua hala ke FEDERAL..ntah mana datang satu WIRA AEROBACK jahat bleh pancung depan gua..demi mengelakkan keta gua dapat satu tanda pangkat sarjan,gua tarik stereng ke kiri..

jadah..gua kena masuk NKVE..
sial btol..

apa gua nak bayar kat minah tol ni kang?gua usha awek tu..

gua cakap gua takde duit nak bayar tol..ni gua masuk pasal ada keta dah buat palat kat gua..nak cite camne pon,gua memang tak mampu bayar dah..gua cuma ada kad saman UiTM je dalam poket..itu pon kalo dia ndak.

dia soh gua amek jugak tiket dan cuba pujuk brader kat tolkeluar nanti..

gua akur..

sampai tol keluar,gua buat muka manja kat brader tu..kot2 dia cair kat senyum gua..

gua cite yang gua takde sen langsung..jangan kata singgit dua kupang,kalo ada lima kupang pon dah kira bertuah masa tu..

brader tu tunjuk jalan camne nak patah balik..


dia kata nak patah balik kena bayar tol 5 kupang lagi..



jadah..gua nak bayar guna apa?rasa kalo stokin gua ni gadai pon dapat 3 kupang je..

brader tu senyum..dia serah duit singgit kat gua..katanya buat tambang tol nanti kang nak patah balik..








amacam?lu lalu tol kena bayar,gua plak diberi duit untuk lalu tol diorang..gua rasa macam menteri plak dah..

ps: kepada brader tu yang nama KAHAR kalo tak silap gua,nanti kalo jumpa gua belanja lu makan nasi ayam..

16 Februari 2010

PELAJARAN BARU

masa gua sibuk belajar kat Perak dulu,ada ar gua dok sebilik dengan 2 orang mamat senior..dua dua sekarang dah top..dah lain..dah tak macam dulu..


bebudak BINFILEM..

gua??
sampai sekarang camtu jugak..masih lagi hensem..

hmmm..oklah,tak macam dulu..(baca: tambah hensem)


satu benda yang gua belajar dari bebudak BINFILEM masa gua sebilik dengan diorang,adalah..
selagi tak dibuktikan betul,ianya tidaklah boleh dianggap salah..




penah sekali masa tengah gua dok lepak bebaik dalam bilik satu petang,sorang mamat BINFILEM tanya kat gua..


JHEBAT : hmmm..ram,ko pandai jugak kan pasal kompiter ni?

GUA : bleh ar sket2..

JHEBAT : hmmm..ko tau tak agaknya camne nak upgrade kompiter?

GUA : hmmm..(mendengar penuh minat)ko nak upgrade apa?laptop?pc?nak tambah RAM?nak overclock processor?nak upgrade camne tu?

JHEBAT : hmmm..nak bagi upgrade ar apa yang patut..

GUA : sediakan bahan ar..bleh juga gua tolong sket2..

JHEBAT : aku nak upgrade kompiter dalam bilik tu guna minyak angin..bleh tak??

GUA : .........mana boleh..


pastu dia pandang gua dengan cukup pelik.macam tak yakin dengan jawapan gua..
gua masa tu dah yakin memang tak boleh..



JHEBAT : ko dah cuba ke yang ko berani nak cakap tak boleh?





yaaaa......satu pelajaran baru untuk gua..selagi lu tak cuba untuk buktikan ianya tak boleh,lu jangan memandai kata tak boleh..cuma maybe manusia blom jumpa caranya lagi..

so,ada sapa2 tau cara nak upgrade laptop jadi kereta?
kalo ada,contact gua..

04 Februari 2010

NOT ON THE MENU..

IF U CANT COME TO US,LET US COME TO YOU..

satu tagline dari mekdi delivery nnak promote yang diorang bleh hantar lu punya order ke depan pintu umah lu..satu tawaran yang cukup baik bila lu lapar dan takde transport sendiri nak gerak..

masa gua dok studio dulu,ada juga gua berhajat nak beli mekdi dengan cara delivery ni..dah ar masa tu gua solo je kat studio.nasib baik bebudak studio depan ada..gila sunyi gua dok lepak studio sengsorang beb..

lepas gua berpakat dengan budak studio depan,dah ada geng baru sedap nak makan bigmek..

gua capai telpon,gua bagi dail nombor mekdi tu..


GUA : saya nak buat order..bagi bigmek 3 set,kecik..air dia tukar bagi melo,pastu bagi jugak 2 set eskrim.

AWEK MEKDI : ya..lagi encik..

GUA : hmmm..tolong baca semula.

AWEK MEKDI : bigmek 3 set regular dengan air melo,pastu dua set eskrim..sahaja?

GUA : ni mekdi kat seksen 2 kan?

AWEK MEKDI : yup..so kami akan sampai dalam 20 minit.itu sahaja ke order encik..

GUA : errr...



gua pandang member gua.gua tak tau minah ni bleh ke tak amek next order gua ni..almaklumlah,benda yang kami nak mintak,kali akhir gua check memang dah takde dalam menu diorang..

gua jadi ragu ragu..

tapi..tak salah mencuba kan?


AWEK MEKDI : ya encik..itu sahaja?encik nak buat tambahan ke?

GUA : errr...hmmm..camne nak cakap ek..

AWEK MEKDI : erkkkk..kenapa ya encik?

GUA : mekdi seksen 2 kan?

AWEK MEKDI : ya encik..encik dah tanya tu tadi..

GUA : ok..so dalam perjalanan ke sini,rider ni akan lalu kat shell tu haa..so,next order saya,belikan topup meksis rm 1o,then rokok cap helang 14 dua kotak,rokok cap koboi 14 sekotak..errr..bleh kan?




last skali kami bertiga hampa..makan bigmek je..yang lain,tunggu esok jelah baru bleh keluar..

30 Januari 2010

TABUNG DAN DANA UNTUK KAHWIN..(T.A.N.D.U.K)

Semalam gua berpeluang keluar lepak bersama dengan beberapa orng clan dari sekolah lama gua..ada pepet cina brother,tamang patah kaki,sapik tokey printing,baen pakar sakitpuan,alip arkitek masai,susu cikgu malas,kakek engineer libya dan si baen plak bawak tunang dia pakar sakitpuan jugak gua rasa..

patut ada sarip kuat sedawa..tapi ntah last minute dia tetiba tak dapat datang..almaklumlah,malam jumaat..orang dah ada bini..kenalah kerja lebih sket..

si baen baru balik dari jepun..gila lama gua tak jumpa mamat baen ni..balik2 tau je dah tunang.

dalam dok lepak tu,pepet cina brother sammpaikan salam dari member yang dok sah alam sebelah blok gua..piie tukang urut.



PEPET : wei..ni gua nak sampaikan satu cadangan dari piie tukang urut.


semua pandangan tertumpu pada pepet cina brother kejap..gua sempat berenti kunyah daging goreng kunyit yang gua order ikut kakek engineer libya..


PEPET : PIEE cadangkan kita buat satu tabung dana,kumpul bebudak kita,masukkan duit tiap bulan..untuk beli hadiah member2 kawen..baru hadiah sempoi sket..

TAMANG : bleh bagi mesin basuh ke,set tv ke,home theatre ke..amacam?ok jugak ni..

SAPIK : setuju..

BAEN : best gak tu..kita wat macam cabutan bertuah ar..bulan ni kita bagi mesin basuh,bulan depan kita bagi vacuum ke,then bagi periuk nasi ke, air cond ke..

GUA : setuju..


kata sepakat memang ramai je dah setuju..cuma tak tau sape bleh commit nak buka akaun benda ni..punya lama bincang,haram tak settle..last last isu tu tergantung..

dah masa semua nak berangkat balik,susu cikgu malas bagi gua satu soalan baik..


SUSU : lu bila nak kawen?


masa tu gua syak masa macam berhenti..semua pandangan tertumpu kat gua..dunia jadi sunyi kejap.padahal kalo kat singgah selalu tu bukan senang nak jadi senyap beb..apa orang selang 4 meja dari lu pon kadang lu bleh dengar..

semua pandangan tertumpu pada gua..


GUA : hmmm..turn tahun bila agaknya duit dalam dana tu bleh bagi hadiah rumah semi d sebijik?




gua rasa diorang tak berani nak tanya dah soalan camtu kat gua..

23 Januari 2010

SECOND CHANCE..

bila bercakap pasal chance,selalu sangat gua dengar orang cakap pasal SECOND CHANCE..tak penah plak gua dengar orang cakap pasal FIRST CHANCE..

oklah..mungkin ada.
..kadang kadang..
..atau jarang jarang..

kenapa agaknya jarang sangat dengar pasal FIRST CHANCE..

lu tau pasal apa?


pasal CHANCE tak dikira bermula dengan satu..CHANCE bermula dengan dua..
meh gua buktikan..

masa bila lu akan dapat CHANCE?dapat PELUANG?bila agaknya?
lu akan dapat CHANCE atau PELUANG bila lu blew something yang lu penah ada..

means lu kena GAGAL SEKALI dulu baru lu dapat something yang dinamakan CHANCE..

bukankah itu sendiri dah dikatakan SECOND CHANCE??
sape nak bangkang gua?

19 Januari 2010

KEHIDUPAN SELEPAS MATI..

tak lama dulu,penah gua tengok satu siri rancangan tangkap tangkap orang kat tv3 yang pengacaranya zakiah anas..yang tajuk rancangan tu cuma ada 3 nombor diulang jek tu..

ada satu serbuan polis di rumah urut..
tapi gua bukan nak cite pasal rumah urut tu..

dalam siri yang sama tu,ada plak laporan polis serbu satu cyber cafe..diorang tangkap bebudak bawah 12 tahun yang lepak kat cyber cafe tanpa pengawasan orang dewasa..

benda kecik?maybe..


yang buat gua pelik,ada dua beradik ni gila menangis bila kena tangkap tu..diorang mintak belas kasihan polis..apa dia cakap?



BEBUDAK : tolonglah pakcik,jangan tangkap kami..bapak kami baru jek meninggal dunia..kesian kami..nanti sape nak amek kami?


polis tu baru je nak angkat muka simpati gua cakap lu..pergh..maunya tak..bebudak kecik bawah 12 tahun menangis..mau cair jugak polis hok misai tebal gila tu..

tak lama lepas tu,ada satu orang dah jamin bawak balik budak dua ekor tu..

sape?
BAPAK DIA..


terharu sungguh gua..kasih bapak dia tu,memang gua kagum..siap hidup semula nak selamatkan anak dia dari kena tangkap polis..

pas polis bagitau budak tu kata bapak bebudak tu dah mati,bapak dia dah mula angkat tangan nak tampar bebudak tu..




sekarang,ada sape lagi mau cakap kat gua dia tak percaya kehidupan lepas mati?

PATHETIC..

tiap kali gua masuk akaun fesbuk gua,sentiasa je ada update pelik pelik..sorang mamat ni tulis kat wall mamat tu ar..minah ni dah tak single ar..yang ni dah in relationship ar..yang minah ni dah complicated ar..

blom lagi yang baling gua dengan segala jenis bantal lagi..

tak penah dalam real life ada awek mau pillow fight dengan gua..
tak penah dalam ada awek kata nak ada anak dengan gua..

dalam fesbuk gua,inbox yang gua tak buka dah cecah 85..gila pemalas kan gua?

tapi tiap kali gua masuk fesbuk,akan ada satu yang buat gua tersenyum..



ada satu orang mau berkawan dengan anda..
ya..tiap kali gua buka fesbuk,akan sentiasa ada mesej tu..kagum kan?

kadang kadang ada dua orang mau jadi kawan gua..
tapi gua akan approve satu je..

kenapa?
so the next time gua masuk,still ada someone nak berkawan dengan gua..




damn..gua sangat witty kan?
cam celaka

KENAPA?

SOMEONE : why did u write?

GUA : cause i cant dance..and my voice arent cut out to be singing..

SOMEONE : only that?

GUA : hmmm..not really..gua penah jugak cuba wat magik..gua buat bendailang..tau apa yang ilang first?

SOMEONE : apa yang ilang?

GUA : my audience..

APA MAKNA CONFUSED???

Kalo ada member lu cakap dia confused,lu patut puji dia..sounds wierd plak kan?cam haram..biar gua bagitau kenapa..

pada pandangan gua, confused adalah satu petanda..petanda kepada understand..

a part of understanding is confused..
so kalo lu confused,jangan risau..u r getting there..


so basically, if we are confused,means we got 50% of understanding..
or maybe 65% of understanding..
or maybe jugak 55%..
atau 45?
ehh..jap..kadang kadang 33% jek..


alahai..gua dah confused..
thats a good sign kan?

UNTUK DIA..

GUA : whats the best thing bout being solo?

AWEK GUA : hmmm...really wanna know?

GUA : yup..

AWEK GUA : hmmm..the best thing bout being solo adalah ada orang akan ngorat i tiap2 hari..that was u.

GUA : ok..starting today,every time bila kita bersama sama,u akan jadi solo, n i pon akan jadi solo..ok?

AWEK GUA : why?

GUA : so i bleh ngorat u sentiasa bila i dgn u..n u pon boleh fdall in love with me every single day..hows that?




amacam?sempoi?